Posts

Showing posts from June, 2013

BILA NAFSU DISEMBAH, ISLAM DILIHAT GANAS DAN TAK INDAH.

Firman Tuhan : وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." Az- Zariat : 56 Setelah memahami bahwa tujuan manusia diciptakan adalah menyembah Allah, perlu kita pelajari bagaimana cara-cara manusia menyembah Allah. Dengan manusia menyembah Allah secara lengkap dan tepat, terbinalah kemajuan lahir dan batin manusia yang tidak terpisah. Dan Islam akan terlihat cantik dan indah. Sebaliknya, orang yang beribadah tapi tidak tepat maka akan tergelincir untuk menyembah nafsunya sendiri. Yang terbina bukan akhlak mulia dan kemajuan tapi mazmumah dan kerosakan. "Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah." - ABUYA ASHAARI MUHAMMAD Orang-orang yang beribadah menyembah nafsu itu, di dunia ini mungkin Allah izinkan berjaya, namun balasan jah

WASILAH BUKAN KHALIFAH.

Nabi SAW bersabda: Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang suami adalah pemimpin ke atas anggota keluarganya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. (Riwayat Bukhari) Dalam Islam, setiap orang adalah pemimpin. Sebelum memimpin keluarga atau masyarakat, mereka perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri. Dalam diri kita ada unsur-unsur yang membuktikan bahawa kita adalah pemimpin untuk diri kita sendiri. Dalam berkeluarga pula, suami adalah pemimpin bagi isterinya manakala ayah pemimpin bagi keluarganya dan begitulah seterusnya. Tanggungjawab ini akan ditanya di akhirat kelak. Mari kita lihat satu disiplin dan syariat Tuhan yang sangat cantik dan indah yang berlaku dalam sembahyang. Dalam Islam, kehidupan bermula dari sembahyang. Di alam barzakh nanti pertama dan utama yang akan ditanya ialah tentang sembahyang. Kalau sembahyang gagal maka yang lain tidak

SABAR DALAM BERJUANG.

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;" Al-Baqarah : 45 Sejarah menyaksikan, sesuatu perjuangan atau kemenangan yang mahu diberikan samada kepada pejuang kebenaran, orang Islam, mahupun orang kafir dan zalim; mereka perlu bersabar demi mencapai apa yang ingin dihajati. Sejarah kebangkitan Islam sendiri yang bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. juga mengajar kepada kita kemenangan yang diberi ditempuhi dengan penuh kesabaran. Bahkan banyak perkara besar yang berlaku selepas kewafatan baginda S.A.W. Para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah juga tidak gopoh dan sangat bersabar dalam berjuang bersama Nabi S.A.W. Bukan semua yang baginda sampaikan dapat ditempuhi oleh kesemua mereka. Ada yang berlaku puluhan tahun selepas kewafatan baginda, bah

PEMIMPIN DALAM ISLAM ADALAH PENYELAMAT.

Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat, maka tentulah dia juga mampu mengajar dan mendidik umat. Dia adalah contoh ikutan dan suri tauladan. Dia adalah penganjur kebaikan dan dialah yang pertama melakukan sesuatu kebaikan itu. Pemimpin Islam sebenarnya adalah orang yang dihantar Allah untuk menyelamatkan manusia. Namun apa yang mahu diselamatkan? Menurut Abuya, pemimpin penyelamat itu dia perjuangkan 4 perkara. Akidah manusia, akhirat, syariat dan akhlak adalah empat perkara yang diperjuangkan pemimpin penyelamat ini. Selepas kewafatan Rasul S.A.W., pewarisnya adalah pemimpin yang takutkan Allah; nescaya dia mampu jadi penyelamat kepada kaumnya mengikut bidang kemampuan yang Allah kehendaki. Pemimpin penyelamat juga adalah ulama. Kerana itulah di dalam Islam, ulama itu ada dua kategori: i. Ulama berwatak Rasul. ii. Ulama berwatak Nabi. Ini tidak termasuk ulama suk, mereka adalah perosak umat. Rakyat jadi jahat dalam pimpinan mereka. Mereka berkata tidak mengkota. Mereka menye

PELIHARA IMAN DIRI DAN KELUARGA DI ZAMAN FITNAH.

ياأيهاالذين أمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا Maksudnya:   "Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka" At-Tahrim: 6 Ketika kita berada dizaman fitnah, tumpuan ialah bina iman diri dan keluarga hingga menjadi keluarga role model. Membina insan keluarga iaitu tajamkan rohnya, lemahkan nafsunya, disalurkan akalnya untuk mendokong rohnya dan latih fizikalnya. Lakukan pembinaan itu secara istiqamah hingga mereka  menjadi ( وفرسان بالنهار    رهبان بالليل  ),  hatinya di langit walaupun jasadnya di bumi. Dengan kata lain, kakinya berpijak dibumi dan hatinya bersama Tuhan di Sidratul Muntaha. Manusia yang rohnya sentiasa dengan Allah dan Rasul walaupun jasadnya bersama manusia. Beginilah halnya tugas ketua keluarga sebagai pemimpin ialah menghubungkan ahli keluarga kepada Allah dan Rasul. Firman Tuhan maksudnya :  " Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. A

HIBURAN BENTUK MAKSIAT SENJATA DAJJAL DI AKHIR ZAMAN.

