MINDA ABUYA MERUBAH CARA BERFIKIR UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA.
Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Penulisan dan penerbitan minda Abuya adalah nadi kepada jemaah Darul Arqam. Bahkan merubah bangsa melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru, iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Minda Abuya banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.
Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang melayu menerajui empayar Islam.
Penerbitan buku di Asia Barat, banyak berkait dengan minda dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Setelah hampir 100 tahun, minda Ikhwan Muslimin merubah pemikiran umat Islam di Asia Barat, bahkan hampir seluruh dunia Islam mengambil minda mereka. Buktinya, selepas kenaikan Ikhwan di Mesir, semangat umat Islam berkobar-kobar untuk mewujudkan negara Islam. Berjuanglah umat Islam dengan parti politik masing-masing, melalui demokrasi.
"Namun apakah itu jalan atau landasan yang sebenar untuk Islam?"
Sekarang Presiden Mesir adalah wakil Ikhwan, namun dia tidak berkuasa sepenuhnya. Semenjak 25 Januari 2013, keadaan Mesir makin gawat. Rusuhan di mana-mana. Tiga tempat diisytihar darurat. Yahudi juga telah merespon melalui Amerika, apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang akan dipantau dan akan diberi tekanan, kerana mereka dibelakang parti liberal. Jadi, walaupun sudah menguasai negara, bukanlah mendapat kuasa sepenuhnya. Bahkan mendapat tekanan dari kuasa barat yang hakikatnya, merekalah di belakang peristiwa rusuhan yang berlaku di Mesir selama ini!
Berbeza dengan Abuya, yang kini perjuangannya sudah mencecah 45 tahun. Abuya lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia berbanding mendapatkan negara.
Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam.
Apalah ertinya jika berlaku seperti di Mesir sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?
Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada. Perkara yang telah diperkatakan Abuya sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menandakan kedatangan pemimpin yang ditunggu-tunggu sudah terlalu dekat.
Bonda Wasilah telah berkongsi dengan kepimpinan GISB dalam pertemuan PR61 yang lepas. Golongan Politik di Malaysia sudah gagal dan tidak mampu, seperti yang difahamkan oleh Abuya mengenai jadual Allah. Sekali lagi diingatkan, Pilihanraya Umum ke 13 ini kata Abuya takkan berlaku seperti yang diharapkan. Ini telah lama Abuya ingatkan.
Ia takkan berlaku, kalau terjadi juga kerajaan terpaksa hadapi risiko yang sangat besar!
Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan pemimpin mereka dan satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.
Islam menang dan terus menang. Hijrah 1434 tidak memberi mata kepada Yahudi dan sangat merugikan mereka. Apa-apa perancangan musuh-musuh ini sekarang akan menguntungkan Islam! Sesungguhnya ia akan membuatkan boneka-boneka Yahudi di seluruh dunia panik. Datuk Sri Anwar Ibrahim, buat apa pun tidak menjadi, malah makin jauh daripada sasaran yang dia harapkan.
Diharapkan revolusi di Malaysia akan menjadi seperti di Mesir, nampaknya tak berlaku.
Rakyat Malaysia yang telah mendapat sentuhan Islam Abuya, hati-hati mereka tidak menerima cara kekerasan dan kotor ini. Sekejap-sekejap bolehlah, nak sampai seminggu berkumpul di Stadium Merdeka, itu bukanlah ciri-ciri rakyat Islam Malaysia.
Yahudi nampaknya kecewa dengan ayam sabungnya yang sudah cukup terlatih ini. Malaysia tapak kebangkitan Islam kali ke dua. Jadual Tuhan sedang menuju ke destinasinya, iaitu mengarahkan Malaysia bersamanya. Masyarakat dunia sedar atau tidak, Malaysia akan jadi Negara Islam dan tapak empayar Islam.
Tunggu dan lihat!