Hebatnya kebenaran yang dibawa oleh Mujaddid.

Allah turunkan ayat Al-Quran berlatar belakangkan sesuatu kejadian. Ilmunya dalam Islam disebut Asbabun Nuzul, iaitu sebab-sebab turunnya wahyu. Bagi hadis pula iaitu sesuatu yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW, latar belakangnya disebut Asbabul Wurud. Bagi minda mujaddid, seperti ilmu yang disampaikan oleh Abuya kepada kita, dinamakan Asbabul Qissah. Begitulah sekali ilmu di dalam Islam, iaitu tepat penjelasan erti ilmu tersebut, tidak boleh dipermainkan sesuka hati.

Begitulah Allah mengekalkan kebenaran melalui orangnya, kerana membawa kebenaran dari Tuhan. Contoh, wahyu yang diturunkan di Mekah atau sebelum futuh Mekah dinamakan Makkiah. Manakala wahyu yang diturunkan di Madinah atau selepas futuh dinamakan Madaniah. Ayat-ayat makkiah berkaitan dengan aqidah atau keyakinan. Ayat-ayat madaniah berkaitan dengan syariat atau perundangan Islam (hukum-hakam). 

Pengalaman di dalam perjuangan yang berlaku kepada Sayidi Syeikh, disalin oleh Abuya termasuk keghaibannya, namun mereka meninggalkan makam untuk mengelirukan musuh. Strategi dan teknologi roh yang Tuhan lakukan sungguh luar biasa. Kesemua mereka iaitu team kepimpinan akhir zaman mempunyai ciri yang sama. Nabi Isa AS ketika hendak dibunuh juga dighaibkan dan akan datang semula untuk menjadi team Rasul di akhir zaman. Begitu juga yang dilakukan kepada Sayidi Syeikh dan Pemuda Bani Tamim.

Pada seawal jemaah ditubuhkan lagi, Abuya sudah sampai dan kongsikan tentang peranan kepimpinan roh atau orang Tuhan. Contohnya di dalam amalan Berzanji dan Dibaei, dari dulu lagi dibuat dua kali seminggu, kita menyebut:

رجال الله ٢ ياهو أغيثونا لاجل الله يا هو
“Wahai (kekasih) orang-orang Allah bantulah kami untuk membela agama Allah.”


Perlulah kita selalu koreksi diri dari masa ke semasa. Keberadaan kita di dalam jemaah kebenaran ini, apakah ianya satu hobi, atau kerana mengisi masa pencen kerana sudah tidak tahu hendak buat apa, atau memang berjaya menjadikan cita-cita pemimpin atau mursyid sebagai cita-cita kita. Iaitu memperjuangkan kebenaran dari Tuhan. Kita perlu muhasabah apakah hubungan kita dengan jemaah ini atas dasar fitrah atau atas dasar keyakinan. Sebab kita diminta oleh Tuhan untuk lakukan tuntutan perjuangan tersebut atas dasar keyakinan, iaitu membela agama Allah.

Mulai sekarang berjanjilah kepada Allah dan Rasul, bahawa kita akan pastikan kehendak Islam-lah yang akan terlaksana dalam hidup bahkan gembirakan Islam walau apa pun risikonya. Sudah sekian lamanya kita mensia-siakan Islam dengan hanya memperturutkan hawa nafsu sahaja.

Hampir sahaja kita tukarkan Tuhan dan Nabi, yang selama ini kita telah mengambil nafsu sebagai Tuhan. Apa sahaja kehendak nafsu, kita turuti. Kita telah diberikan panduan oleh Islam. Kita juga diberi masa untuk baiki diri oleh Islam. Sebagai pejuang Islam, mesti ada perasaan cinta, rindu, dan takutkan Allah serta Rasul-Nya. Inilah syarat mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Ajaib.

Putera Bani Tamim adalah Mujaddid di kurun ke 15 ini. Peranan Putera Bani Tamim ini amat besar kerana di zamannya, umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah di zaman Mujaddid terdahulu, semuanya terhimpun dizaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan, untuk mampu mengatasi semua masaalah yang banyak serta berbagai aneka jenis. 

Mengapa Yahudi sangat takut dan tekad berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal? Yahudi gagal dengan targetnya memusnahkan Putera Bani Tamim, atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan, semasa diawal jemaah perjuanganya sudah pun dimusnahkan. Sebagaimana seorang penganalisis barat, Judith Nagata membuat kajian tentang Al Arqam. Menurutnya kalau jemaah tersebut dibiarkan, ia berpotensi menggugat kerajaan Malaysia.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?