Dajjal Gunakan Syiah Pecah Belahkan Umat Islam

Doa berlindung dari fitnah Dajjal.

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal." (HR. Muslim No. 923) 

Doa yang panjang tentang berlindung dari Fitnah Dajjal. Doa tersebut di baca selepas Tahiyat akhir sebelum salam.

"Ya Allah ampunkanlah segala dosaku yang telah terlanjur dan yang belum berlaku, segala kesalahan yang aku sengajakan, yang aku lakukan terang-terangan dan yang aku sembunyikan, sesungguhnya Engkau wahai Tuhan yang lebih mengetahui semua itu dariku, Engkau yang memulakan dan Engkau mengakhirkan, tiada jenis Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung dengan Engkau daripada seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau daripada seksa api Neraka, dan aku berlindung dengan Engkau daripada Fitnah Dajjal. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan mentaatiMu, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya Aku di kalangan orang-orang yang zalim."


Penjelasan tentang Dajjal. Di sini bukanlah tempat untuk menerangkan panjang lebar siapa itu Dajjal laknatullah sebab sudah banyak hadis dan kitab karangan ulama muktabar dan pengkaji serta pendakwah yang telah menceritakan mengenai watak Dajjal laknatullah itu tetapi untuk mendedahkan beberapa wazir atau orang-orang pentingnya pada zaman ini. Siapakah mereka itu? Marilah kita sama-sama mengenali mereka itu. Sebagaimana Imam Mahdi A.S mempunyai tujuh orang wazir, maka ketahuilah bahawa Dajjal laknatullah juga mempunyai tujuh orang pentingnya.

1. David Copperfield.
2. David Blaine.
3. Chris Angel.
4. Cyrill Takayama.
5. Tiga orang lagi pengikut utama atau wazir Dajjal laknatullah sedang dalam latihan yang mana seorang daripada mereka itu adalah seorang perempuan, bagi menggantikan wazir-wazir Dajjal yang sebelum ini telah meninggal dunia. 

Selain ahli-ahli sihir, Dajjal juga menyebarluaskan pengaruhnya melalui muzik yang telah disihirnya. Salah seorang pengikutnya dalam industri muzik ini ialah Lady Gaga, yang terkenal dengan gaya dan persembahannya yang aneh sekaligus memprosikan kedatangan Dajjal. Muziknya bukan sahaja sebagai hiburan yang melalaikn tetapi dipenuhi sihir.

Kelompok Syiah Hasil Rekaan Yahudi Laknatullah.

Syiah juga adalah satu kelompok yang diasaskan oleh Yahudi. Pengasasnya adalah seorang Yahudi yang masuk Islam, iaitu Abdullah bin Saba'. Kelompok Syiah ini mengumpulkan mereka yang tidak senang dengan isteri Rasul SAW Siti Aisyah dan para sahabat. Menggunakan slogan perjuangkan ahlulbait, itulah asal wujudnya Syiah. Ajaran tersebut didukung oleh Yahudi.

Negara-negara Teluk mejoriti dipengaruhi fahaman Syiah. Negara Syiah itu ialah pusat Yahudi yang bergerak atas nama Islam, sebenarnya Ia adalah negara syaitan dan kerajaan syaitan. Saddam Hussin yang ditumbangkan oleh Amerika, dengan menggunakan puak Syiah untuk menggulingkannya. 

Kita sedang berperang dengan Yahudi yang senjatanya cukup canggih. Apa senjata kita kalau bukan teknologi roh? Ianya adalah benar bahkan semua itu adalah kekuatan utama para sahabat bilamana mereka berhadapan dengan perang. Semua itu adalah cara hidup orang roh atau teknologi roh yang Allah rezkikan untuk mereka dapat berhubung dengan kerajaan ajaib.

Ketahuilah bila umat Islam menolak semua senjata orang roh tersebut, konon kembali pada Quran dan Hadis saja, sesungguhnya adalah kerana mereka sangat takut dengan teknologi roh itu! Padahal dalam Quran dan Hadis terlalu banyak ayat yang membenarkan adanya persoalan rohiyah atau ghaibiah ini. Siapa yang kata Quran menolaknya ertinya, dia telah telah dipengaruhi Yahudi yang sesat itu!

Kejahatan Syiah menjadi pusat empayar dunia Dajjal yang menolak para sahabat dan isteri Rasul SAW, yang sangat terserlah ialah mengusir dan memerangi segala ahlul bait (keluarga Rasulullah SAW) di Timur Tengah. Juga mereka konco-konco Yahudi ini, telah menawarkan bantuan untuk menghadapi kebangkitan rakyat di Mesir sekarang. Begitu juga yang memerangi rakyat di Syria, juga turut dibantu oleh kerajaan Syiah.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?