DUNIA HANYA DISERAHKAN KEPADA ORANG ROH.
Di sana-sini dunia terus dilanda pergolakan. Manusia hari ini hidup dalam keresahan dan kebimbangan. Sama ada umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Pergolakan perasaan tersebut tidak mengira bangsa dan agama. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia. Tuhan berikan kekuatan rohaniah kepada kepimpinan orang roh untuk mengesan kegelisan hati-hati manusia. Keupayaan roh tersebut membantunya dapat melakukan satu pembaharuan yang diperlukan oleh manusia. Pemimpin