KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA DISOKONG PARA ULAMA TIMUR TENGAH.
Jemaah bani atau keluarga Islam dan lain-lain NGO Islam bebas untuk melaksanakan perjuangan Islam di Malaysia. Tidak ada siapa yang hendak menyekat perjuangan Islam the way of life. Umat Islam yang faham hal ini tidak ada masalah hendak memberikan kerjasama.
Ramai di kalangan ulama-ulama di Timur Tengah memberikan dorongan dengan mengatakan, "Islam akan bangkit dari Timur, iaitu dari Malaysia". Mereka yang memberikan respon tersebut antaranya, Syaikh Dr. Abd. Salam al-Harras dahulunya tenaga penting di Universiti Qurawiun Maghribi (1986). Sebuah universiti yang sama usianya dengan universiti Al-Azhar di Mesir. Lainnya Syaikh Abdullah Ghannun (ketua ulama Maghribi), pertemuan dengannya pada 1986 di rumah beliau sendiri. Syaikh Abdul Sidiq Ghumari, tokoh muhaddisin abad ini juga pernah kami lawati rumahnya di Maghribi.
Kini kata kunci yang berkait dengan kebangkitan Islam di akhir zaman seperti Imam Mahdi, Mujaddid, thoifah, Asoib, Ikhwan, Jadual Allah dan lain-lain mula diguna pakai dan popular dikalangan masyarakat Islam. Penjelasan demi penjelasan telah ditulis secara ilmiahdi dalam media tempatan. Terbuktilah bahawa Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam kali kedua.
Kini Malaysia dalam usia 57 tahun kemerdekaannya, menunjukkan kematangannya menghadapi ujian dan cabaran masyarakat antarabangsa. Terus menghadapi cabaran dengan tabah, sabar dan matang menuju sebuah negara Islam yang maju. Mampu memberikan gambaran Islam yang berkasih sayang bertolak ansur dan berpengetahuan, dan mampu menggambarkan agama Islam yang sempurna.
Maksudnya:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
(Al-Maidah: 3).
Malaysia hendak melahirkan seramai mungkin pendakwah yang dapat memberi gambaran Islam yang indah. Media perdana meriah dengan program melahirkan pendakwah yang mampu mengisi keperluan masyarakat. Maksud firman Tuhan,
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-Nahl,16:125).
Kita juga hendaklah takut dengan kemurkaan Tuhan.
Firman Allah:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah: 44).
Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Bangsa Melayu mencipta nama dalam sejarah tamadun manusia moden sebagai tapak penyebaran Islam dengan menyebar-luaskan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. sesuai dengan perlembagaan Malaysia Islam adalah agama rasmi negara. Islam yang membawa maksud kesejahteraan, keharmonian, kedamaian,keamanan dan keselamatan untuk umat manusia sejagat. Ajaran Islam yang diperkenalkan di Malaysia ditunjangi ilmu dan iman merupakan gabungan pembangunan rohani dan material. Bukan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah pada hari ini. Islam dilihat suka pertumpahan darah dan peperangan. Inilah percaturan Allah kepada umat Islam akhir zaman.