Posts

Showing posts from January, 2013

ROH YANG MATANG DAN BERWAWASAN MEMBENTUK GENERASI BARU YANG BERKUALITI.

Melihat kepada kerosakkan masyarakat di Malaysia, dengan isu gejala rasuah, buang bayi, pertambahan jangkitan HIV dan AIDS serta isu penagihan dadah yang semakin meruncing dan lain-lain masalah sosial; apalah maknanya kita disanjung sebagai negara Islam yang terkedepan dibidang teknologi dan kemajuan? Kalau manusianya setaraf haiwan bahkan lebih dahsyat, tidak hairanlah jika ada yang meminta agar aspek insaniah dan kerohanian tidak dipandang remeh. Sebaliknya ia perlu diperkasakan dalam dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan yang berteraskan wahyu dan ilham harus menjadi nadi perubahan , membina generasi baru yang lebih berkualiti. Bukan hanya daripada aspek intelektual, tetapi juga akhlak yang menekankan pembinaan ruhiyyah. Kaya ilmu dan kaya dengan peribadi murni. Tiada guna kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu, tetapi miskin dengan peribadi murni. Insaniahnya gersang, jasad yang sudah tiada rohnya ibarat manusia tiada nyawa. Begitu juga setiap amala

ZAMAN IMAM MAHDI ADALAH ZAMAN TEKNOLOGI ROH MENUTUP JASAD.

Pada hari ini , huru hara, perperangan di mana-mana. Apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw telah menjadi kenyataan . Umat Islam berperang sesama sendiri, musuh Islam dijadikan kawan, ulama-ulama diperangi. Perperangan yang tidak terhenti, seperti ribut yang tidak bermusim, bahkan berpanjangan. Ianya berlaku antara kerajaan dengan rakyatnya dan rakyat sesama sendiri. Perperangan antara kerajaan Syiria dan rakyatnya, begitu juga krisis dan kemelut sedang bergolak di Iraq, di Mesir di Mali, Somalia, bahkan semua negara negara Arab tidak terkecuali. Terkini sedang melarat ke Arab Saudi. Penanda dari Kerajaan Ajaib tentang kedatangan pemimpin penyelamat itu, dia sudah sangat hampir. Jelas semua orang sedang merindukan penyelamat. Hanya pemimpin yang Tuhan datangkan sahaja yang mampu menangani kemelut yang sedang berlaku di dunia hari ini. Zaman Imam Mahdi as, akan mempunyai 'Teknologi Roh Menutup Jasad', bukan seperti teknologi macam sekarang. Sebelum ini pernah Bonda

MINDA ABUYA MERUBAH CARA BERFIKIR UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA.

Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Penulisan dan penerbitan minda Abuya adalah nadi kepada jemaah Darul Arqam. Bahkan merubah bangsa melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru , iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Minda Abuya banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia. Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang melayu menerajui empayar Islam. Penerbitan buku di Asia Barat, banyak berkait dengan minda dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Setelah hampir 100 tahun, minda Ikhwan Muslimin merubah pemikiran umat Islam di Asia Barat , bahkan hampir seluruh dunia Islam mengambil minda mereka. Buktinya, selepas kenaikan Ikhwan di Mesir, semangat umat Islam berkobar-kobar untuk mewujudkan negara

PARA MUJADDID SANGAT DIMUSUHI YAHUDI!

Para mujaddid sangat dimusuhi yahudi dan kuncu-kuncunya, samada dikalangan orang Islam sendiri. Selepas tidak ada lagi nabi dan rasul, maka didatangkan para mujaddid untuk memberikan nafas baru kepada tafsiran Quran dan Hadis. Ianya bukan saja diterima sebagai sumber ilmu bahkan sumber kekuatan kepada para pejuang-pejuang Islam. Masyarakat di Timur Tengah rata-ratanya tidak bermazhab. Kebanyakan beramal mengikut selera masing-masing. Ini kita dapat lihat bila berada dan bermasyarakat sendiri dengan mereka di sini. Islam diamalkan mengikut kehendak mereka, bukan kehendak agama. Namun hal itu tidak berlaku di Malaysia. Dasar kerajaannya adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Syafie. Masyarakatnya juga terbentuk dengan Islam yang bermazhabkan Imam Syafie, berkat perjuangan Abuya, setelah hampir 50 tahun Abuya berjuang bersama jemaahnya.  Tiada siapa boleh menafikan bilamana Syiah cuba bertapak di Malaysia di awal Revolusi Iran, Abuya-lah yang menjadi penyelamat Ahli

Dunia menunggu pemimpin yang dijanjikan.

Pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434h, Presiden Mesir baru iaitu Muhammad Mursi telah berucap di majlis sambutan Maulid Nabi, sempena Maulidurrasul dan '25 Januari' tahun ke dua revolusi Mesir. Acara ini disiarkan secara langsung disaluran rasmi pemerintah. Majlis dihadiri wakil-wakil kerajaan, mufti-mufti, termasuk paderi-paderi kristian yang berada di sana. Antara ucapannya sempena milad Rasul saw, “Kita yakin Rasul saw datang ke hati kita” , juga berucap tentang keperibadian dan perjuangan Rasul saw yang patut dijadikan contoh dan ikutan. Ucapannya menggambarkan bahawa kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasul saw mendapat sokongan sekalipun dikalangan orang kristian. Ucapannya sebagai pemimpin Mesir baru disambut begitu meriah sekali. Semangat perjuangan Rasulullah SAW kekal sehingga ke hari ini. Malah setiap daripada kita sebenarnya mengimpikan untuk mendapat syafaat baginda. Bersempena Maulidur Rasul ini, sebagai umat Rasul SAW yang berada di alam fana ini,

Wanita pertama masuk syurga ialah isteri penghibur suami.

