BERIKAN TUHAN ADALAH ASAS PERJUANGAN BANI DALAM ISLAM.
Pembangunan dan pembinaan bani (keluarga besar) atau keluarga Islam yang tidak berteraskan iman pasti tidak dapat membasmi kejahatan dalam bani sepenuhnya. Sebab kalau anggota keluarga atau bani hanya ditakutkan dengan hukuman-hukuman sedangkan ada kesalahan-kesalahan yang manusia lakukan ini tidak ada hukuman untuknya seperti kejahatan-kejahatan batin yang bahayanya juga besar kepada manusia. Ianya sepertilah riak, ujub, pemarah, tamak, bakhil, hasad dan lain-lain mazmumah lagi. Kejahatan-kejahatan ini hanya boleh dihentikan kalau manusia ada rasa takut pada Allah. Jika tidak, manusia tidak akan mampu untuk melawan nafsu ini, maka mereka akan sentiasa berkrisis dan tegang antara satu sama lain. Keluarga atau bani harmoni tidak akan wujud lagi.
Perjuangkan dan kenalkan Tuhan kepada ahli keluarga, itulah asas tujuan memperjuangkan bani dalam Islam. Didik bani dengan kesedaran untuk pelihara dari azab Neraka. Didik mereka cinta dan takutkan Allah. Latih mereka memperbanyakkan solat, zikir, baca Quran, supaya mereka menjadi insan yang sabar, pemurah, kasih sayang, bertolong bantu, dan maaf memaafkan. Generasi salafussoleh, pendekatan mereka sangat melatih diri mereka dengan sabar dan solat.

Berikan Tuhan merupakan dasar yang paling utama dalam kita membina bani atau keluarga dalam Islam. Tanpa berteraskan iman pasti pembinaan bani akan kehilangan rohnya. Apalah ertinya amal yang kehilangan rohnya? Tapi bagaimanakah caranya kita berikan Tuhan kepada bani?
Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Mekah dengan berikan Tuhan kepada para sahabat. Tanamkan iman iaitu rasa cinta dan takutkan Tuhan. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya `membawa Tuhan` kepada para Sahabat dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan. Awal-Awal Agama Mengenal Allah.
Dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, malahan pada setiap masa dan ketika Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala-gala sifat yang ada pada Tuhan.
Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi cukup kenal dengan Tuhan. Bukan setakat tahu, tetapi cukup kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka cukup hampir dengan Tuhan, cukup sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka cukup terangsang dengan kebesaran dan keagungan Tuhan.
Akhirnya jadilah para Sahabat, orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan. Dalam hidup mereka, Allahlah yang menjadi perkara utama. Allahlah yang bertakhta di hati-hati mereka. Ramai di kalangan Sahabat yang menjadi mabuk dengan Tuhan kerana terlalu sangat takut dan rindunya. Perasaan mabuk, takut dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang terus mati kerana mengingatkan kebesaran Allah. Ada yang mati apabila ada orang menyebut nama Allah. Manakala yang jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri lebih ramai lagi.

Bila para sahabat sudah mabuk dengan Tuhan, apa sahaja sanggup dikorbankan malah nyawa sekalipun. Para sahabat sanggup susah untuk Islam, untuk satu sama lain, semua ini kerana hati-hati mereka sudah dipenuhi dengan cintakan Allah Taala. Bila hati dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah lahirlah peribadi seperti Saidina Abu Bakar Assiddiq yang luarbiasa imannya. Begitu juga dengan para sahabat yang lain.
Begitulah cara Rasulullah SAW membina peribadi para sahabat, dengan perkenalkan kepada Tuhan dahulu. Setelah itu baru baginda ceritakan hal-hal lain. 23 tahun baginda berjuang, 13 tahun Allah buatkan hanya untuk baginda promosikan Tuhan itu sendiri. Selama 13 tahun itu baginda perjuangkan Tuhan. Baki 10 tahun lagi barulah baginda diarahkan perjuangkan syariat dan yang lain-lainnya. Bila perjuangkan Tuhan, secara otomatik akhlak mulia akan terbina dengan sendirinya. Bila peribadi berakhlak mulia telah lahir maka tiada masalah untuk melaksanakan syariat-Nya pula.