PERJUANGAN ISLAM SANGAT JELAS DAN TEPAT ATAS LANDASAN SYARIATNYA.

Islam yang kita perjuangkan, kalau ianya tidak mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan tidak dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka apa yang diperjuangkan pasti berlaku perlanggaran. Maka sudah pasti tidak sehaluan dengan perjuangan Islam sebenar. Kalau begitu yang berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.

Firman Tuhan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam yang menyeluruh (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah,2:208).

Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Hukum-hakam Allah tidak boleh dipermain-mainkan melainkan bala Allah yang akan tiba sebagai pengajaran dan balasan.

Firman Tuhan:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
(Al-Baqarah,2:175).

Kita ini berada di akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di zaman Rasulullah lagi, kira-kira 1500 tahun lepas para sahabat diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok dan nyanyok, ini lagilah sekarang. Bagaimana agaknya keadaan dunia ini. Ibarat orang tua terbaring di katilnya berak kencingnya tidak lagi terurus. Kita diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Kebanyakannya telah berlaku dan sedang berlaku. Kemuncak kerosakan ini terhimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.

Berlaku semula amalan-amalan dan kejahatan jahiliyyah seperti perzinaan yang berleluasa, pelacuran secara terbuka, pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth, lesbian, kaum perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki menyerupai perempuan, juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau puluhan ribu bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana. Malah ini lebih dahsyat lagi dari zaman jahiliyyiah. Jika dulu hanya ada seorang Namrud, kini lebih 1000 Namrud telah lahir atas muka bumi ini. Jika dulu ada seorang firaun mengaku dirinya tuhan kini lebih ramai merasakan mereka ibarat Tuhan dalam sedar atau tidak!

Inilah tanda-tanda jelas bahawa kehadiran dajjal bersama konco-konconya semakin dekat. Jika Imam Mahdi juga dipersiapkan begitu jugalah dengan kebatilan yang dahsyat persiapan mereka. Sesiapa yang tidak persiapkan iman diri dan keluarga akan terdedah dengan kejahatan fitnahnya yang dahsyat ini. Suasana sangat menakutkan dan membenarkan kata-kata Nabi SAW akan tibanya kedatangan dajjal dan fitnahnya yang merbahaya kepada iman umat akhir zaman ini. Tanda-tandanya semakin jelas. Kita dah sepaputnya persiapkan iman diri dan keluarga kita. Jika tidak siapa lagi yang kita mahu harapkan? Imam Mahdi datang bukan nak tunggu kita baiki diri tapi nak ajak berkorban menentang kebatilan. Masa itu kalau tak bersiap maka selamat tinggal dan jadilah seperti orang awam biasa.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?