Posts

Showing posts from November, 2014

ISLAM KINI ASING DI KALANGAN UMATNYA.

رواه مسلم (145) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ) .  Dari Riwayat Muslim (145): Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Bermulanya Islam dengan asing (pelik) dan kembalinya pun seperti mulanya, asing. Maka beruntunglah mereka yang asing itu. Sejarah telah menceritakan kepada kita permulaan agama yang suci ini. Ia bermula sepertimana dalam hadis di atas tadi, asing. Asing bermakna sesuatu yang bukan kebiasaan. Yang pelik, aneh, dan seumpama dengannya. Bererti ia bukan perkara atau benda yang selalu berada di depan mata atau kebiasaannya. Kalimah 'gharib' dalam hadis itu jika diertikan dalam bahasa melayu bermakna 'pelik'. Bukan saja-saja Baginda SAW menggunakan perkataan itu. Memang itulah maksud yang Baginda hendak sampaikan. Kita telah mengetahui sejarah awal Islam yang dibawa Rasulullah SAW,

UMAT ISLAM MESTI KEMBALI KEPADA TAUHID SEMULA.

Memikirkan ciptaan Tuhan sudah cukup untuk mendidik dan suburkan rasa tauhid kepada-Nya. Menebalkan iman dan keyakinan kepada Tuhan. Tidak perlu lagi kepada prasarana atau tenaga pengajar. Itu bagi orang yang faham. Tetapi bagi orang yang tidak faham, ciptaan yang indah hanyalah menjadi bahan khayalan atau menggali ilmu semata-mata. Mereka tidak dapat mengaitkan Tauhid atau rasa bertuhan dengan kehidupan mereka. Mereka tidak dapat ilmu dan pendidikan daripada Alam yang mereka lihat. Jiwa umat Islam sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membesarkan diri bukan membesarkan Tuhan. Setiap manusia adalah hamba dan khalifah di muka bumi ini. Mereka dimuliakan Allah dengan akal yang terpimpin, itulah yang membezakan manusia dan haiwan. Untuk menjadi manusia yang bertaqwa, maka ilmu mestilah diusahakan untuk menjadi panduan dalam kehidupan. Umat Islam kini, Riadhah Nafsi atau latihan jiwa kehambaan tidak penting dalam kehidupannya. Kalau pun ada hanya latihan mempertajamkan akal dan

ORANG-ORANG YANG DIBERIKAN BARAKAH OLEH TUHAN PADA SETIAP ZAMAN.

Selagi dunia belum Qiamat, setiap zaman ada orang yang diberi barakah oleh Tuhan. Bilangan mereka tidak ramai, hanya bilangan jari sahaja. Itupun ramai orang tidak kenal. Bahkan adakalanya mereka dimusuhi dan disusahkan. Disebabkan merekalah dunia tidak diqiamatkan. Disebabkan mereka jugalah manusia diberi rezeki. Juga manusia selamat dari bala bencana, disebabkan mereka yang diberi barakah. Hujan masih turun kerana mereka. Doa mereka kabul, manfaatnya untuk semua. Orang ramai diberi rezeki tidak tahu atau tidak sedar kecuali satu dua. Begitulah peranan orang Tuhan di dunia setiap zaman. la penyelamat bagi manusia semua. Kalaulah bukan kerana keberadaan mereka di dunia. Manusia tidak ada yang selamat. Taraf keberkatan mereka tidak sama. Ada yang bertaraf kampung atau daerah dan negara. Yang besarnya adalah yang bertaraf dunia. la datang sekali-sekala. Mungkin beratus tahun sekali baru ada. Di awal kurun ia pasti berlaku seorang yang membawa berkat ke seluruh dunia. Kerana ada janji da

MEMBINA TAQWA DI DALAM JEMAAH KECIL (BANI / KELUARGA).

Saya mengajak diri dan juga anggota Bani bersama-sama, kita mengusahakan sifat taqwa. Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini. "Bani yang terpimpin, pimpinannya mendapat hidayah dan taufik." Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Diberi rezeki yang tidak terduga dan diranca

KATEGORI PEJUANG ISLAM DI AKHIR ZAMAN.