Kesukaan Rasulullah saw hanya 3 perkara. Kata Rasulullah saw,  "Kesukaanku ialah isteri yang menghiburkan, sembahyang yang agung dan wangian yang harum." Para Isteri bila dapat menjadi penghibur kepada suaminya, maka ganjarannya sama dengan syahid yang Allah berikan kepada suami yang pergi ke medan jihad untuk membela membela agama Allah. Tercatat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama muktabar, yang menjelaskan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain. Suami itu pemimpin yang Allah lantik dikeranakan faktor rohnya jauh mengatasi isteri. Bahkan suami ialah jambatan untuk seorang wanita mendapatkan mursyid. Umpama Nabi menjadi jambatan manusia mendapatkan Allah.

ROH TIDAK BERJANTINA.

Ketika Tuhan himpunkan seluruh roh manusia, dari manusia pertama diciptakan (Nabi Adam) hinggalah manusia yang terakhir, baik lelaki mahupun perempuan, budak mahupun dewasa, dilonggokkan setempat. Tuhan kumpulkan para roh ini sebelum ianya dimasukkan ke jasadnya, maka Tuhan bertanyakan kepada roh-roh tersebut. Firman Allah dalam Al Quran : وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam  dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi p

Kebenaran dari pihak Tuhan.

Tuhan bila hendak memperkenalkan kebenaran dari-Nya, Dia akan mengirim utusan yang sangat tepat. Allah SWT melantik pemimpin-pemimpin yang dijanjikan itu samada bertaraf Rasul atau bertaraf mujaddid. Sabda Nabi SAW: علماء أمتي كأنبياء بني اسراءيل "Ulama dikalangan umatku seperti nabi-nabi dikalangan Bani Israel." Jangka masa didikan yang Tuhan lakukan juga tidak sama. Kalau utusan dari-Nya adalah seorang Rasul, maka jarak masa antara rasul-rasul yang dikirim ialah lebih kurang 500 tahun sekali. Bagi yang bukan Rasul iaitu bertaraf mujaddid pula Tuhan datangkan jarak antara mereka ialah 100 tahun. Sabda Nabi saw:

Hebatnya kebenaran yang dibawa oleh Mujaddid.

Allah turunkan ayat Al-Quran berlatar belakangkan sesuatu kejadian. Ilmunya dalam Islam disebut Asbabun Nuzul , iaitu sebab-sebab turunnya wahyu. Bagi hadis pula iaitu sesuatu yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW, latar belakangnya disebut Asbabul Wurud . Bagi minda mujaddid, seperti ilmu yang disampaikan oleh Abuya kepada kita, dinamakan Asbabul Qissah . Begitulah sekali ilmu di dalam Islam, iaitu tepat penjelasan erti ilmu tersebut, tidak boleh dipermainkan sesuka hati. Begitulah Allah mengekalkan kebenaran melalui orangnya, kerana membawa kebenaran dari Tuhan. Contoh, wahyu yang diturunkan di Mekah atau sebelum futuh Mekah dinamakan Makkiah . Manakala wahyu yang diturunkan di Madinah atau selepas futuh dinamakan Madaniah . Ayat-ayat makkiah berkaitan dengan aqidah atau keyakinan. Ayat-ayat madaniah berkaitan dengan syariat atau perundangan Islam (hukum-hakam). 

MENUJU JIHAD BESAR.

Siapa yang dikatakan orang roh itu, dia itu dihatinya penuh dengan rasa kehambaan. Takut sahaja dengan Tuhannya. Sakit sedikit dirasanya akan dicabut nyawanya. Diberi nikmat malu tak terkira. Apa-apa yg dilakukannya diniatkan untuk Tuhan semuanya. Orang roh, atau dalam kalimah sufinya 'Rijalullah' ini, demi untuk mendapatkan Allah dan Rasul sanggup untuk ditekan-tekan nafsunya. Mereka sanggup diperlakukan apa sahaja ke atas diri mereka demi mendapatkan cinta dan redho Tuhan.

Dajjal Gunakan Syiah Pecah Belahkan Umat Islam

Doa berlindung dari fitnah Dajjal. اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923)  Doa yang panjang tentang berlindung dari Fitnah Dajjal. Doa tersebut di baca selepas Tahiyat akhir sebelum salam. "Ya Allah ampunkanlah segala dosaku yang telah terlanjur dan yang belum berlaku, segala kesalahan yang aku sengajakan, yang aku lakukan terang-terangan dan yang aku sembunyikan, sesungguhnya Engkau wahai Tuhan yang lebih mengetahui semua itu dariku, Engkau yang memulakan dan Engkau mengakhirkan, tiada jenis Tuhan melainkan Engkau. Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung dengan Engkau daripada seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau daripada se

Yahudi Sangat Tahu Tentang Kebangkitan Islam Ke Dua

Yahudi sangat mengenali kebenaran tapi tetap menolaknya, sebagaimana yang Allah sendiri ingatkan dalam Quran didalam surah Al-Baqarah ayat 146; الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)." Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Semenjak kedatangan baginda Rasul sebagai Nabi akhir zaman, sejak itulah bermulanya rancangan jahat Yahudi untuk menghina dan menjatuhkan Islam, sekaligus mengisytiharkan perang dengan Allah. Yahudi kerana marahkan Tuhan; mengapa Nabi dan Rasul yang bongsu tidak didatangkan dari bani Israel, dan semenj