KELUARGA ABUYA MENGGENGGAM BARA API.
"Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". ( H.R. Hakim ).
Abuya adalah pencetus dakwah di Malaysia. Abuya berjaya tanamkan cita-cita Islam di kalangan rakyat Malaysia umumnya. Kini, orang Islam awamnya dah bercita-cita Islam, seperti doktor bertaqwa, juruterbang yang bertaqwa, pereka grafik yang beriman, dan lain-lain. Ini berjaya ditanamkan oleh Abuya yang beliau sendiri bukan datang dari lulusan universiti dunia.
Istilah-istilah keagamaan, yang mempopularkan Islam, Abuyalah yang perkenalkannya. Tiada siapa yang boleh dakwa dialah pelopor dakwah di Malaysia. Abuya perjuangkan Islam, hingga syariat menutup aurat seperti bertudung terus diperjuangkan hingga kini.
Abuya berjaya perjuangkan Islam dan bangunkan modelnya sekali, walaupun mencipta kontrovesi. Abuya berjaya perjuangkan Islam, yang hingga kini budaya hadrah telah menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia sendiri, yang dulunya amat asing sekali majlis-majlis membesarkan Nabi ini.
Abuya telah berjaya bangunkan dan bina keluarganya dengan caranya sendiri. Walaupun diserang dengan kata-kata dan tindakan dari masyarakat, Abuya seperti menggenggam bara api dalam membangunkan sistem hidup Islam dan keluarga Islam.
Kebangkitan Islam yang Abuya perjuangkan telah menampakkan hasilnya, namun kini kerana sikap-sikap pejuang seperti yang disebut dalam hadis di atas, akhirnya cita-cita Abuya itu semakin jauh dari menjadi kenyataan. Cita-cita dan hasrat Abuya telah dinafikan oleh sikap-sikap dan tindakan segelintir besar orang di dalam jemaah.
Maka apabila hawa nafsu diperturutkan dalam perjuangkan Islam, tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Cara tersendiri, yang melawan arus dan cara Abuya ini membuatkan orang yang ingin menyambung cita-cita Abuya seperti menggenggam bara api. Terpaksa bermula dari awal, terpaksa mengecil semula, yang sepatutnya perjuangan Abuya ini boleh terus berkembang dan membesar.
Orang-orang yang tidak tahu cara Abuya atau tidak berpengalaman dengan Abuya, sangat senang dan boleh terima keadaan dan situasi yang berlaku pada jemaah Abuya kini. Namun kata Abuya, oleh kerana ini jemaah yang dijanjikan, ia ada cara sendiri untuk membangun dan memilih orang-orangnya.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. H.R. Tirmizi
Maka apabila hawa nafsu diperturutkan dalam perjuangkan Islam, tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Cara tersendiri, yang melawan arus dan cara Abuya ini membuatkan orang yang ingin menyambung cita-cita Abuya seperti menggenggam bara api. Terpaksa bermula dari awal, terpaksa mengecil semula, yang sepatutnya perjuangan Abuya ini boleh terus berkembang dan membesar.
Orang-orang yang tidak tahu cara Abuya atau tidak berpengalaman dengan Abuya, sangat senang dan boleh terima keadaan dan situasi yang berlaku pada jemaah Abuya kini. Namun kata Abuya, oleh kerana ini jemaah yang dijanjikan, ia ada cara sendiri untuk membangun dan memilih orang-orangnya.
Di saat ini, orang yang berkepentingan walaupun ada cita-cita Islam juga akan tersaring. Kerana orang yang berkepentingan ini, bila bertembung antara haq dan batil, keutamaannya ialah yang boleh menjaga kepentingan mereka, sekalipun ia adalah batil. Orang seperti ini kata Abuya, akhirnya tak tahan lama dan akan berputus asa kerana asasnya tidak kuat. Samada ia semakin dilupakan atau ia meninggalkan jemaah secara senyap-senyap.
Kata Abuya lagi, dalam jemaah kebenaran ini sesiapa yang terzalim oleh perbuatan mereka yang mengikut hawa nafsu, pasti Allah yang akan membelanya. Ini janji Abuya dan kini ia sedang berlaku.
Sejarah telah membuktikan, Abuya pernah tinggal keseorangan. Orang yang mencari Abuya bukan Abuya mencari mereka. Kini sejarah berulang kembali, keluarga Abuya pula ditinggalkan. Tak lama lagi orang akan mencari keluarga Abuya kerana pada mereka ada keberkatan Abuya. Keluarga Abuya telah berjaya dilahirkan Abuya sebagai asas atau tapak perjuangannya, sebab itulah ia sangat ditakuti dan digeruni. Belajarlah dari sejarah, orang mukmin takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali; kalau dah berkali-kali dalam lubang yang sama, itu bukan orang mukmin, jauh sangatlah Ikhwan dan Asoib.