ROH YANG MATANG DAN BERWAWASAN MEMBENTUK GENERASI BARU YANG BERKUALITI.

Melihat kepada kerosakkan masyarakat di Malaysia, dengan isu gejala rasuah, buang bayi, pertambahan jangkitan HIV dan AIDS serta isu penagihan dadah yang semakin meruncing dan lain-lain masalah sosial; apalah maknanya kita disanjung sebagai negara Islam yang terkedepan dibidang teknologi dan kemajuan? Kalau manusianya setaraf haiwan bahkan lebih dahsyat, tidak hairanlah jika ada yang meminta agar aspek insaniah dan kerohanian tidak dipandang remeh. Sebaliknya ia perlu diperkasakan dalam dasar pendidikan negara.

Sistem pendidikan yang berteraskan wahyu dan ilham harus menjadi nadi perubahan, membina generasi baru yang lebih berkualiti. Bukan hanya daripada aspek intelektual, tetapi juga akhlak yang menekankan pembinaan ruhiyyah. Kaya ilmu dan kaya dengan peribadi murni.

Tiada guna kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu, tetapi miskin dengan peribadi murni.

Insaniahnya gersang, jasad yang sudah tiada rohnya ibarat manusia tiada nyawa. Begitu juga setiap amalan yang tiada rohnya dikira bangkai. Bangkai bukan saja tidak boleh menyelamatkan orang lain bahkan dirinya juga sangat menganggu dan menyusahkan orang lain. Mati sebelum mati. Manusia mendekatinya saja sudah menyakitkan bahkan merosakkan orang lain, kerana ibarat bangkai baunya sangat busuk.

Yang pastinya perlu kita buat penekanan pada setiap amalan, supaya setiap amal ada rohnya. Amalan yang tiada rohnya adalah amalan bangkai. Sedangkan orang mukmin itu peribadinya sangat disenangi, bak kasturi. Dirinya memberikan faedah dan manfaat kepada orang lain.

Membina generasi baru yang hanya berkualiti aspek intelektualnya tiada guna, atau kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan akhlak. Manusia yang sedemikian sudah tidak dapat dibendung dalam masyarakat barat. Kita boleh rujuk buku Abuya iaitu 'Barat diambang maut'. Hasil daripada pendidikan yang memisahkan dunia dan akhirat, lahirlah masyarakat yang bersifat haiwan. Siapa yang kuat akan mengusai yang lemah.
Bahkan lebih teruk daripada haiwan.

Yahudi adalah satu bangsa yang sangat dikenali kecerdikannya, tetapi sangat menentang Tuhan. Ia adalah satu-satunya bangsa yang paling cerdik di atas muka bumi ini tetapi dialah bangsa yang paling dibenci oleh semua.

Janganlah hanya memikirkan untuk melahirkan bangsa yang intelek sahaja, tanpa memikirkan insaniahnya. Ambillah iktibar daripada kejahatan yahudi. Cerdik pandai tetapi melawan Tuhan, buat apa?! Lahirnya generasi sedemikian yang memerintah negara, hanya akan memungkinkan negara terjerumus kepada kemusnahan dan kerosakan. Tidak akan berlaku 'Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur' seperti yang disebut di dalam Quran. Kita ambillah pengajaran apa yang telah berlaku kepada masyarakat barat.

Masyarakat barat melahirkan tamadun manusia setaraf haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Haiwan buat kerosakan kerana tidak merancang. Tuhan tidak bekalkan akal pada haiwan. Berbeza dengan manusia, yang kerosakannya adalah dengan perancangan. Maka lahirlah kerosakkan di daratan dan di lautan angkara perbuatan manusia.

Memiliki peribadi murni dan roh yang matang akan melahirkan generasi yang lebih berwawasan dan berintegriti, dalam memacu negara ke arah yang digambarkan di dalam Quran, 'Negara yang makmur dan mendapat ampunan Tuhan.'

Sekiranya garapan pembangunan modal insan itu diadun dengan tepat oleh sistem pendidikan negara, tidak mustahil untuk kita melihat masyarakat Malaysia dan umat Islam, mengulangi sejarah keagungan tamadun Islam. Sepertimana yang dipacu Rasulullah bersama para sahabat, diikuti kurun selepasnya iaitu kurun tabiin dan tabiut tabiin sekitar 300 tahun. Ini adalah tempoh kemuncak tamadun insaniah atau tamadun rohiah. Satu tempoh masa yang diakui oleh Rasul saw. Kata Rasul saw:
"Sebaik baik kurun adalah kurun ku selepas itu kurun yang mengikuti kurun ku dan kurun selepasnya."

Yahudi sangat tahu tentang kebangkitan Islam kali ke dua, dan siapa mereka yang perjuangkannya. Yahudi sangat mengenali kebenaran tapi tetap menolaknya, sebagaimana yang telah kita ceritakan dalam Suara Haramain sebelum ini. Para mujaddid, mujtahid, ulama warisan rasul dan nabi, mereka ini adalah kerinduan masyarakat Islam kini. Manusia perlukan panduan dan pimpinan. Hati-hati yang gersang dari iman dan taqwa menunggu dan menanti hujan iman.

Kita sememangnya merindukan lahirnya generasi ilmuan Islam yang keperibadiannya tinggi serta penemuan terkini dalam pelbagai bidang ilmu.
Dapatkah kemarau panjang ini diakhiri?

Saya rasa jawapannya bergantung kepada kejayaan kita membangunkan modal insan, yang cintakan Allah dan Rasul saw, cintakan ilmu pengetahuan dan berakhlak tinggi. Gunalah dan pakailah kaedah yang pernah digunakan oleh pejuang-pejuang kebenaran pada kebangkitan pertama. Dengan izin-Nya, kita boleh berjaya, Insya Allah.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?