UKURAN KEBENARAN BUKAN KEPADA BILANGAN YANG RAMAI.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 246 :

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


Maksud Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 10:

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Bukan semua orang boleh melihat semua hal. Lebih-lebih lagi ramainya orang tak boleh melihat kebenaran para Rasul-Rasul, para Mujaddid. Namun ukurannya kebenaran tetaplah kebenaran, manakala kebatilan tetaplah batil. Kalau yang benar itu makin diikut, makin dekat kepada taqwa. Manakala syaitan kalau diikut makin jauhlah seseorang dari cara hidup Islam yang diajarkan Allah dan rasul (Al Quran dan As Sunnah).

Sesiapa yang kata dia pejuang Islam, tapi tidak yakin Allah-lah yang menanggung hidupnya, ertinya dia bersyirik khafi dengan Allah. Allah-lah yang Maha Kaya dan Allah-lah yang memiskin dan mengkayakan. Maka Allah-lah sumber tunggal yang menentukan rezeki seseorang. Takutilah Allah dalam urusan rezeki, bahawa orang-orang yang full time dengannya pasti Dia tanggung.

Kita telah diajarkan oleh Mursyid, dan dia yakin dengan mengusahakan diri agar bertaqwa kepada Allah, umat Islam akan kuat. Dengan taqwa, umat Islam akan berwibawa dan boleh berdaulat ke peringkat negara, antarabangsa dan dunia. Sistem taqwa adalah jalan perjuangan umat Islam yang dijamin Allah boleh mengembalikan kekuatan umat Islam. Sedangkan Allah tidak jamin sistem ideologi yang diamalkan di seluruh dunia itu boleh mengembalikan empayar umat Islam.

Bila pejuang kebenaran bergantung kepada hal-hal lahiriah dalam mengukur kemenangan, ini sudah terkeluar dari ciri kebenaran itu sendiri yang sepatutnya perkara pertama dinilai ialah perkara asas pada diri pejuang, bukan pada lawannya. Ketahuilah sekalian, kebenaran tidak diukur dengan kemeriahan projek lahiriah atau bilangan pengikut. Jika dinilai begitu, ada para rasul diuji Allah tanpa ada pengikut seorang pun. Ada yang Allah lakukan dakwah hanya diterima ahli keluarganya sendiri dan ditolak masyarakat. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?