KELUARGA ABUYA ADALAH TIANG PERJUANGAN.
Syeikh Fahad (ketua kabilah Syammar di Arab Saudi) mengatakan pada keluarga Abuya, "Tahu tak kamu ya Syeikh Fudhail, keluarga Abuya adalah tiang-tiang pada jemaah yang telah dibangunkan oleh Abuya. Kami di Saudi ini pun sangat menghormati keluarga Bani Tamim."
أنتم آل التميمي عمود الجماعة
Sidi Abu Khalid, Syeikh Syammar selaku ketua kabilah Bani Syammar di Jordan juga sangat membesarkan Abuya dan keluarganya. Kedatangannya ke Mekah, orang yang ingin ditemuinya adalah anak sulung lelaki Abuya, bukan selain itu. Ini kerana dia tahu susur galur tarekat dan adab kabilah sesebuah bani oleh bangsa arab.
Ummu Anas di Jordan juga, bila diziarahi ahli jemaah dia akan bertanya khabar keluarga Abuya, dan selalu dia nyatakan bahawa anak sulung lelaki Abuya adalah 'Naib' (timbalan) Abuya, walaupun carta organisasi jemaah telah berubah, namun begitulah yang difahamkan kepada hatinya.
Ini bukanlah kebetulan. Abuya jika berekspidisi ke luar negara dan bertemu dengan kawan-kawannya dikalangan pembesar atau syeikh-syeikh tarekat mahupun kabilah, Abuya akan perkenalkan anak sulung lelakinya, selaku penghubung yang mewakili Abuya dan jemaahnya.
Begitu sekalilah Abuya persiapkan keluarganya, mengikut keperluan dan bidang serta bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada keluarganya. Abuya tidak akan berkeluarga besar jika keluarganya adalah penghancur jemaahnya. Telah terbukti dalam sejarah mana-mana tarekat atau perjuangan, yang merosakkan perjuangan itu bukanlah keluarga kandung tetapi keluarga yang mendatang. Yang berlaku kepada Nabi Nuh, anak lelakinya yang menentangnya itu ialah bukan anak kandungnya. Itu adalah anak tirinya, anak kepada isterinya dengan suami yang lain sebelum dia berkahwin dengan Nabi Nuh.
Sejarah mengajarkan dan memberitahu kita, anak-anak Nabi semuanya selamat walaupun di hujung-hujung umur mereka. Anak Nabi Adam, Qabil yang telah membunuh saudaranya itu pun bertaubat dan kemudian Allah melantiknya menjadi Nabi. Anak-anak Nabi Yaakub, adik beradik kepada Nabi Yusuf juga adalah Nabi, setelah mereka bertaubat dengan apa yang mereka lakukan. Yang jelas tak selamat seperti yang disebut dalam Quran adalah isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Isteri Nabi Yaakub yang pertama, juga terkenal dengan ceritanya yang sangat kuat cemburu, membawa kepada sifat-sifat negatif anak-anaknya. Namun berkat Nabi Yaakub, anak-anaknya selamat. Begitu juga Isteri Nabi Ayyub, yang pernah tinggalkan baginda. Namun akhirnya dia selamat juga kerana berkat Nabi Lut selaku bapanya dan berkat suaminya Nabi Ayyub.
Mana-mana perjuangan sekalipun, walaupun bersifat duniawi keturunan mereka adalah penyambung perjuangan mereka. Satay Kajang yang terkenal, yang meneruskan perjuangannya adalah anak cucu mereka. Bahkan peniaga-peniaga satay di Kajang, adalah anak cucu dan keluarga pengasas kepada perniagaan empayar satay ini. Lebih-lebih lagilah perjuangan kebenaran, yang perjuangkan Allah dan Rasul sudah tentu darah daging pengasasnya adalah penerus dan penyambung kepada legasi perjuangan ini.