Posts

Showing posts from 2013

Ujian Adalah Baja Kepada Iman.

Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibnu Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi) Ujian atau dugaan datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ (balasan) dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat di sisi-Nya. Hadith ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt. Ujian yang datang juga t

Sifat Gopoh Hancurkan Islam Dari Dalam.

Salah satu tabiat semula jadi manusia adalah gopoh. Firman Allah dalam Al Qur’an: “Dijadikan manusia sangat gopoh”. Biasanya yang gopoh itu kerana hati yang tidak tenang, gelisah, atau ada ujian. Ujian ini untuk mendidik dan mendisiplinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Ujian golongan bawahan misalnya miskin, orang benci, orang hina dan lain-lain. Manakala ujian golongan atas misalnya : tak dilantik menjadi menteri, rebutan jawatan, rugi dalam perniagaan dan lain-lain. Bila sifat semula jadi ini (gopoh) tidak dididik, tidak dikikis dari manusia, maka akan berkembang, berbuah dan berakar umbi sehingga akhirnya mendarah daging dalam diri manusia itu. Bila sudah mendarah daging, maka akan sangat sulit membuangnya, walau orang itu sedar bahwa sifat itu menyusahkannya.  Kita harus minta bantuan Allah untuk membuang sifat gopoh ini. Kita kena sungguh-sungguh berjuang menghapus sifat gopoh. Dari kecil sesungguhnya manusia perlu didikan oleh guru untuk mengikisnya. Bila dari kecil dah

UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA BERUBAH MELALUI MINDA.

Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Perkongsian minda pemimpin adalah nadi kepada pengikutnya. Bahkan merubah bangsa Melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru, iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam.  Melalui Minda banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia. Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa Melayu  sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang Melayu menerajui empayar Islam. Perjuangan Islam di Asia Barat, banyak dikaitkan dengan cara kekerasan dan keganasan. Umat Islam di Asia Tenggara berubah dengan gerakan dakwah. Pendekatan dibuat melalui merubah minda. Penekanan lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia. Pembinaan Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Timur Tengah sekaran

KEBANGKITAN ISLAM DI KURUN INI BERLAKU DENGAN ROH AMAL.

Ianya berlaku dengan kasih sayang. Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencinta  dan dicintai (kasih sayang), ianya tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tiada contoh. Model yang hendak diikut dan ditiru itulah ROH ISLAM. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba-hamba-Nya.  Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain. Inilah roh Islam yang menjadi contoh ikutan. Bagindalah qudwah hasanah untuk sekalian alam. Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah SAW ma

MEMPERSIAPKAN GENERASI IKHWAN DAN ASOIB.

Sesebuah perjuangan jika mempunyai masa depan ia mempunyai pelapis perjuangannya. Ia tidak terhenti kepada satu generasi malah berterusan hingga kepada titik atau noktah yang Allah kehendaki. Begitulah yang berlaku pada setiap perjuangan, samada ia perjuangan kebenaran ataupun kebatilan. Dalam menguatkan sesebuah perjuangan, dari generasi ke generasi mestilah berlaku kesinambungan. Kalau ianya tidak berlaku, masakan ia boleh berterusan. Cita-cita perjuangan, ilmu-ilmu, malah roh perjuangan itu juga dialirkan kepada generasi berikutnya. Sesuailah dalam menunggu saat tibanya masa yang Allah janjikan, juga menunggu pemimpin yang Allah simpan. Kebenaran ini milik Allah, ia bukan milik siapa-siapa. Siapa yang menepati syarat dan mengikuti syariat-Nya, mereka akan dipandu hingga mendapat ganjaran yang Allah berikan. Pengalaman yang berguna dari generasi sebelumnya sangat membantu dalam menyiapkan dan menguatkan generasi berikut. Kerjasama antara generasi ini sangatlah diperlukan. Sebuah perj

PERJUANGAN ISLAM IBARAT AIR YANG TENANG.

