Dunia menunggu pemimpin yang dijanjikan.
Pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434h, Presiden Mesir baru iaitu Muhammad Mursi telah berucap di majlis sambutan Maulid Nabi, sempena Maulidurrasul dan '25 Januari' tahun ke dua revolusi Mesir. Acara ini disiarkan secara langsung disaluran rasmi pemerintah. Majlis dihadiri wakil-wakil kerajaan, mufti-mufti, termasuk paderi-paderi kristian yang berada di sana.
Antara ucapannya sempena milad Rasul saw, “Kita yakin Rasul saw datang ke hati kita”, juga berucap tentang keperibadian dan perjuangan Rasul saw yang patut dijadikan contoh dan ikutan. Ucapannya menggambarkan bahawa kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasul saw mendapat sokongan sekalipun dikalangan orang kristian. Ucapannya sebagai pemimpin Mesir baru disambut begitu meriah sekali.
Antara ucapannya sempena milad Rasul saw, “Kita yakin Rasul saw datang ke hati kita”, juga berucap tentang keperibadian dan perjuangan Rasul saw yang patut dijadikan contoh dan ikutan. Ucapannya menggambarkan bahawa kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasul saw mendapat sokongan sekalipun dikalangan orang kristian. Ucapannya sebagai pemimpin Mesir baru disambut begitu meriah sekali.
Semangat perjuangan Rasulullah SAW kekal sehingga ke hari ini. Malah setiap daripada kita sebenarnya mengimpikan untuk mendapat syafaat baginda. Bersempena Maulidur Rasul ini, sebagai umat Rasul SAW yang berada di alam fana ini, marilah kenangi pengorbanan junjungan besar kita, yang terpaksa berhijrah sejauh 447 kilometer ke Madinah dari kampung halaman baginda di Mekah, kira-kira 1400 tahun lampau demi untuk memelihara keimanan demi Allah. Rasulullah SAW telah melakukan kebangkitan Islam yang pertama, maka rasul yang sama jugalah akan melakukan kebangkitan Islam kedua bersama rohnya tanpa jasad.
Allah maha hebat mampu menghantar cahaya dan oksigen ke setiap mata dan hidung-hidung kita dan ciptaan-Nya semuanya, untuk tempoh setiap saat tanpa henti sepanjang umur kita. Tiada siapa boleh menafikan pentadbiran matahari dan udara oleh teknologi Allah. Teknologi Allah itu sebenarnya berjuta kali lebih hebat daripada teknologi Barat atau Yahudi. Mereka tidak mampu mengesan bagaimana orang-orang roh sedang menipu daya mereka. Inilah caranya orang Islam boleh mengatasi Barat.
Bila kita berjauh jarak dengan Nabi Muhammad Rasulullah saw, kita telah dipisahkan oleh masa selama 1434 tahun menurut perkiraan hijrah. Namun kita tetap boleh berjumpa dan berhubung dengan Rasulullah saw melalui doa-doa dan selawat yang kita lantunkan, memohon syafa'at Nabi untuk keselamatan di akhirat dari pedihnya azab neraka. Membanyakkan baca selawat ke atasnya dapat mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, kekasih Allah, peribadi mulia dan teladan agung.
Bagi yang hendak menyucikan hatinya, dia tidak berhenti memikirkan untuk memuji dan mengembirakan Allah dan Rasul. Sekalipun dia tersilap, nescaya Allah dan Rasul akan ampunkan. Itulah orang roh (hati suci) yang mereka itu berbuat semuanya untuk Allah dan Rasul. Bukannya mereka tidak bersalah, tetapi dosa-dosanya diampunkan Allah kerana taubat-taubat mereka yang berterusan. Al-Quran yang perintahkan orang Islam agar sentiasa selawat demi cinta Allah dan rindu Rasul.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang mukmin, berselawatlah ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
Sempena bulan milad Rasul saw, moga kita mendapat sentuhan dan syafaat dari Nabi kita, membantu kita dalam mengusahakan rasa cinta dan rindu kepadanya.
“Ya Allah, selawatkanlah Nabi kami, cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, ubat bagi segala penyakit, anak kunci bagi segala kejayaan. Penghulu kami dan pemimpin kami, Muhammad yang terpilih dan kaum keluarganya yang suci, serta para sahabatnya yang terpilih, sebanyak bilangan nikmatmu ya Allah.”
Para sahabat dikebangkitan yang pertama berjuang bersama fizikal dan roh baginda. Manakala Ikhwan dan Asoib hanya bersama dengan roh nabi saw bagi kebangkitan kedua. Hebatnya Rasul SAW dengan mukjizatnya, tetap mampu bersama dengan umatnya walau jasadnya tidak bersama dengan kita. Dengan berselawat, umat Islam telah mendisiplinkan diri mereka kepada Nabinya. Maka kita telah ditetapkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masuk waktu sembahyang dimestikan berselawat.
Ya Allah, sempena Milad Rasul SAW, datangkanlah Imam Mahdi-Mu tahun ini. Jadikan kami pengikutnya yang taat setaat-taatnya. Amin.