Kebenaran dari pihak Tuhan.
Tuhan bila hendak memperkenalkan kebenaran dari-Nya, Dia akan mengirim utusan yang sangat tepat. Allah SWT melantik pemimpin-pemimpin yang dijanjikan itu samada bertaraf Rasul atau bertaraf mujaddid. Sabda Nabi SAW:
علماء أمتي كأنبياء بني اسراءيل
"Ulama dikalangan umatku seperti nabi-nabi dikalangan Bani Israel."
Jangka masa didikan yang Tuhan lakukan juga tidak sama. Kalau utusan dari-Nya adalah seorang Rasul, maka jarak masa antara rasul-rasul yang dikirim ialah lebih kurang 500 tahun sekali. Bagi yang bukan Rasul iaitu bertaraf mujaddid pula Tuhan datangkan jarak antara mereka ialah 100 tahun. Sabda Nabi saw:
إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها - أبو داود
“Sesungguhnya Allah akan mengirim kepada ummat ini (ummat Muhammad) seorang mujaddid disetiap awal kurun, yg akan memperbaharui urusan agamanya” Sahih Abu Daud
Kebenaran itu bagaimana? Yakni yang pernah wujud di zaman kebangkitan pertama oleh Nabi Muhammad SAW, dan yang juga wujud ketika kebangkitan kedua ini oleh Abuya Pemuda Bani Tamim. Kebenaran tersebut diilhamkan kepada Abuya oleh kedua-dua Muhammad, iaitu Imam Mahdi dan Nabi Muhammad SAW. Tuhan yang mengirim para rasul dan para mujaddid, sudah tentu Tuhan juga bekalkan panduan kepada mereka. Para pesuruh yang dikirim Tuhan, mereka adalah paling pakar didalam urusan mereka. Mereka paling pakar dan sangat tahu selok belok manusia, khususnya manusia di zaman mereka. Munasabahnya begitulah. Jika tidak, bagaimana para utusan Tuhan mahu mendidik kaumnya. Sabda Rasul SAW:
"انتم أعلموا بأمورالدنياكم"
“Kamu lebih tahu urusan dunia kamu”.
Tuhan utuskan para rasul dan para mujaddid, bersama-sama mereka ada panduan. Kita sedang dipandu oleh RSA dengan perkongsian ilmu melalui bonda wasilah. Moga ianya dapat menjadi panduan bagi mereka yang sama-sama hendak ikut membenarkan janji Tuhan buat akhir zaman. Panduan dari masa ke semasa sangat diperlukan, untuk berhadapan dengan segala ujian dan rintangan.
Jemaah Kebenaran juga mesti mendapat bantuan ghaib. Bagi para nabi dan rasul, mereka mendapat wahyu. Bagi rasul lil rasul, seperti mujaddid dan guru mursyid mereka diberikan isyarat dengan pelbagai cara seperti hatif, yaqazah, mimpi yang benar, rasa hati yang kuat, kasyaf, dan firasat yang tepat. Sabda baginda saw:
اتقوا فراسة المؤمن . فإنه ينظر بنور الله
“Takutilah kamu semua akan firasat orang mukmin. Kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah.”
Mursyid sangat kenal siapa kawan dan lawan. Kata Abuya, yang sangat kenal kebenaran dari Tuhan ialah wakil Tuhan sendiri dan musuhnya iaitu yahudi. Semoga kita kenal siapa musuh dan siapa kawan, juga dipandu untuk bertindak dan berperasaan terhadap keduanya. Bagaimana berhadapan dengan musuh, bagaimana pula pendekatan dengan kawan. Jika musuh diyakini sebagai musuh lalu digunakan sepak terajang yang sesuai. Yang kawan, diyakini sebagai kawan, lalu pendekatan manakah hendak diambil. Kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan orang-orang terdahulu perlu dijadikan pengajaran. Belajarlah dengan kesilapan dan kesalahan yang lalu. Rasul SAW bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama dua kali” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Apa tujuan kita dedahkan semua perkara ini? Supaya kita ambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang mukmin itu tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Kalau nak terjadi pun kesilapan yang tidak pernah dilakukannya.