Memperjuangkan Islam yang global mestilah aktif dan berterusan, tak kiralah apa saiznya, samada peringkat diri, keluarga, jemaah, dan yang lebih besar. Berjuang bukan ikut keadaan, isu dan kepentingan, bukan ikut selera awam lebih-lebih lagi bukan ikut tekanan musuh.  Berjuang kena ada prinsip, pendirian dan keyakinan yang kukuh. Kalau ikut keadaan namanya bukan perjuangan Islam tapi perjuangan pragmatis. Bila sedang selesa bertempik menggegarkan awan, rasa diri ibarat malaikat turun dari langit, rasa diri sempurna pantang ditegur. Tapi bila diuji, ditekan musuh, jadi hilang arah, sampai hilang atau salah pertimbangan, hingga terlajak menghina Islam dan umat Islam sendiri. Disuruh buang barah di kepala tapi terlajak buang kepala sekali. Berjuanglah secara tenang dan meyakinkan, berbuatlah secara cool bukannya fool . Bak kata Abuya perjuangan Islam itu ibarat air yang mengalir. Air yang mengalir itu biasanya tenang, tak beriak, tak berbunyi, dalam, dan mempunyai kuasa gerakan yang kuat

TUJUAN ABUYA LANCARKAN BANI.

Memperjuangkan Islam itu wajib bagi semua umat Islam. Memperjuangkan Islam yang global pada setiap individu sepanjang hayat adalah fardhu ain. Seterusnya memperjuangkan Islam global dalam masyarakat dari peringkat masyarakat kecil (jemaah), daulah (negara), hinggalah empayar; merupakan fardhu kifayah. Namun kita perlu ingat bahawa Allah juga telah menetapkan dalam jadual-Nya bahawa: 1. Jemaah itu dijanjikan kejayaan jika dipimpin oleh pemimpin kebenaran yang dijanjikan 2. Daulah Islam akhir zaman yang sebenar itu hanya akan berjaya jika dipimpin oleh Putera Bani Tamim. 3. Empayar Islam akhir zaman itu dijanjikan kepada Imam Mahdi. Bila pemimpin yang dijanjikan, PBT dan Imam Mahdi itu tiada atau belum ada bersama kita, maka apakah 'portion' (bahagian/peranan) kita dalam perjuangan Islam itu? Bagi kita yang tidak dijanjikan ini apa yang patut dan layak untuk kita perjuangkan? Allah sudah tegaskan dalam Al-Quran yang bermaksud : "jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

KEBANGKITAN ISLAM DENGAN ILMU DAN AKHLAK.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kebangkitan Islam kali pertama yang berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. bersamanya ilmu dan akhlak. Selain mendapat pertolongan Allah secara lahiriah mahupun ghaibiah, kebangkitan Islam pertama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu yang disampaikan dari Allah kepada Rasulullah, itulah wahyu namanya. Wahyu itu yang kini tercatit sebagai Al-Quran, panduan dan rujukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W.  Buah kepada ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang agung ini menjadikan peribadi seseorang itu mulia bersamanya. Kerana akhlak inilah ramai para sahabat yang masuk Islam. Islam itu indah, kerana penganutnya mempunyai akhlak yang mulia. Kebangkitan Islam kedua juga pasti mengulangi yang pertama. Bezanya dulu Nabi Muhammad membantu dengan fizikalnya, kali ini fizikalnya tiada tetapi bantuan diberikan melalui roh baginda S.A.W., sepertimana roh baginda datang membantu para mujaddid terdahulu seperti Imam Ghazali

ISLAM TIDAK KOMA MALAH SEMAKIN BERKEMBANG.

Maksud firman Allah: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).  Al-Baqarah : 214 " Kebangkitan Islam sekali lagi adalah pasti kerana ia adalah janji Tuhan." Jika kita kaji dengan hati dan akal yang bersih, suci, dan jernih, juga membaca sejarah, maka bukankah sudah menjadi sunnatullah dan sudah ditakdirkan oleh Allah; manusia di mana saja berada, di peringkat apa pun, walau bagaimana pun hebatnya, kita tidak dapat mengelak dari bala bencana, atau pun dari perkara yang tidak dis

KHUTBAH RAYA PESANAN ABUYA.

