Posts

Showing posts from April, 2013

JABAL UHUD, ANTARA JANJI DAN TAWARAN.

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi. Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari) Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan be

ROH SELAWAT MENGHUBUNGKAN HATI DENGAN NABI.

Setiap sebelum sembahyang berjemaah, kita akan berselawat beramai-ramai. Melalui amalan tersebut kita dilatih mengikatkan hati kepada Rasul S.A.W. Antara jenis selawat yang biasa diamalkan iaitu Selawat Badawi. Begitu juga kita akan merasakan sangat dekat dengan Abuya selaku mursyid kita, kerana dialah yang telah mengikat hati kita dengan Rasul S.A.W. dan penyelamat di kurun ini, iaitu Pemuda Bani Tamim. Dari Abdullah ibnu Masud, sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” Hadis Riwayat Tirmidzi Saya pernah dibawa ekspedisi bersama Abuya, Bonda Khadijah Amm, Bonda Ummi dan Syeikh Nasiruddin Ali. Kami dibawa ke Kota Fas, Maghribi atau Moroko. Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota tersebut. Seorang ulama sufi dan wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini, lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr Al-Badawi. Berketurunan Nabi S.A.W.

RINDU KEMATIAN RAHSIA TIDAK DITIPU DUNIA.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ. "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."  Al-Anbiya: 35 Setiap yang hidup akan merasai mati, itulah yang dibenarkan dari Quran yang datang dari Allah yang Maha Benar. Pada peringkat awal kesedaran Islam, kita sering dingat-ingatkan oleh Abuya dengan kematian. Kematian yang boleh datang bila-bila masa. Ia datang mengunjungi kita tidak kita tempat dan masa. Ia berlaku di mana-mana dan bila-bila. Ia berlaku dengan pelbagai cara. Mati bagi orang mukmin adalah satu permulaan kehidupan. Kehidupan yang kekal abadi buat selama-lamanya. Mati bagi pencinta Allah dan Rasul, adalah syarat menemui cintanya. Mati ialah kebebasan bagi para roh, yang ianya tidak terikat lagi dengan mana-mana undang-undang dan syariat Tuhan. Bila matinya anak adam, terputuslah segala amalannya

ORANG ROH TIDAK TAKUT DAN TIDAK PULA BERDUKACITA.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." Al-Baqarah: 214 Selaku  hamba Allah, kita mestilah bersikap dan berwatak yang sesuai dengan peranan hamba. Hamba itu tidak merasakan dirinya tuan, tidak merasakan dirin

TAKUTLAH DOA ORANG YANG TERZALIM.

Mari kita kongsikan kisah tauladan ini supaya menjadi renungan buat orang yang masih tak faham makna dan erti doa membalas kezaliman orang yang zalim. Tidak ada orang waras mengatakan perbuatan merampas hak Allah sebagai adil. Tidak ada juga orang yang waras yang menyaksikan perbuatan khianat sesama hamba Allah sebagai tidak zalim. ❝ Suatu hari, rumah si polan dipecah masuk oleh perompak. Tuan rumah dan isterinya diikat dan tidak mampu berbuat apa apa. Anak perempuannya telah dirogol oleh perompak tersebut. Manakala anak lelakinya pula dibelasah dengan teruk. Tuan rumah hanya mampu lakukan ketika itu ialah berdoa supaya Allah hancurkan perompak-perompak tersebut.  Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak tersebut memarahi tuan rumah dan berkata: "Mana boleh doa macam tu sebab aku ni ISLAM dan MELAYU!! Jangan doakan kehancuran sesama ISLAM, nanti Yahudi tepuk tangan!". Keesokan harinya kecoh satu kampung dan masuk akhbar tempatan dengan tajuk "DOA SI POL

UJIAN MENGENALKAN ROH MANUSIA.

Dalam dunia pendidikan, persoalan ujian atau peperiksaan adalah merupakan suatu keperluan. Bagi yang peringkat tadika untuk memasuki sekolah rendah, maka untuk membantu guru meletakkan murid-muridnya ke dalam kelas yang baik, sederhana dan lemah, peperiksaan atau ujian adalah penilaian sangat diperlukan. Begitulah dari peringkat rendah untuk memasuki ke peringkat sekolah menengah, juga memerlukan ujian peperiksaan. Begitulah dari menengah untuk memasuki universiti pun begitu. Lebih-lebih lagi ke peringkat PHD. Penilaian Allah dan Rasul S.A.W. dengan yahudi tidak sama. Menurut Allah dan Rasul, secerdik-cerdik manusia ialah dia yang paling banyak mengingati kematiannya. Cerdik yang mengingati mati itu bukan yang menyerahkan leher untuk dipancung. Itu bodoh namanya.  Kalau itulah yang dikatakan cerdik, mengapalah Rasul pun berstrategi dalam perjuangan. Rasul bersembunyi bersama Sayyidina Abu Bakar di dalam Gua Tsur bukan kerana takut, tapi itulah strategi. Itulah yang dinama

UJIAN MENENTUKAN TAHAP IMAN SESEORANG.

Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sarat dengan ujian. Padat dengan cubaan. Ujian-ujian itu datang bersilih ganti dalam rupa, saiz, skala, warna dan jenis yang pelbagai. Manusia tiada pilihan melainkan menerima dan mendepani hakikat ini. Menerima hakikat bahawa dirinya makhluk yang dicipta Allah untuk diuji di alam dunia yang penuh dugaan dan rintangan. Cukuplah dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta percaturan taqdir-Nya datang bersilih ganti mengena batang tubuh manusia. Tidak dapat tidak, antara susah dan senang, antara suka dan duka, lapang dan sempit, antara gembira dan sedih, antara pahit dan manis, antara sakit dan sihat, serta miskin dan kaya. Ini akan Tuhan pergilir-gilirkan dalam kehidupan seharian manusia. Hidup ibarat putaran roda. Tidak selamanya di atas dan tidak selamanya di bawah. Perhatikanlah bahawa satu-satu ujian (keadaan) yang menimpa manusia itu tidak akan kekal lama melainkan akan bertandang pula satu situasi lain yang akan menggantikannya dan begitul

UJIAN MELAHIRKAN MEREKA YANG SEMAKIN SOLID DENGAN PERJUANGAN.

Kita telah mengikuti kuliah dan mendapat panduan melalui PR sudah 65 kali. Bagi kita yang menerimanya, ia baru dikatakan mendapat bahan ilmu atau fakta maklumat, selagi ianya belum menjadi amalan dan penghayatan dalam kehidupan yang dilalui. Abuya selalu bacakan bait matan zubad: العلم بلا عمل كشجرة بلا ثمرة Ilmu tanpa amal seperti pokok tak berbuah. Berkaitan hal mehnah dan ujian, telah banyak Allah dan Rasul S.A.W. memberikan panduan-panduan yang berkaitan dengannya. Samada disebut dalam Quran mahupun didalam Hadis-Hadis Nabi S.A.W.

ROH SEJARAH MENJADI SANDARAN.

Menyusuri Tokoh yang berjiwa atau memiliki roh yang matang. Tokoh tersebut kita temuinya di bumi Andalusia. Sesungguhnya salah satu sejarah Islam yang dapat dibanggakan hingga hari ini ialah ketamadunan yang dicapai oleh umat Islam di Andalus. Walaupun masa telah berlalu, sejarah itu tetap dikenang sebagai pemangkin semangat untuk maju dan berharap agar pencapaian itu akan berulang. Bahkan, jika kita berpeluang menziarahi kota Andalus yang dikenali sebagai Real Madrid ini, kita akan dapati beberapa bangunan bersejarah yang masih tersergam yang dibina pada zaman kegemilangan itu. Bahkan barat sendiri pernah mengaku bahawa: "Sekiranya Islam tidak mencipta kertas, kompas dan senjata, nescaya barat akan sentiasa berada pada keadaan yang tidak membangun hingga sekarang." Kata Abuya,  "SEJARAH ADALAH GURU TERBAIK UNTUK DIJADIKAN  PANDUAN DAN INGATAN". Abuya kongsikan dengan kami semasa mengulas tentang penerokaan Toriq bin Ziyad, dari bumi Tanjah, Maghribi ke And

RAHSIA KEKAL RAHSIA BERSAMA ABUYA.

Menurut Abuya, mereka yang sangat faham jadual Allah buat umat akhir zaman adalah dari dua kelompok. Pertama Abuya Pemuda Bani Tamim, dan kedua adalah Yahudi. Abuya tahu tentang jadual tersebut dan berjuang untuk membenarkan supaya ianya berlaku. Kelompok kedua iaitu yahudi, tahu jadual Allah tapi berjuang untuk menggagalkannya. Kita dedahkan pembongkaran mengenai satu daripada ramalan Yahudi tentang kemunculan Imam Mahdi, yang secara jelas sebenarnya telah disebutkan dalam Hadis Nabi yang sahih, dan ini jelas bahawa Yahudi telah megkaji dan mengambil petikan dari riwayat hadis Nabi mengenai peristiwa akhir zaman, dan kemudiannya mengakui bahawa ianya merupakan sebahagian dari telahannya. Firman Allah: وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إليكم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّ

PEMIMPIN IALAH YANG MEMEGANG DAN MEMIMPIN HATI-HATI MANUSIA.

