PELIHARA IMAN DIRI DAN KELUARGA DI ZAMAN FITNAH.

ياأيهاالذين أمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

Maksudnya:
 "Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka" At-Tahrim: 6

Ketika kita berada dizaman fitnah, tumpuan ialah bina iman diri dan keluarga hingga menjadi keluarga role model. Membina insan keluarga iaitu tajamkan rohnya, lemahkan nafsunya, disalurkan akalnya untuk mendokong rohnya dan latih fizikalnya. Lakukan pembinaan itu secara istiqamah hingga mereka menjadi (وفرسان بالنهار    رهبان بالليل ), hatinya di langit walaupun jasadnya di bumi. Dengan kata lain, kakinya berpijak dibumi dan hatinya bersama Tuhan di Sidratul Muntaha.

Manusia yang rohnya sentiasa dengan Allah dan Rasul walaupun jasadnya bersama manusia. Beginilah halnya tugas ketua keluarga sebagai pemimpin ialah menghubungkan ahli keluarga kepada Allah dan Rasul.

Firman Tuhan maksudnya :
 "Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Allah meniupkan roh, setelah janin dalam perut ibu cukup sifatnya" Al-Hijr': 29

Ketika itu janin tadi hidup. Gabungan daripada roh insaniah dan akal meletakkan maqam manusia itu lebih mulia berbanding dengan makhluk lain di muka bumi ini, termasuk jin dan malaikat, membolehkan mereka menjadi khalifah (a]-Baqarah:30), mentadbir muka bumi., dengan syarat mereka hendaklah beriman kepada Allah. Andainya mereka tidak beriman, melanggar perintah Allah, maqam mereka adalah lebih hina daripada binatang (A]-A'raf: 38).

Untuk tujuan itu berbagai program dibuat, bukan boleh dibiarkan sahaja berlaku sendiri. Kena ada assignment khas diberikan kepada keluarga. Berikan ujian atau tugasan tertentu sehingga keluarga mencari Tuhan untuk menyelesaikannya. Berikan tugas yang secara akal dia memang tak akan mampu melepasinya, melainkan dengan keajaiban dari Tuhan. Kita akan lihat bagaimana dia melakukan tugasan itu. Kalau dia merujuk kepada akalnya pasti gagal. Kita pandu dia bagaimana roh merujuk kepada Allah dengan usaha-usaha taqwa: bertaubat, tebus dosa, bersedekah, qiamullail, selawat, baiki sembahyang, berkasih sayang dan yang terpenting dengan bertawassul kepada Guru Mursyid.

Satu contoh assignment yang Guru mursyid berikan kepada para pengikutnya ialah poligami. Tugasan ini adalah berat, menyeluruh dan berterusan. Baik suami mahupun para isteri dan anak-anak setiap saat nafsunya dicabar. Jika dipandu dengan baik oleh ketua keluarga dan pemimpin yang berwibawa, maka roh dapat ditajamkan, nafsu dilemahkan, akal dapat dihalakan untuk mendokong roh dan fizikal sentiasa cergas menghadapi cabaran-cabaran yang tak henti-henti.

Selesaikan Kebajikan dan keperluan manusia.

Manusia hidup di dunia ini ada dua keperluan yang nak diselesaikan iaitu hubungan dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia.

Dalam masa kita pastikan seseorang itu mempunyai roh yang kuat, rasa hamba yang tinggi, cinta dan takut kepada Allah dan Rasul, kita jangan lupa bahawa mereka juga ada urusan sesama manusia yang diselesaikan. Mereka ada anak, isteri, ibubapa, kawan-kawan, jiran dan lain-lain sesama manusia yang mereka hidup bersama. Mereka perlu makan-minum, pakaian, tempat tinggal, nikah kahwin, kerehatan dan perawatan apabila mereka ditimpa sakit, dsb. Pemimpin kena pastikan urusan-urusan habluminannas itu berlaku secara Islam

Hidup mesti seimbang. Janganlah menjadi masyarakat Islam yang jumud. Di dalam madrasah/university belajar ilmu tauhid, feqah, tasawuf bukan main hebat. Segala kitab-kitab muktabar dipelajari bahkan pandai pula mengkritiknya. Namun pengamalannya kosong. Master di bidang tauhid, pakar hadis tapi nak amalkan sunnah kahwin poligami takut. Bila ditanya, kenapa takut poligami? Takut tidak mampu bagi makan anak-bini.Mana perginya ilmu tauhid, Allah adalah Sumber

Ada pula yang pakar ilmu ekonomi Islam, tapi satu kedai runcit pun tak mampu nak buat. Bahkan nak makan pun kena bekerja dengan yahudi. Hendak selesaikan urusan habluminannas secara Islam ini bukan boleh buat sorang. Ia hanya boleh dibuat secara berjemaah. Sebab itulah membangunkan jemaah Islam itu wajib.

Bila ada jemaah, maka kena ada pemimpin yang bertanggungjawab dan pengikut yang taat. Pemimpin kena pastikan sistem hidup Islam para pengikutnya itu lengkap dan baik. Kena ada sistem yang uruskan makan-minum, pakaian, tempat tinggal, nikah kahwin dan sebagainya.

Dalam melaksanakannya pemimpin kena sentiasa ambil berat, supaya berlaku keseimbangan. Jangan sampai mewah atau berlebih sangat hingga cinta dunia. Jangan pula tak cukup hingga mengganggu perkara asas. Dan yang penting dalam urusan kebajikan inipun pastikan mereka terus terhubung rohnya dengan Allah sepertimana yang berlaku kepada Solafussaleh dicontohkan sebelum ini.

Dari huraian ini terasa betapa beratnya menjadi pemimpin Islam. Lebih-lebih lagi pemimpin dalam jemaah Islam, jemaah Islam yang menjadi penggerak kebangkitan dan tapak daulah serta empayar Islam akhir zaman. Pelik sangatlah kalau ada orang yang berhempas pulas hendak dirinya dilantik menjadi pemimpin utama jemaah menggantikan tempat Guru Mursyida. Tidak sedarkah betapa beratnya tugas itu?

Mampukah kita mendidik manusia untuk menjadi orang-orang roh? Mampukah kita membina sistem kehidupan Islam yang syumul macam yang Abuya sudah buat ini? Siapalah kita nak mendabik dada untuk buat kaeadah sendiri dalam mendidik masyarakat. Sedangkan hendak pertahankan jemaah kecil dalam keluarga yang Allah amanahkan pun tidak mampu. Kalau jemaah Abuya pun jadi berpecah-belah dibuatnya, munasabah kah kita hendak buat jemaah yang lebih besar? Abuya berhempas pulas membina keluarga besarnya, Kita senang-senang sahaja memecahbelahkannya. Beginikah pemimpin Islam? Beginikah dikatakan jemaah kebenaran?.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?