Yahudi Sangat Tahu Tentang Kebangkitan Islam Ke Dua

Yahudi sangat mengenali kebenaran tapi tetap menolaknya, sebagaimana yang Allah sendiri ingatkan dalam Quran didalam surah Al-Baqarah ayat 146;

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)."

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Semenjak kedatangan baginda Rasul sebagai Nabi akhir zaman, sejak itulah bermulanya rancangan jahat Yahudi untuk menghina dan menjatuhkan Islam, sekaligus mengisytiharkan perang dengan Allah. Yahudi kerana marahkan Tuhan; mengapa Nabi dan Rasul yang bongsu tidak didatangkan dari bani Israel, dan semenjak itu pintu kebenaran ditutup dari hati-hati mereka.

Yahudi sangat mengenali kebenaran. Mereka adalah satu-satunya bangsa di atas muka bumi ini yang diutuskan ramai para Nabi dan Rasul di kalangan mereka. Maka mereka sangat mengenali ciri-ciri dan watak kebenaran itu. Namun apa yang berlaku kepada mereka ialah, semakin kenal kebenaran semakin jauh dari Tuhan. Betapalah sejarah mencatit dan bumi menyaksikan bahawa ramai para Nabi dan para Rasul yang diutuskan kepada mereka, dibunuh oleh kaumnya sendiri. Begitu sekali dahsyat dan jahatnya Yahudi ini.

Di akhir zaman ini, Yahudi dan Abuya-lah yang sangat tahu dan faham tentang jadual Allah. Kalau Abuya berusaha berjuang untuk berlakunya kebangkitan Islam ke dua, Yahudi berusaha juga tapi untuk menghalangnya. Pelbagai cara dan usaha yang mereka lakukan demi menggagalkan kebangkitan Islam ke dua ini. Walaupun tidak dapat menggagalkan, paling kurang melambatkan berlakunya jadual Allah ini. Itulah kerja Yahudi.

Usaha menyekat dan menghalang bukan perkara baru kepada jemaah Abuya. Beberapa kali jemaah Abuya bertukar nama, tetap ianya dihalang dan dimusuhi. Kerana Yahudi tahu apa yang Abuya perjuangkan. Tukarlah nama apa pun namun jika ciri-ciri kebenaran itu wujud Yahudi tetap berusaha menghancurkannya. Paling kurang mereka cuba menutup kebenaran tersebut dengan pelbagai cara.

Yahudi cuba memomok-momokkan kebenaran dengan pelbagai cara. Disesatkan, dikata, dan dihina, namun ia tetap berjalan dengan kehendak Tuhan. Bila kebenaran menjadi terpencil atau ditolak oleh umat Islam sendiri, maka itulah target Yahudi. Akhirnya, jemaah kebenaran itu bukan sahaja berhadapan dengan Yahudi tetapi berhadapan dengan umat Islam yang telah diracuni hati dan fikirannya.

Namun dalam diburu, disekat, dihina, sedar tak sedar Global Ikhwan sudah berkembang besar ke seluruh tiga suku dunia. Rasul SAW berkata: "Buatlah apa pun usaha untuk menghalang Islam, hatta seluruh dunia bergabung, tetap tidak akan boleh mengalahkan Islam lagi."

Allah sendiri ingatkan dalam Al-Quran, surah As-Saf: 8

يريدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."


Sejak kecil kita berdoa didalam solat, didalam surah Al-Fatehah; 'ghairil maghdub' yang maknanya bukan jalan yang dimurkai iaitu Yahudi dan Nasrani. Walaupun selama ini solat kita tidaklah khusyuk, tapi Tuhan yang Maha mendengar melakukan janji-Nya dan mengabulkan doa kita.

Apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini, bila dibaca surah Al-Fatehah itu, tidak pun mengambil berat tentang jalan yang dimurkai Allah ini; jalan Yahudi dan Nasrani serta jalan nafsu dan syaitan. Asalkan cukup syarat sah sembahyang, kira jadilah! Itu berlaku kepada yang bersembahyang, apa lagilah kalau yang tidak bersembahyang, apa yang mereka kisahkan dengan Yahudi ini?! Bahkan seronok untuk hidup dengan sistem Yahudi, tidak cukup dengan itu perjuangkannya lagi.

Bila Umat Islam sudah lalai dan ditimpa penyakit cinta dunia, maka mereka seronok menjadi pengikut Yahudi; samada sedar atau tidak. Yang lebih teruk lagi, menjadi penentang kepada jemaah Islam yang menerajui kebangkitan Islam ke dua ini. Yahudi menjadikan umat Islam sebagai benteng mereka. Kata mereka, "kalau Muhammad ke dua datang, dia akan berhadapan dengan kaumnya. Kemudian baru berhadapan dengan kita".

Kita tidak kisahkan pun dengan Yahudi ni, namun bila melihatkan suasana sekarang; bilamana Yahudi melahirkan ketakutan dan kebimbangan mereka, barulah kita kisahkan dan ambil tahu mengenainya. Yahudi tidak dapat lagi menyembunyikan ketakutan mereka. Tahun 2012 adalah bermulanya kejatuhan empayar mereka.

Dahulu, jemaah kebenaran ini berhadapan dengan kejian, tohmahan, hinaan, cercaan, dan berbagai-bagai lagi tuduhan terhadapnya, namun kini ianya semakin mendapat pembelaan daripada Tuhan. Kini GISB telah bertapak di Haramain, bersama Bonda Wasilah yang sentiasa dipandu, jemaah semakin laju dan berkembang. Hal ini Yahudi sangatlah tahu. Pelbagai usaha dan cara telah dan sedang mereka lalukan. Namun kata baginda Rasul; Islam takkan kalah lagi!

Tuhan ingat dalam Al-Quran:

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
"Kebenaran itu datang dari Tuhan maka janganlah engkau menjadi orang yang menentangnya."

Barangsiapa yang mensia-siakan kebenaran dari Allah, maka ia akan kembali dengan mendapat murka Allah SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?