MENUJU JIHAD BESAR.
Siapa yang dikatakan orang roh itu, dia itu dihatinya penuh dengan rasa kehambaan. Takut sahaja dengan Tuhannya. Sakit sedikit dirasanya akan dicabut nyawanya. Diberi nikmat malu tak terkira. Apa-apa yg dilakukannya diniatkan untuk Tuhan semuanya.
Orang roh, atau dalam kalimah sufinya 'Rijalullah' ini, demi untuk mendapatkan Allah dan Rasul sanggup untuk ditekan-tekan nafsunya. Mereka sanggup diperlakukan apa sahaja ke atas diri mereka demi mendapatkan cinta dan redho Tuhan.
يُرْوَى عن النبي صلّى الله عليه وسلّم أنّه قال لأصحابه لمّا رجعوا من الغزوِ: رجعنا من الجهاد الأصغر ، إلى الجهاد الأكبر، قالوا : وهل هناك جهادٌ أعْظمُ من جهاد الكفّارِ ؟ قال: نعم! جهاد النفس
Diriwayatkan dari Nabi SAW bahawasanya bagimda telah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka kembali dari satu perperangan, "Kita pulang dari medan jihad yang lebih kecil menuju medan jihad yang lebih besar." Para sahabat bertanya: "Adakah jihad yang lebih besar dari perperangan melawan orang-orang kafir?" Baginda berkata: "Ya! Jihad melawan nafsu!"
Dalam proses menekan-nekan nafsu ini untuk menjadi Rijalullah, perlulah mujahadah atau ertikata lain bersungguh-sungguh. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah, kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri.
Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan. Orang-orang yang tahu selok-beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah.
Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan. Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada.
Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan. Orang-orang yang tahu selok-beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah.
Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan. Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada.
Medan fizikal adalah gelanggang untuk kita melihat hasil dari berperang dengan hawa nafsu yang ia bersifat maknawiah. Bila kita tidak lakukan mujahadah, maka kita akan lepaskan segala yang kita pendamkan, dan ketika itu baru kita lihat harimau yang tidak nampak selama ini terkeluar dari diri kita. Maka orang lain menjadi mangsa dari harimau yang terlepas, dan itulah gambaran nafsu yang tidak dimujahadahkan.
Selagi kita mampu menahan diri dari marah, selagi itulah harimau yang ada dalam diri dapat dikawal. Bahkan orang roh itu mereka mampu menjinakkan harimau-harimau yang ada didalam diri mereka. Mujahadah nafsu digelangang yang tidak dapat dilihat. Perang yang tak rehat-rehat, inilah dikatakan perang paling berat dan dahsyat. Pengalaman para sahabat yang pulang dari bertempur dalam perang Badar sangat merasakan betapa hebat dan dahsyatnya tapi bila mendengar Rasul mengatakan:
"Kita pulang dari medan jihad yang kecil menuju medan jihad yang lebih dahsyat,semua para sahabat terkejut dan bertanya apakah medan yang lebih dahsyat wahai Rasul.Jawab nabi iaitu medan perang melawan hawa nafsu."
Sedangkan perang Badar, Para Malaikat turut bertempur dalam perang Badar tersebut. Menurut Qabbab bin Assyam, seorang badawi yang menyaksikan perang Badar, dijangkakan oerang ini mengambil masa beberapa hari. Bilangan tentera Islam hanya 313 orang berdepan dengan tentera musuh yang berjumlah 1000 orang. Tentera Islam telah mengalahkan tentera Kuffar Quraish dalam masa dua jam sahaja. Tentera kuffar lari lintang pukang meninggalkan medan perang malah meninggalkan semua harta yang mereka bawa. Qabbab berkata, "Ini satu pertempuran yang pelik, aku tidak pernah melihat pertempuran sepelik ini.
Malaikat turut serta bertempur dalam peperangan Badar ini. Rasul SAW memberitahu para sahabat, kalau mereka mahu melihat mayat yang dibunuh malaikat, lihatlah mayat-mayat yang ada kesan terbakar di leher dan di tangan. Para malaikat menggunakan pedang dari api neraka. Memang ada sebahgian mayat mempunyai tanda-tanda ini. Ada sahabat yang mahu memenggal kepala tentera kafir tiba-tiba ia sudah terpenggal. Ada juga sahabat yang mendengar suara malaikat.
Peperangan Badar adalah satu-satunya peperangan yang para malaikat turut serta bertempur. Ia belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah peperangan. Medan peperangan Hunain, para malaikat turun tetapi tidak turut bertempur. Apa yang dipaparkan melalui peperangan, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana Tuhan menjadi pembela kepada tentera yang bertaqwa.
والله ولي المتقين
Tuhan menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.
Begitu sekali Tuhan tegaskan contoh disini bagaimana Tuhan menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa. Tidak ada Tuhan berjanji menjadi pembela kepada orang Islam biasa. Bila manusia bertaqwa, mereka sangat berwibawa dan sangat tinggi rasa kemanusiaannya. Mereka menjadi tuan di muka bumi ini. Manusia berbahagia bernaung dibawah mereka. Begitulah kemulian yang Allah berikan kepada Rijalullah ini. Mereka ialah orang-orang bertaqwa. Mereka dilayakkan untuk menerima bantuan daripada Allah, ini kerana terbukti berjaya melepasi ujian-ujian dan proses-proses yang dilakukan kepada mereka. Begitulah peranan taqwa. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Firman Tuhan:
وتزودوا فإن خيرالزاد التقوى
"Hendaklah kamu berbekal sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah Taqwa." Al-Baqarah: 197
Tuhan telah tunjukkan bagaimana bentuk bekalan yang terbaik itu. Bekalan Taqwa adalah bekalan yang bersifat rohiah. Ikhwan sangat dicemburui oleh para sahabat. Mereka mempunyai hati atau roh yang matang, iman yang ajaib. Perkara yang paling tertonjol pada diri mereka ialah rasa rindu, cinta kepada Rasul SAW sedangkan mereka tidak pernah bertemu dengan Rasul SAW. Ini adalah hasil Jihadul Akbar atau mujahadatunnafsi. Sanggup menekan-nekan nafsu demi mendapatkan cinta kepada Allah dan Rasul.