DAKWAH TEKNOLOGI ARUS PERDANA HASIL TEKNOLOGI RUH.
Masyarakat meriah dengan kebangkitan Islam melalui dakwah. Siapa pun golongan dalam masyarakat yang tidak mengikuti arus kemeriahan Islam dianggap melawan arus kebangkitan tersebut. Masyarakat bimbang dengan budaya negatif alam maya tanpa sempadan yang kian melanda terutamanya kepada golongan muda. Kejahatan dan kebaikan terserlah. Menjadi dua golongan yang terpisah. Di TV perdana mendedahkan pengalaman para artis dan selebrit yang telah berhijrah dari alam jahiliah kepada kebenaran. Dari kehidupan liar kepada Islam.
Kini, kebanyakan kita boleh berhubung dengan keluarga di Mekah dan Madinah yang mengerjakan Umrah dan Haji. Sedangkan kedua-dua tempat ini sangatlah jauh jaraknya dari negara kita. Kita boleh bertanya khabar secara langsung tanpa menunggu pulang. Kemeriahan ibu ayah dan keluarga kita mengerjakan umrah dan haji boleh dikongsikan dengan kita. Boleh berhubung secara maya, dunia tanpa sempadan adalah hasil teknologi yang ada sekarang. Kebanyakan kita telah mula dibelenggu dengan 'connectivity' kepada dunia maya. Antara yang popular seperti facebook, twitter dan sebagainya. Yang jauh terasa dekat. Sehari tidak melayari facebook, seperti ada kekurangan yang dirasakan. Adakah kita menjadikannya alat untuk Islam atau alat kita berlalai atau memisahkan kita dengan Tuhan. Terpulang kepada kita apakah ia hanya alat atau sudah menjadi matlamat dalam hidup kita.
Dunia maya menjadi penghubung antara pemikiran manusia sejagat. Ia berlaku tanpa mengira lokasi dan latar belakang diri. Tazkirah juga boleh diikuti secara maya. Mungkin kita tidak mengenal sama sekali secara peribadi atau ikon yang menjadi teman dalam dunia maya, tapi keakraban yang terjalin di alam maya adalah sesuatu yang 'nyata'. Tidak menjadi kesalahan orang Islam memanfaatkan kemudahan tersebut. Bagi pembela kebenaran, apa sahaja kemudahan jika membawa keuntungan kepada Islam, ini akan digunakan sebaiknya. Bahkan ada nilaian di sisi Islam. Itulah dunia, Abuya sering ingatkan kita iaitu jadikannya jambatan menuju akhirat. Ia bukanlah matlamat, namun hanya alat untuk mencapai matlamat.
Firman Allah:
Dan kehidupan dunia ini, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankaboot:64).
Kini, rangkaian alam maya menjadi kegilaan kebanyakan kita, tanpa mengenal usia. Prosesnya terlalu mudah sehinggakan anak kecil pun boleh melayari internet. Agak bahaya kerana tanpa tapisan dan pengawalan dari ibu bapa, anak-anak kecil terdedah kepada anasir-anasir buruk yang banyak berlegar di dunia maya.

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan kehidupan dunia ini, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankaboot:64).
Kini, rangkaian alam maya menjadi kegilaan kebanyakan kita, tanpa mengenal usia. Prosesnya terlalu mudah sehinggakan anak kecil pun boleh melayari internet. Agak bahaya kerana tanpa tapisan dan pengawalan dari ibu bapa, anak-anak kecil terdedah kepada anasir-anasir buruk yang banyak berlegar di dunia maya.
Rangkaian penghubung sosial seperti facebook dan twitter seakan suatu keperluan. Hampir kebanyakan kita mempunyai akaun laman sosial tersebut. Kita berkongsi pengalaman, gambar, malah luahan hati dan perasaan melalui laman-laman berkenaan. Malah kadang-kadang kita lupa bahawa catatan-catatan itu boleh dibaca oleh hampir semua 'rakan' kita, juga oleh 'public'.
Kita menyebut berulang kali tentang tekologi roh. Supaya ia tidak lagi asing dikalangan kita. Sepertimana kita disogok dengan teknologi barat, kita mesti memperjuangkan teknologi khas buat umat Islam, iaitu teknologi roh. Kita telah diberitahu oleh Abuya bahawa ciri perjuangan kebenaran yang dijanjikan antara syaratnya ialah berlaku khawarikul adah atau keajaiban. Namun Abuya telah berjaya memperjuangkan semula teknologi roh ini. Terhubungnya hati-hati Umat akhir zaman ini dengan baginda Rasul SAW, adalah permulaan menuju puncak kegemilangan Islam ke dua ini. Kebangkitan Islam ke dua ini akan berlaku bilamana teknologi roh ini sudah diguna pakai oleh pejuang-pejuangnya.
Kisah Isra dan Mikraj setiap tahun di kongsikan oleh tokoh-tokoh Islam menceritakan bagaimana perjalanan ajaib sebagai mukjizat Rasulullah SAW. Bagaimana Rasul SAW bertemu Para Rasul di langit dengan roh dan jasad. Perkara luar biasa yang berlaku dikalangan para sahabat, Para wali dan orang-orang soleh disebut karomah. Lintas langsung yang berlaku pada mereka tanpa menggunakan apa-apa peralatan lahir. Teknologi Skype Roh lebih canggih daripada Skype dunia mahupun FaceTime yang kita gunakan pada hari ini.
Maksud firman Allah:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra:1).
Bila kita sorotkan sejak 35 tahun yang lalu, ada satu gelombang baru melanda negara iaitu keinginan pemuda dan pemudi kepada Islam. Riuh rendah terutama di kampus-kampus universiti orang pekikkan Islam. Malaysia mendahului negara lain. Tumbuh badan-badan dan gerakan-gerakan Islam dengan macam-macam ragam dan namanya. Kini kesedaran melanda kepada para artis hingga mereka diambil menjadi model menutup aurat dengan memakai tudung. Iklan memakai tudung begitu meriah memenuhi kaca TV dan papan papan iklan di tepi lebuh raya Malaysia. Fesyen tudung mengambil alih medan iklan gambar gambar perempuan separuh bogel. Kuasa apakah yang melakukannya. Gelombang perubahan ini adalah sentuhan kuasa Maha Ghaib yang merubah. Inilah teknologi taqwa. Tuhan telah berjanji melalui lidah Rasulullah bahawa Islam tidak akan kalah-kalah lagi selepas ini.