Wanita pertama masuk syurga ialah isteri penghibur suami.
Kesukaan Rasulullah saw hanya 3 perkara. Kata Rasulullah saw,
"Kesukaanku ialah isteri yang menghiburkan, sembahyang yang agung dan wangian yang harum."
Para Isteri bila dapat menjadi penghibur kepada suaminya, maka ganjarannya sama dengan syahid yang Allah berikan kepada suami yang pergi ke medan jihad untuk membela membela agama Allah. Tercatat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama muktabar, yang menjelaskan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain.
Suami itu pemimpin yang Allah lantik dikeranakan faktor rohnya jauh mengatasi isteri. Bahkan suami ialah jambatan untuk seorang wanita mendapatkan mursyid. Umpama Nabi menjadi jambatan manusia mendapatkan Allah.
Menurut ajaran Islam, istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan kerana isteri merupakan sumber seks halal kepada suami. Kalaulah wujud istilah rogol dalam perkahwinan, apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya. Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak berbuat jahat, tidak berzina dan ke neraka.
“Dirimu kata cintakan suamimu tetapi bila dia mahukan layanan darimu, kamu tidak memberi. Cintakah itu? Kalau perempuan itu mengharapkan syurga Tuhan, tentulah dia sanggup berkorban, sanggup memenuhi kehendak suami”. - ambil perhatian wahai para isteri!
Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Hanzalah, beliau baru sahaja berkahwin. Ketika dia sedang bersama isterinya, terdengarlah seruan jihad dan dia tanpa teragak-agak terus menyertai para sahabat lain ke medan perang tanpa sempat bermandi junub. Syahidlah Abu Hanzalah di medan perang. Para sahabat terkejut kerana menyaksikan ada titisan air ke atas jasadnya. Maka Rasul menceritakan kepada mereka, bahwa Abu Hanzalah tidak sempat mandi junub maka Tuhan hendak memperlihatkan kebesarannya lalu malaikat memandikannya.
Nabi SAW bersabda:
"Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik kepada suaminya. Bagi Isteri yang baik pada suaminya tiap hari, akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas & sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, kecuali bermaksiat kepada Allah.
"Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersikap lembut pada isterinya, seperti seorang ibu pada anaknya. Setiap hari, SUAMI yang baik kepada isterinya akan mendapat pahala SERATUS syahid (kerana ikhlas & sabarnya)."
Dengan hairan, Umar bin al-Khatab ra bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala seribu, sedang lelaki hanya seratus?”
Nabi SAW menjawab, "Wahai Umar! Pahala & keutamaan isteri lebih besar dari suaminya karena Allah SWT mengangkat darjat lelaki di dalam surga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada Allah adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada Allah terhadap DUA ORANG LEMAH, yaitu ANAK YATIM dan ISTERI. Barangsiapa yang berlaku baik kepada keduanya, berarti ia telah menggapai redha Allah. Dan barangsiapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya. Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKu atas kalian."
"Barangsiapa yang mensia-siakan hak Allah, maka ia akan kembali dengan mendapat murka Allah SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam".
Sejarah menceritakan di kebangkitan Islam yang pertama, bagaimana baginda Rasul menunjukkan ciri-ciri isteri solehah dan bidadari penghibur suami itu bagaimana. Pasti semua mengetahui sejarah Muti'ah, seorang wanita yang Rasulullah mengiktirafnya sebagai wanita pertama memasuki syurga. Walaupun Siti Fatimah anak baginda adalah penghulu wanita di syurga, bagaimana ada wanita lain yang mendahuluinya? Kata Nabi, Muti'ah adalah penarik unta Siti Fatimah, maka sudah tentu penarik unta yang masuk dahulu. Apa ciri-ciri utama yang menyebabkan Muti'ah ini begitu istimewa, hinggakan mendapat pengiktirafan dari Nabi? Ya! Kerana dia menjadi wanita penghibur kepada suaminya. Dikala suami keletihan, disambutnya suami dengan pakaian yang menarik hatinya, dilayan suami hingga hilang penatnya. Inilah pengajaran yang Rasul tinggalkan untuk ummatnya kemudian.
Belajarlah bagaimana menghiaskan diri di depan suami, seperti yang telah dipaparkan dalam sejarah tersebut. Kita dididik oleh Abuya supaya dapat mengulanginya pada kebangkitan Islam kali kedua ini. Sejarah adalah guru. Moga akan bertukarlah isteri-isteri ciptaan yahudi, kepada satu diri yang baru, yang itulah yang Allah mahukan dari kita. Semoga lahirlah hiasan-hiasan dunia yang menyelamatkan dan membersihkan dunia, sepertimana dunia kini dirosakkan oleh wanita-wanita yang telah dirosakkan.