Di dunia hari ini, manusia sangat mementingkan diri. Sanggup menjual atas nama Islam untuk mencapai kepentingan diri. Sangat bermain dengan politik nafsu, bahkan pijak kepala orang lain untuk mencapai matlamat yang dipendamkan. Menzahirkan penampilan baik tetapi sangat bawa kepada diri. Penyakit hasad dengki, iri hati, sangat tertonjol, tetapi untuk menutupinya dengan menjual nama Islam. "Lebih mudah melihat kesalahan kelemahan orang lain sedangkan diri bergelumang dengan najis maknawi." Demi merebutkan kedudukan dan suasana yang selesa untuk mencapai kemahuan nafsu, mereka sanggup berkorban waktu, tenaga, dan bersusah payah untuk mendapatkan kedudukan yang boleh mencapai kepentingan diri. Kadang-kadang menggunakan berbagai-bagai cara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain untuk mencapai tujuannya.  Abuya mempunyai pandangan tersendiri tentang peranan orang yang di atas. Menurut Abuya, mereka yang berperanan untuk menyelesaikan masalah masyarakat, ad

MUJAHID ATAU PEJUANG KEBENARAN YANG SEBENAR.

Pejuang kebenaran sebenar berusaha dengan gila-gila, bermati-matian memberikan yang terbaik untuk Allah dan Rasul S.A.W. Kita diciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah Tuhan di bumi. Hamba dan khalifah, dua peranan yang tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan, salah satunya akan jadi jumud, satu lagi akan jadi keras dan tidak berhikmah walaupun di atas landasan kebenaran. Sekolah Roh atau Universiti Roh melahirkan manusia yang berwatak hamba dan berperanan sebagai khalifah di atas bumi-Nya. Madrasah Roh ini atau UniRoh ini melahirkan hati hamba yang takutkan Allah. Hati yang merasa takut untuk hidup melainkan hanya untuk Tuhannya. Hati si hamba mana yang tidak jatuh hati pada Tuhan, kerana mengetahui yang Tuhan begitu sayang gila terhadapnya. Tuhan sanggup menciptakan sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat pada-Nya. Kita ini hamba, manalah memberi faedah sedikit pun kepada Tuhan! Bahkan kitalah yang mengambil faedah daripada-Nya. Baiknya Tuhan. Oleh itu, Sekola

APA ITU JIHAD FISABILILLAH?

Perkataan atau kalimah 'JIHAD' telah disalahertikan. Ia sudah dicemari dengan hal-hal yang bersifat negatif, padahal perkataan jihad itu sangat baik dan mulia. Ia datang dari Tuhan, dari Rasulullah, dan dari ajaran Islam yang sangat cantik, indah dan mulia. Jihad itu kalau dapat dilaksanakan dengan tepat, maka akan lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan. Malangnya sekarang jihad sudah dikotori oleh umat Islam sendiri. Bila dikatakan jihad, yang dibayangkan ialah bunuh orang, tembak dan bom sana-sini, serangan berani mati, sabotaj, dan lain-lain keganasan lagi, sehingga hendak sebut perkataan jihad pun sudah malu dan rasa inferiority complex (malu tak bertempat). Ini kerana orang bukan Islam sudah pandang serong dengan perkataan jihad. Umat Islam sendirilah yang sudah menyalahertikan jihad itu. Erti jihad menurut yang telah Abuya terangkan. Orang ramai mengertikan jihad itu sebagai berjuang. Sebenarnya jihad bukan ertinya berjuang. Terpaksalah di sini dibahaskan dari segi l

GOLONGAN YANG MENDAPAT BANTUAN DARIPADA ALLAH.

كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". Al-Baqarah: 249 Al-Quran mengisahkan bagaimana keadaan kaum muslimin pada saat Perang Badar. Jumlah mereka sedikit, dan kelengkapan perang mereka juga sedikit. Namun, mereka tetap yakin kepada Allah, sehingga mereka pun berdoa kepada Allah agar memberi mereka kemenangan. Allah berfirman yang bermaksud : "(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut". (al-Anfal: 9)

SEJARAH ADALAH GURU TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN INGATAN.

Kata Abuya 'sejarah adalah guru' . Kita kena ambil pengajaran di setiap yang berlaku ke atas jemaah perjuangan ini, mana yang baik diteruskan dan kembangkan. Manakala kekurangannya kita tampung dan perbaiki. Firman Allah : فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!"  Yunus: 92