SUSAH MENCARI ORANG BERJIWA BESAR DI-AKHIR ZAMAN.

Jiwa umat Islam sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membawa diri masing-masing dan fikiran diri. Umat Islam sudah tidak berjiwa besar. Walaupun ilmu, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh keliling dunia, tetapi cita-cita kecil. Apa cita-cita kita? Ada yang sudah dididik semenjak kecil oleh ibu bapa dan guru kalau pandai dapat sijil, gaji besar, maka hebatlah hidup kita. Ini cita-cita diri. Kalau ada cita-cita buka kampung, mukim, daerah, negeri, negara, bangsa, masih boleh tahan. Tetapi malangnya, setakat itu pun tidak ada.

Semua golongan samada di kampung atau di bandar sama sahaja pemekirannya. Perjuang menjadi tidak besar akibat dari roh atau jiwa umat itu tidak besar. Kita hanya fikir diri dan keluarga sahaja. Kalau bertemu satu sama lain atau antara keluarga bercerita tentang makan, minum, pakaian, kasut, songkok dan lain lain tidak lebih dari itu. Umat Islam tidak ada lagi berjiwa besar. Bila tidak ada jiwa besar, tidak adalah cita-cita besar maka tiadalah perjuangan yang besar.

Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum: 41)

Maksud hadis:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata, "(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh " Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari & Muslim).

Berdasarkan ayat Quran dan hadis betapa umat Islam sudah rosak jiwa mereka. Bangsa yang menjadi empayar bukannya:

1. Bangsa yang besar.
2. Bilangan yang ramai.
3. Dan negara yang luas.

Tetapi empayar itu dibina oleh:

1. Bangsa yang berjiwa besar.
2. Dan bercita-cita besar.

Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan bangsa itu kecil sahaja. Umat Islam jumlahnya sekarang 100 - 150 juta pada hari ini. Sewaktu menjadi empayar cuma dua juta atau tiga juta sahaja. Ini bukti bahawa tidak kejayaan bukan bergantung kepada jumlah yang ramai.

Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salahuddin Al-Ayubi. Bilangan bangsanya ketika itu lagi sedikit hanya 100 - 200 ribu sahaja. Sekarang puak Kurdi ada 5 - 6 juta orang. Umat Islam ketika itu sangat kuat pergantungan kepada Allah. Kemana mereka pergi Allah di bawa kemana-mana ertinya hati mereka sentiasa cinta dan takut kepada Allah. 

Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja kita berada dan pada setiap masa dan ketika, kita perlu rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang hal lahir dan batin kita dan sebagainya. 

Bagi orang yang belum dapat bawa rasa Tuhan di mana-mana, atau belum mukmin dan ringan ketauhidannya atau orang yang hanya berfikiran Tauhid dan belum berjiwa Tauhid atau bagi orang yang 'alim billah (tahu Tuhan), yang belum 'arif billah (betul-betul kenal Tuhan), ibadah mereka selalunya tidak ada kualiti dan tidak sampai ke tahap khusuk atau menghayati dalam sembahyang. Ibadah mereka belum ada kemanisan dan mereka rasa berat untuk beribadah. Mereka beribadah dalam keadaan terpaksa. Ini sungguh perit dan menyeksakan. Inilah yang menjadikan jiwa mereka besar dan kuat.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?