Apabila kita mengatakan kebangkitan Islam kali kedua, ertinya adanya sebuah kelompok masyarakat yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu; sejauh yang termungkin  di dalam jemaah itu sebagai model. Ada  aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan  strategi untuk mencapai matlamatnya.  Ia kelompok masyarakat atau jemaah tersebut samada bilangannya kecil atau besar di satu sesebuah tempat. Ia mengikut kesedaran masyarakat di satu-satu tempat itu juga. Sedikit kelompok manusia yang sedar maka kecillah bilangannya, jika ramai kesedaran masyarakat di tempat tersebut besar pula saiz jemaah itu. Kelompok masyarakat tersebut ada yang disebut JEMAAH BANI (berasaskan sesebuah keluarga seperti beberapa yayasan dan gerakan jemaah di negara ini yang terkenal dengan gelaran nama pengasasnya) , jika di Timur Tengah HIMPUNAN BANI disebut JEMAAH KABILAH, himpunan KABILAH diseb

MANUSIA MENJADI HAMBA APA YANG DICINTAINYA.

Orang roh (berjiwa sufi) sentiasa takut dan bimbang. Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak. Takut dan cemas di saat berdepan dengan Tuhan Rabbul Jalil yang akan menyelongkar setiap apa yang dilakukan sepanjang hayat. Satu apa pun tidak akan tercicir. Perkara yang nyata atau pun yang tersembunyi hatta gerak lintasan hati sekali pun. Bila gagal menjadi orang roh, manusia akan menjadi orang dunia. Manusia ada pecinta Tuhan dan ada pecinta dunia. Orang yang cinta Tuhan, lain sifat dan wataknya. Orang yang cinta dunia pula lain sifat dan wataknya. Manusia menjadi hamba apa yang di cintainya. Manusia ini umumnya terpisah kerana dua cinta. Pertama cinta Tuhan dan kedua cinta dunia. Manusia menjadi hamba apa yang di cintainya. Kalau dia cinta Tuhan, dia akan menjadi hamba kepada Tuhan. Dia akan mengabdikan dirinya kepada Tuhan. Begitu juga cinta dunia. ( حب الدنيا ). Hubbud dunya menjadikan seseorang itu hamba kepada dunia. Dunia akan menjadi matlamat hidupnya. Dia akan buat apa

JANJI DAN TAWARAN UNTUK KEBANGKITAN ISLAM KE DUA.

Kali ini marilah kita merenung sejenak dan berfikir tentang tawaran dan janji dari Tuhan untuk umat Islam di akhir zaman. Setelah kita dididik dan dibetulkan semula cara berfikir, berperasaan, dan keyakinan terhadap Tuhan, barulah kita dibentangkan mengenai adanya tawaran dan janji kepada umat Islam di akhir zaman. Peristiwa kebangkitan Islam ke dua ini dikatakan sebagai keyakinan tambahan. Ia diusahakan selari dengan baiki diri dan mujahadah yang dibuat. Ini kerana jika ia tidak berlaku di-tangan kita ada perkara lagi penting yang kita dah usahakan; membaiki hubungan dengan Allah dan makhluk-Nya. Abuya telah fahamkan kita mengenai 'JANJI DAN TAWARAN' dari Tuhan ini. Biasanya jika ia berlaku atas nama janji, Tuhan menyebutnya samada di dalam Quran atau hadis. Apabila Tuhan berjanji pasti berlaku; cuma masanya- samada lambat atau cepat ianya berlaku. Tawaran pula ada hubungan dengan janji. Proses untuk berlakunya janji, itu tidak disebut dalam Quran atau Hadis. Biasanya diil

BAGAIMANA MEMBINA MANUSIA HINGGA MENJADI ORANG ROH (BERTAQWA).