Nafsu sifatnya mengajak kepada kejahatan. Ia sentiasa berkehendak kepada kebinasaan dan kehendaknya tidak puas-puas. Apa yang disukai nafsu sangat bertentangan dengan apa yang disukai Allah. وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Yusuf: 53 Di akhir zaman telah dijanjikan oleh Tuhan akan datangnya ujian dan fitnah untuk orang mukmin dan manusia umum seluruhnya. Ujian datang berbentuk sesuatu yang sangat menguji nafsunya. Ianya juga diizinkan oleh Tuhan untuk berlakunya fitnah dan ujian di akhir zaman ini.

TAKRIF DAN HUKUM RASUAH MENURUT QURAN DAN SUNNAH.

Dalil dari Al Quran tentang rasuah : وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."  Al-Baqarah: 188 Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah : Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah."   HR al-Bazzar & Abu Ya'la Di dalam sebuah hadis lain: Dari Thauban katanya,  "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya, " (HR Ahmad & Hakim). Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentuk

MENAHAN NAFSU PENENTU RASA TAKUT KEPADA ALLAH.

Allah SWT berfirman : إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” Surah al-Anfal, ayat 2) Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan ada pun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.” (Surah An-Naziat, ayat 40-41) WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab d

PEMIMPIN SUK (JAHAT) TUTUR KATANYA MENARIK HATI.

Firman Tuhan : وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ "Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati, dan Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)".  Al-Baqarah : 204 وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan".  Al-Baqarah : 205 Pemimpin Suk (yang jahat) antara ciri-cirinya ialah kata-kata yang cantik dan manis namun penuh dusta. Lihatlah dunia pada hari ini, Quran sendiri menjadi bukti dan saksi betapa k

BERNIAGA DAN BERJUANG KAEDAH MURSYID.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? As-Saf: 10 تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). As-Saf: 11 يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-te

TEKNIK MUJADDID DAN THOIFAH YANG MENJAGA BARA API.

“  Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah ( mati syahid atau tibanya hari kiamat)."  Hadis Nabi S.A.W.  Hadis di atas adalah salah satu hadis yang amat popular di kalangan jemaah tarekat atau pejuang-pejuang kebenaran. Malah Abuya juga selalu mengingatkan kita dengan hadis di atas. Kata Abuya, hadis di atas selaku kayu ukur kepada pejuang-pejuang kebenaran dalam menyuluh diri dan perjuangannya. Kata Abuya, thoifah itu ialah kelompok kecil yang menjaga bara api, hinggalah tiba seorang pemimpin yang dijanjikan yang akan besarkan api nyalaan hingga menerangi ke seluruh dunia. Ciri-ciri thoifah kebenaran yang dijanjikan adalah seperti dalam hadis di atas. Abuya kata lagi, menzahirkan kebenaran itu selain melahirkan model hidup Islam, mereka sangat menjaga syariat dan berpegang teguh kepada prinsip. Sekiranya syaria

PARA MUNAFIK ADALAH PENGIKUT DAJJAL.

Dari Abdullah bin Amru R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خلة منهن كانت فيه خلة من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم فجر "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas"  - Hadis Sahih Riwayat Muslim Dalam Hadis lain pula, Nabi S.A.W. bersabda; آية المنافق ثلاث ، إذا حدث كذب ، وإذا وعد أخلف ، وإذا اؤتمن خان "Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" -  Hadis Sahih Riwayat Muslim Tanda-tanda munafik seperti yang

KELUARGA ABUYA ADALAH TIANG PERJUANGAN.

Syeikh Fahad (ketua kabilah Syammar di Arab Saudi) mengatakan pada keluarga Abuya, "Tahu tak kamu ya Syeikh Fudhail, keluarga Abuya adalah tiang-tiang pada jemaah yang telah dibangunkan oleh Abuya. Kami di Saudi ini pun sangat menghormati keluarga Bani Tamim." أنتم آل التميمي عمود الجماعة Sidi Abu Khalid, Syeikh Syammar selaku ketua kabilah Bani Syammar di Jordan juga sangat membesarkan Abuya dan keluarganya. Kedatangannya ke Mekah, orang yang ingin ditemuinya adalah anak sulung lelaki Abuya, bukan selain itu. Ini kerana dia tahu susur galur tarekat dan adab kabilah sesebuah bani oleh bangsa arab. Ummu Anas di Jordan juga, bila diziarahi ahli jemaah dia akan bertanya khabar keluarga Abuya, dan selalu dia nyatakan bahawa anak sulung lelaki Abuya adalah 'Naib'  (timbalan) Abuya, walaupun carta organisasi jemaah telah berubah, namun begitulah yang difahamkan kepada hatinya. Ini bukanlah kebetulan. Abuya jika berekspidisi ke luar negara dan bertemu dengan k

KELUARGA ABUYA MENGGENGGAM BARA API.

"Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". ( H.R. Hakim ). Abuya adalah pencetus dakwah di Malaysia. Abuya berjaya tanamkan cita-cita Islam di kalangan rakyat Malaysia umumnya. Kini, orang Islam awamnya dah bercita-cita Islam, seperti doktor bertaqwa, juruterbang yang bertaqwa, pereka grafik yang beriman, dan lain-lain. Ini berjaya ditanamkan oleh Abuya yang beliau sendiri bukan datang dari lulusan universiti dunia. Istilah-istilah keagamaan, yang mempopularkan Islam, Abuyalah yang perkenalkannya. Tiada sia

UKURAN KEBENARAN BUKAN KEPADA BILANGAN YANG RAMAI.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 246 : فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ "Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sep