PEJUANG KEBENARAN MEMBAWA RAHMAT DAN PENCETUS PERPADUAN UMMAH.
Perpaduan atas nama Tuhan, bukan setakat hubungan fizikal tetapi adalah hubungan ruhiah atau maknawiah. Orang ruh (Orang beriman) sangat menitik beratkan persoalan hati. Sebab itu perpaduan itu disebut satu rahmat dari Allah. Rasulullah SAW bapa kepada semua orang ruh (orang mukmin), Khatimul Anbia war Rasul ( خاتم الأنبياء والرسل ). Penutup sekelian para nabi dan para Rasul. Nabi yang membawa rahmat, merupakan satu nikmat bagi manusia, bahkan satu rahmat pada seluruh makhluk dan alam (رحمة للعالمين). Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil dari perpaduan. Masyarakat bersatu-padu, bertolong bantu, bela membela, berkasih sayang, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Masyarakat menjadi kukuh dan kuat. Apa sahaja yang hendak dibuat atau dilaksanakan menjadi mudah kerana semua pihak bersetuju dan memberi kerjasama. Keselamatan masyarakat terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugat masyarakat yang bersatu-padu. Kalaupun ada, ianya mudah diselesaikan. Atas nama Tuhan semua manusia bo