Insaniah manusia merangkumi masalah batin. Ia termasuk masalah dalaman, perkara maknawi atau yang menyentuh soal hati, jiwa dan rohani. Justeru kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Membangunkan fizikal atau tubuh badan lahir ialah dengan menjaga makan minum, kebersihan, dan kesihatannya untuk menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi kita tidak boleh merujuk kepada Barat kerana mereka sangat jahil tentang persoalan roh, hati dan jiwa. Mereka tidak ada cara. Bahkan, orang-orang Baratlah yang paling rosak insaniah mereka. Dal hal ini kita mesti kembali kepada Allah, kepada ajaran Rasulullah, kepada agama, dan kepada Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Kita kena ikut panduan Islam di dalam usaha untuk membina dan membangunkan insan ini. Membangunkan akal dengan menimba ilmu dan pengalaman. Ilmu terbahagi kepada ilmu fardhu ain, ilmu fardhu kifayah dan ilmu yang harus. Ini boleh dilakukan dengan belajar, membaca dan muzakarah. Kita pula boleh menimba pengalaman dalam berbagai bidang hidup s

MUJAHADAH JUGA ADALAH IBADAH.

Orang Roh (beriman), untuk menerima sesuatu yang fitrah menolaknya, mereka terpaksa bermujahadah. Perlu diingat perintah Tuhan yang mana fitrah susah menerimanya itu, keadaannya lebih selamat, mudah mendapat pahala dan mudah disayangi oleh Tuhan. Sebagai contoh, usaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat; mungkin susah bahkan mungkin lalai dan sebagainya tetapi dilakukan juga dengan penuh mujahadah, digagahi melawan nafsu yang amat mendorong untuk lalai. Walaupun hati rasa perit mengusahakan khusyuk tetapi atas dasar perintah Tuhan, dilakukan juga; maka keadaan begini lebih selamat. Tuhan mengambil kira perit dan menderitanya hamba dalam mujahadah. Mujahadah juga adalah ibadah. Bila bermujahadah Allah akan berikan ganjaran disisi-Nya. Ertinya dalam beribadah yang fardhu, Tuhan anugerahkan satu lagi peluang iaitu mujahadah. Tetapi bagi perintah yang senang diterima oleh naluri, hasilnya banyak tetapi payah hendak mendapat pahala kerana mujahadahnya mudah. Nafsunya tidak tercabar. Pe

PERNIAGAAN SEBAGAI WADAH PERJUANGKAN TUHAN.

Mengapa manusia menghabiskan masa memikirkan ekonomi. Mengorbankan tenaga, hingga letih lesu. Berbincang, berseminar, mengkaji untuk perkara tersebut. Setiap hari diperkatakan di media massa. Ekonomi bukanlah segala-galanya. Ekonomi bukanlah penentu kebahagian manusia. Keperluan manusia bukan ekonomi sahaja. Ekonomi hanya untuk fizik manusia. Untuk memuaskan nafsu. Keperluan nafsu pada haiwan pun ada. Tapi keperluan manusia ada yang lebih penting dari itu. Iaitu keperluan akal dan rohnya. Kalau akal terabai dan roh tidak diberi makan, manusia hidup tidak tahu ke mana hendak dituju. Jiwa akan kosong. Apabila ada masalah, manusia bingung. Di waktu itu ekonomi tidak boleh menyelesaikan masalah. Jiwa manusia akan menderita. Seterusnya akan kecewa. Ekonomi tidak boleh buat apa-apa dan tidak ada erti apa-apa. Malah kerana ekonomilah manusia menderita dan tersiksa! Firman Tuhan: رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَا

PERJUANGAN ISLAM SANGAT JELAS DAN TEPAT ATAS LANDASAN SYARIATNYA.

Islam yang kita perjuangkan, kalau ianya tidak mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan tidak dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka apa yang diperjuangkan pasti berlaku perlanggaran. Maka sudah pasti tidak sehaluan dengan perjuangan Islam sebenar. Kalau begitu yang berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala. Firman Tuhan: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam yang menyeluruh (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah,2:208). Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-komp

KEYAKINAN TAMBAHAN SEBAGAI MOTIVASI BUAT IKHWAN DAN ASOIB.

