PARA MUJADDID SANGAT DIMUSUHI YAHUDI!

Para mujaddid sangat dimusuhi yahudi dan kuncu-kuncunya, samada dikalangan orang Islam sendiri. Selepas tidak ada lagi nabi dan rasul, maka didatangkan para mujaddid untuk memberikan nafas baru kepada tafsiran Quran dan Hadis. Ianya bukan saja diterima sebagai sumber ilmu bahkan sumber kekuatan kepada para pejuang-pejuang Islam. Masyarakat di Timur Tengah rata-ratanya tidak bermazhab. Kebanyakan beramal mengikut selera masing-masing. Ini kita dapat lihat bila berada dan bermasyarakat sendiri dengan mereka di sini. Islam diamalkan mengikut kehendak mereka, bukan kehendak agama.

Namun hal itu tidak berlaku di Malaysia. Dasar kerajaannya adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Syafie. Masyarakatnya juga terbentuk dengan Islam yang bermazhabkan Imam Syafie, berkat perjuangan Abuya, setelah hampir 50 tahun Abuya berjuang bersama jemaahnya. 
Tiada siapa boleh menafikan bilamana Syiah cuba bertapak di Malaysia di awal Revolusi Iran, Abuya-lah yang menjadi penyelamat Ahli Sunnah Wal Jamaah ketika itu.
Abuya-lah yang sibuk ke sana ke sini memahamkan kepada masyarakat akan bahayanya Syiah! Abuya dengan roadshow-nya 'BAHAYA SYIAH' ke seluruh negara, tidak cukup dengan itu telah dikeluarkan buku BAHAYA SYIAH untuk menguatkan masyarakat terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah ini. Ulama-ulama di masa itu hanya diam membisu. Kini, Malaysia sedang menuju daulah Islamiah, tapak empayar Islam kali kedua. Ini boleh dirujuk di YouTube, yang menjadi bukti perjuangan Abuya kepada Islam ini.

Umat Islam kini masih mendapat panduan kerana adanya ulama berwatak nabi dan rasul sebagai rujukan. Ulama dan pendakwah sangat mendapat tempat, bukan sahaja di pondok-pondok mahupun pesantren, tapi diseluruh lapisan masyarakat. Bahkan menjadi trend, pemimpin atau tokoh yang tidak berimej Islam tidak diterima dalam masyarakat. Bahkan tidak asing lagi pendakwah-pendakwah bebas di media arus perdana di tanah air. Kini stesen televisyen pun sudah ada yang khususkan siaran khas untuk rancangan-rancangan Islam.

Cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul menjadi tunggak perjuangan Abuya bagi kebangkitan Islam. Kini hasil perjuangan Abuya, lagu-lagu memuji Allah dan Rasul menjadi basahan mulut masyarakat khususnya para remaja. Kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat, bukan sahaja popular bahkan lebih terhormat dari penyanyi-penyanyi biasa. Perkara-perkara tersebut menjadi bukti yang sangat jelas bahawa Tuhan telah persiapkan Malaysia untuk menjadi tapak kebangkitan Islam buat kali yang kedua.

Kita sedang berperang dengan yahudi yang teknologi dan senjatanya cukup canggih. Apa senjata dan teknologi kita sebagai umat Islam kalau bukan teknologi roh? Kita mahu berperang dengan Yahudi, yang peralatannya dari kilang-kilang mereka?! Sedangkan segala maklumat lahiriah tentang kita ada di tangan mereka. Bagaimana mahu mengalahkan mereka kalau tanpa bantuan ghaib, atau teknologi roh ini?! Lihatlah saja di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah, apa yang boleh dibanggakan? Perang tak habis-habis, dipermainkan sahaja oleh musuh-musuh Islam. Nak bantu negara jiran pun, kena minta pendapat dan izin dari Yahudi.

Pemikiran manusia khususnya masyarakat Islam telah dirosakkan dan dikuasai yahudi. Pusat dunia telah beralih ke Amerika, yang menolak dan menafikan kewujudan teknologi roh ini. Yahudi perjuangkan teknologi mereka untuk kuasai dunia. Hinggakan umat Islam kagum dan melupakan hakikat bantuan dan kemenangan kepada Islam itu datangnya dari bantuan ghaib. Kita umat Islam kalau hendak menandingi mereka secara kekuatan teknologi yang ada, kena tunggu 1000 tahun lagilah!

