MALAYSIA DILANDA KEBANGKITAN ISLAM SECARA KASIH SAYANG.

Sejarah telah memaparkan ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan baginda. Begitu juga bilamana Rasulullah dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jadi jauh lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam sebaliknya telah memutarbelitkan sejarah konon Rasulullah pengganas perang. Insya-Allah di Malaysia, Allah lakukan kebangkitan Islam secara kasih sayang melalui kemeriahan amalan Islam. Malaysia akan betul-betul jadi negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah. Merujuk kebangkitan pertama yang di pimpin oleh Rasulullah SAW.

Firman Allah:

 لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzab:33:21).

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup menonjol dibanding dengan negara Islam lain. Perkara ini dunia akui. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, keluarga Abuya meneruskan perjuangan yang Abuya asaskan. Perjuangannya jadi begitu berpengaruh. Ertinya Abuya pencetus kebangkitan itu.

Kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. 

Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; oleh kerana sudah wafat; rohnya hidup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang menagihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Walau apa pun, tanda-tanda berlakunya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.

Apa yang sedang terjadi di Malaysia inilah jadual Allah untuk akhir zaman. Ia merupakan berita gembira untuk umat Islam dan juga bukan Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh dunia. Bukan sahaja umat Islam bertuah dengan kedatangannya bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang, keamanan dan keharmonian.

Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa a.s. Malaysia memeriahkan Islam secara aman, damai dan harmoni. Mari kita berusaha menagih janji Tuhan agar jadual kebangkitan yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam Hadis-Hadisnya benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?