Allah Subhanu wa Taala mengutuskan Rasulullah SAW untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan pengertian yang lain Nabi Muhammad diutuskan untuk membina peradaban manusia atau tamadun insaniah. Jika hendak dibangunkan tamadun lahiriah atau tamadun material, itu orang kafir pun boleh buat. Dah terbukti pun barat sangat menguasai teknologi dunia yang ada. Malah sejak zaman Rasulullah SAW lagi bangsa Rom dan Parsi memiliki teknologi yang tidak ada pada bangsa arab. Rasulullah SAW berdakwah memperkenalkan Allah kepada para sahabat. Setelah sahabat mendapat kekuatan iman mereka diberikan khabar dan berita samada tanzir (peringatan) atau tabsyir (berita gembira), perkara yang akan berlaku kepada dunia khususnya kepada agama Islam dan umatnya. Maka disinilah keyakinan tambahan itu diperlukan sebagai motivasi para sahabat dalam berbuat. Ianya bukan satu kewajipan namun ia satu tawaran. Ketika ia belum berlaku berita tentangnya tak dibesarkan pun tak mengapa. Tak menjadi kesalahan pun. Conto

BAHTERA KESELAMATAN BUAT UMAT AKHIR ZAMAN.

عن ابن عباس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها غرق Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdul ‘Aziz yang berkata telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim yang berkata telah menceritakan kepada kami Hasan bin Abi Ja’far dari Abu Shahba’ dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas RA yang berkata Rasulullah SAW bersabda “Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh barang siapa yang menaikinya akan selamat dan barangsiapa yang meninggalkannya akan celaka." (Mu’jam Al Kabir Ath Thabrani 3/46 no 2638) Ayat di atas dan hadis menjelaskan kepada kita bahawa Bahtera Nabi Nuh adalah wadah untuk menyelamatkan umatnya di ketika itu. Bumi dilanda banjir besar sehingga menenggelamkan permukaannya. Begitulah Para Rasul didatangkan oleh Allah untuk menyelamatkan manusia di dunia dan  juga akhirat. Nabi Musa menyelamatkan umatnya daripada cengkaman kezaliman Firaun. Nabi Muhammad SAW menyelamatkan manusia dari

ORANG ROH (BERTAQWA) LEBIH HEBAT DARIPADA MALAIKAT.

Islam itu dikatakan agama fitrah. Bila dikatakan fitrah, ia adalah satu pakej yang ada dalam diri manusia iaitu akalnya, nafsunya, rohnya dan jasadnya. Ini satu pakej sandar-menyandar, kuat menguatkan dan saling perlu memerlukan. Setiap satunya tidak boleh bertindak bersendirian. Roh berperasaan, seperti suka dan duka dan lain-lain. Nafsu merangsang atau mendorong manakala akal memikirkan perasaan tadi dan bila didorong oleh nafsu, ia akan fikirkan cara atau kaedah lalu diarahkan fizikal untuk melaksanakannya. Fizikal hanya ikut sahaja.   Manusia bila telah mendapatkan Tuhan dia lebih hebat daripada malaikat. Tuhan ciptakan malaikat daripada cahaya dan diarahkan dia berlaku taat hinggalah kiamat. Tidak pernah membangkang kerana Tuhan ciptakannya tanpa nafsu. Firman Allah:   وَعَلَّمَ آدَ مَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama b

PERANAN PEMUDA BANI TAMIM.

Apakah peranan Pemuda Bani Tamim? Kalau hendak di-ibaratkan atau bandingan, peranan Pemuda Bani Tamim adalah seperti tug boat . Ia adalah sebuah kapal kecil yang mempunyai horse power yang besar. Bila ada kapal besar hendak keluar dari dermaga, tug boat  ini bekerja untuk me­narik­nya keluar sehinggalah kapal besar itu dapat belayar di lautan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk peranan PBT. Imam Mahdi pula ibarat kapal besar yang akan men­jelajah dunia. PBT-lah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk berperanan di dunia. Ertinya PBT mesti menyelesaikan tanggungjawabnya agar Imam Mahdi zahir. Sedangkan dunia sedang menunggu kezahiran Imam Mahdi untuk mengembalikan keadilan dan keamanan ke atas buminya. Di sini kita dapat fahami Pemuda Bani Tamim mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Perjuangan Pemuda Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu: Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa: Maksudnya: "dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya: “Ketika kami