HIBURAN BENTUK MAKSIAT SENJATA DAJJAL DI AKHIR ZAMAN.

Nafsu sifatnya mengajak kepada kejahatan. Ia sentiasa berkehendak kepada kebinasaan dan kehendaknya tidak puas-puas. Apa yang disukai nafsu sangat bertentangan dengan apa yang disukai Allah.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Yusuf: 53

Di akhir zaman telah dijanjikan oleh Tuhan akan datangnya ujian dan fitnah untuk orang mukmin dan manusia umum seluruhnya. Ujian datang berbentuk sesuatu yang sangat menguji nafsunya. Ianya juga diizinkan oleh Tuhan untuk berlakunya fitnah dan ujian di akhir zaman ini.


Kita lihatlah kehidupan umum umat Islam di masa ini. Hidup dengan hiburan yang melalaikan. Maksiat yang dibuat terasa biasa bahkan dianjurkan secara terbuka dan berleluasa. Kalaulah ianya berlaku di tempat atau negara orang bukan Islam ianya tidak hairan. Tetapi yang terjadi ialah orang Islam sendiri yang menganjurkan maksiat dan hiburan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri!

Sihir-sihir Dajjal telah berkesan kepada manusia umumnya termasuklah umat Islam. Patutlah kata Nabi S.A.W. bilamana Dajjal tiba ramai orang Islam akan murtad! Nauzubillah min zalik! Kita minta dan berdoa dengan berkat Nabi kita supaya diselamatkan dari fitnah dan ujian ini. Kalau bukan kerana adanya pertolongan dari Allah dan Rasul-Nya bagaimana boleh kita lepasi hal ini.

Umat Islam telah lali, mabuk, bahkan seronok dengan hiburan berbentuk maksiat ini. Sangat menakutkan bilamana keadaan sekeliling semuanya menjerumus kepada Neraka Jahannam! Apa jaminan untuk Iman selamat dengan persekitaran yang sangat merosakkan Iman kita.

Hanya Janji Allah yang didalamnya penuh dengan keselamatan buat Iman-iman sahaja boleh menyelamatkan dunia dan seisinya. Janji Tuhan itu antara pakejnya adalah pemimpin yang dijanjikan iaitu Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, dan Nabi Isa. Ini sendiri telah dijanjikan Nabi S.A.W. dalam hadis-hadis baginda.

Selain mereka itu, keupayaan yang diberikan hanyalah sekadar menjaga Iman diri dan keluarga dari kerosakan yang melata. Dalam ertikata yang lain, itulah thoifah yang menjaga bara-bara api sebelum datangnya pemimpin penyelamat yang akan marakkan agama Tuhan ini hingga keseluruh dunia. Islam pasti menang kerana ia adalah janji dari Allah dan Rasul-Nya. Namun pada kita diberi tawaran untuk melayakkan diri bersamanya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?