Saudara-saudari sidang jemaah yang dihormati. Bulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita maka selesailah sudah puasa dan ibadah kita selama sebulan, dan pagi ini mari bersama-sama kita renungkan apakah hasil yang kita dapat daripada Ramadhan tahun ini. Sebulan kita berpuasa. Puasa ertinya mengekang nafsu. Bukan saja nafsu makan dan nafsu seks, tapi juga nafsu yang jahat jahat, yang difirmankan oleh Allah dalam Al Quran: "Sesungguhnya nafsu Amarah itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53) Di antara nafsu yang jahat itu ialah sombong, takabbur, pemarah, bakhil, hasad dengki, gila dunia, ujub, riak, gila kuasa, dendam, buruk sangka, bohong, mengampu, keluh kesah, gopoh-gapah, tidak redha, tidak sabar dengan takdir, mementingkan diri sendiri, tamak, degil, tidak tolak ansur, tidak bertimbang rasa, mencerca, mengumpat dan lain-lain lagi. Nafsu-nafsu ini senantiasa ada malah sudah menjadi perangai tetap kita. Sepanjang bulan puasa, adakah kita berpuasa dari mengikut k

DOA KHATAM QURAN DI HUJUNG RAMADHAN.

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اللهم ارحمني بالقرآن واجعله لي إماماً ونوراً وهدى ورحمة .. اللهم ذكرني منه مانسيت وعلمني منه ماجهلت وارزقني تلاوته آناء الليل وأطراف النهار واجعله لي حجة يارب العالمين * اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري وأصلح لي دنياي التي فيها معاشي وأصلح لي آخرتي التي فيها معادي واجعل الحياه زيادة لي في كل خير واجعل الموت راحة لي من كل شر * اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك فيه * اللهم إني أسالك عيشة هنية وميتة سوية ومرداً غير مخزي ولا فاضح * اللهم إني أسالك خير المسأله وخير الدعاء وخير النجاح وخير العلم وخير العمل وخير الثواب وخير الحياة وخير الممات وثبتني وثقل موازيني وحقق إيماني وارفع درجتي وتقبل صلاتي واغفر خطيئاتي وأسالك العلا من الجنة * اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمه من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار * اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من

PERJUANGAN ABUYA MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERILMU DAN BERAMAL.

Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, beliau adalah seorang ulama yang hebat. Abuya menguasai pelbagai jenis ilmu dalam Islam. Malah, Abuya menguasai lebih daripada 10 jenis ilmu yang menjadi syarat untuk seseorang menjadi ulama. Abuya bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu tersebut malah beliau sangat mengamalkannya.  Daripada pengamalan ilmu-ilmu itu lahirlah model kehidupan Islam. Kerana ilmu-ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, bukan hanya bahan fikiran atau senaman akal sahaja. Ilmu itu bukan untuk berseronok memperkatakannya. Kerana itulah hasil pengamalan Islam melahirkan buah dan natijah yang sangat indah. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, nak dunia mesti dengan ilmu, mahukan akhirat pun perlukan ilmu. Mahukan kedua-keduanya pun perlukan ilmu. Ilmu yang diperlukan disini ialah ilmu yang boleh membimbing untuk menuju Allah dan akhirat. Ilmu yang akan diamalkan dalam kehidupan. "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang di

ABUYA PENCETUS KELUARGA BESAR.