Tuduhan yang sering dilemparkan kepada tokoh-tokoh Islam, mujaddid, ulama mazhab, dan pejuang kebenaran ialah dengan tuduhan sesat, memecah belahkan umat Islam, anti kemajuan dan lain-lain. Inilah racun yang dimasukkan ke dalam pemikiran dan perasaan umat Islam. 
  1. Imam Syafie pernah dituduh Syiah dan sesat oleh ulama-ulama dan pemerintah di zamannya, hampir dibunuh oleh mereka! 
  2. Imam Al Ghazali juga disesatkan, kitab Ihya dibakar kerana terdapat ulama yang berhasad dengki dengannya, bahkan mendapat kerjasama kerajaan untuk menyesatkan beliau.
  3. Imam Al Bukhari semasa hidupnya dituduh Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Tidak cukup dengan itu, dihalau keluar dari Bukhara!
  4. Imam Hanafi pula ditangkap, dipenjara, disiksa hingga dipaksa minum racun oleh kerajaan di zamannya, lalu meninggal dunia.
  5. Imam Maliki dan Imam Hambali telah diseksa, disebat, dipenjara, ditohmah dan sebagainya, kerana tidak mahu membenarkan kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan mereka.
  6. Imam Nawawi pula telah dibuang dari negerinya dan dilarang memasukinya, kerana padanya panduan dan pengamalan Islam yang sebenar. 

"Jadi tidak peliklah kalau Abuya juga dituduh sesat oleh masyarakatnya, dibuang daerah, ditohmah, dihina dan lain-lain hingga dikafirkan dan dibunuh. Rupanya memang ini yang perlu dilalui oleh pejuang-pejuang kebenaran."

Namun bagi kekasih-kekasih Tuhan ini, mereka tetap mendapat pembelaan didalam perjuangan mereka. Mereka dikeji, dihina, disesatkan, adalah kerana ingin mendaulatkan Islam serta memperjuangkan Allah dan rasul. Sudah tentu Allah dan rasul akan membelanya. Imam Ghazali, setelah kematiannya telah dibela oleh ulama yang menyesatkannya. Ulama yang pernah hasad dengannya, dia jugalah yang akhirnya membela Imam Ghazali, bahkan ke mana sahaja dia pergi akan menyampaikan ilmu-ilmu dari kitab Ihya serta kebaikan dan kebenaran dari Imam Ghazali. Dia berubah begitu kerana baginda rasul datang di dalam mimpinya dan merotannya. Begitu sekali Imam Ghazali mendapat pembelaan.

Bagi orang Tuhan, mereka tak perlu mengambil masa yang lama untuk mengatasi yahudi. Bahkan masyarakat Islam diajak sama berjuang bersama mereka, dengan syarat merujuk kembali kepada Allah dan Rasul saw, dan tanamkan semula rasa cinta dan takut kepada Allah dan Rasul. Umat Islam kalah kerana Al-Wahan, maka untuk bangkit semula kita kena lawan dan musnahkan penyakit Al-Wahan tersebut. Kena perjuangkan untuk cinta Akhirat dan rindu kematian. Dengan itu kita akan perjuangkan kehidupan Akhirat yang kekal abadi serta persiapkan kematian yang indah dengan membuat sebanyak-banyak amalan soleh di dunia ini. Kemenangan Islam itu bukan hasil tangan kita, tapi anugerah Allah kepada orang soleh dan bertaqwa.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah tertulis di Lauhul Mahfuz: "Bahawasanya bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Ku yang soleh"- Al-Anbiya: 105

Kerja kita ialah beruasaha agar seluruh rakyat Malaysia mengusahakan taqwa, membebaskan diri dari penyakit Al-Wahan, menghubungkan hati dengan penuh cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul. Otomatik kasih sayang sesama manusia akan terwujud sekalipun dari berbilang bangsa dan agama. Malaysia atas nama Islam bukan sahaja masyarakat Islam-nya menjadi kuat, bahkan dapat menaungi penganut agama-agama lain sebagaimana telah berlaku pada kebangkitan Islam kali pertama.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?