Abuya adalah pejuang Islam yang memperjuangkan keluarga besar. Tidak semua pejuang-pejuang Islam melakukan apa yang Abuya lakukan. Abuya memulakan perjuangan bersama keluarganya, ketika anak-anaknya seawal 2 tahun lagi sudah dibawa keluar bersama-samanya dalam perjuangannya. Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, Abuya mendidik anak-anaknya untuk hidup mati demi Islam. Bahkan ada anak-anak yang masih kecil, yang tidak faham cita-cita Abuya mengganggap Abuya tidak sayang mereka kerana Abuya bukan ayah seperti ayah-ayah yang biasa. Cita-citanya hanyalah untuk Islam dan melaksanakannya agar berlaku jadual Allah di akhir zaman. Cita-cita Abuya tidak hanya pada dirinya. Beliau melahirkan generasi yang akan menyambung cita-citanya itu, demi mendaulatkan Allah dan Rasul-Nya. Maka pada tahun 2007, Abuya dengan rasminya melancarkan bani-bani didalam jemaahnya. Bani-bani ini diterajui oleh keluarganya sendiri. Perkataan 'Bani' berasal daripada bahasa Arab yang bererti anak-a

KEJAYAAN ABUYA MEMBINA KELUARGANYA.

Setiap perjuangan pasti diuji. Samada ianya perjuangan kebenaran ataupun kebatilan, ia pasti diuji. Yang menjadikan seseorang atau kelompok itu kuat atau terbukti kejayaannya, lihat bagaimana ia berpegang dengan prinsipnya ketika berhadapan dengan ujian. Apakah dikorbankan prinsipnya atau ia berpegang teguh dengan prinsipnya tadi. Salah satu kejayaan terbesar Abuya selain berdakwah dan perjuangkan Islam hingga menjadi cara hidup, beliau berjaya melahirkan keluarganya sebagai model perjuangannya. Kejayaan itu ialah bilamana keluarganya mampu berpegang pada prinsip dan dasar perjuangan Abuya, yang sangat berpegang teguh pada syariat Islam. Kejayaan itu terbukti bilamana diuji hingga mereka dicampak keluar dari perjuangan yang dibina Abuya oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Abuya berjaya melahirkan keluarganya sebagai satu thoifah yang menggenggam bara api Islam demi memastikan ianya kekal sepertimana Abuya menjaganya. Abuya berjaya membina keluarganya dalam m

THOIFAH PUTERA BANI TAMIM.

Dalam tulisan sebelum ini (APA ITU PANJI-PANJI HITAM) telah disentuh tentang thoifah akhir zaman. Allah melalui Rasul-Nya telah berjanji yang maksudnya: “Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yang dapat menzahirkan (menegakkan)  kebenaran (hukum Allah), tidak mampu membinasakan mereka oleh penentangnya sehinggalah datang ketentuan Allah.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) Dalam hadis ini jelas Allah memberi jaminan bahawa thoifah kebenaran itu tak akan pernah hancur oleh musuh-musuhnya melainkan jika Allah izinkan. Ertinya lagi, setiap kurun akan ada thoifah yang menjaga bara api Islam itu. Thoifah inilah pengamal Islam sebenar ( zohirina alal haq ), sebab itu ia tak pernah lekang dari ujian. Sentiasa sahaja ada pihak yang akan menghancurkannya terutama yahudi dan nasrani, yang memang termaktub dalam Quran sebagai puak yang tak pernah redha dengan Islam. Samada dari luar atau dari dalam, musuh-musuh sentiasa berusaha menghancurkan thoifah ini. Tapi, sebagaimana

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

Kita telah lama diperkenalkan tentang hadis-hadis akhir zaman. Kita juga selalu dan sering mendengar tentang hadis Nabi mengenai Ikhwan dan Asoib, satu kelompok yang dirindui Nabi S.A.W.  Kelompok inilah yang akan bersama-sama Imam Mahdi memerangi Dajjal. Kita juga mendengar tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi. Tanda paling besar bahawa Imam Mahdi telah muncul ialah apabila seorang Putera Dari Bani Tamim menyerahkan Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam kepadanya. Panji-panji  Hitam inilah tanda pengesahan apakah seseorang itu Putra Bani Tamim  (yang menyerahkan) dan seorang lagi Imam Mahdi  (yang menerima serahan).  Nampak di sini betapa pentingnya Royatus Sauda atau Panji-panji Hitam itu. Sabda Nabi S.A.W.: 1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji  Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu  tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah) 2. "Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”. 3. “Jika