MANUSIA MENJADI HAMBA APA YANG DICINTAINYA.

Orang roh (berjiwa sufi) sentiasa takut dan bimbang. Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak. Takut dan cemas di saat berdepan dengan Tuhan Rabbul Jalil yang akan menyelongkar setiap apa yang dilakukan sepanjang hayat. Satu apa pun tidak akan tercicir. Perkara yang nyata atau pun yang tersembunyi hatta gerak lintasan hati sekali pun.

Bila gagal menjadi orang roh, manusia akan menjadi orang dunia. Manusia ada pecinta Tuhan dan ada pecinta dunia. Orang yang cinta Tuhan, lain sifat dan wataknya. Orang yang cinta dunia pula lain sifat dan wataknya. Manusia menjadi hamba apa yang di cintainya.
Manusia ini umumnya terpisah kerana dua cinta. Pertama cinta Tuhan dan kedua cinta dunia.

Manusia menjadi hamba apa yang di cintainya. Kalau dia cinta Tuhan, dia akan menjadi hamba kepada Tuhan. Dia akan mengabdikan dirinya kepada Tuhan. Begitu juga cinta dunia. ( حب الدنيا ). Hubbud dunya menjadikan seseorang itu hamba kepada dunia. Dunia akan menjadi matlamat hidupnya. Dia akan buat apa sahaja dan berkorban segala-segalanya untuk mendapat dunia yang diidam-idamkannya itu.

Para Sahabat benar-benar mendapat Tuhan. Ini terbukti apabila mereka sanggup bela Allah dan Rasulullah SAW. Mereka sanggup bela Islam. Mereka terkorban di medan jihad kerana membela Islam. Mereka telah pun membuktikannya. Tuhan telah merespon kepada mereka. Akhirnya Rom dan Parsi jatuh ke tangan mereka. Timur dan Barat Allah serahkan kepada mereka. Mendapat Tuhan sebenarnya bukanlah setakat percaya adanya Tuhan. Bukan juga sekadar tahu dan hafaz sifat 20. Itu baru di akal, belum di hati.

Orang yang mendapat Tuhan benar-benar membuktikan membela Islam. Kesan dapat kenal Tuhan, maka akan lahirlah akhlak. Iaitu akhlak kepada Tuhan dan akhlak sesama manusia. Akan lahir tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, penyantun, timbang rasa, lapang dada, bela membela dan sebagainya.

Pada kebangkitan pertama di saat itu Para Sahabat Nabi SAW berdepan dengan dua super power dunia, bagaikan Amerika dengan Rusia di tahun 80-an. Dan ternyata hadis Rasulullah ini terbukti dengan jatuhnya Rom Timur dan Parsi ke tangan tentara Islam pada zaman khalifah Umar bin Khattab. Orang yang telah mendapat Tuhan disebut sebagai ARIFBILLAH. Orang yang baru tahu atau hafal sifat-sifat Allah disebut ALIMBILLAH.

"KENAL, CINTA DAN TAKUT TUHAN ADALAH RASA PALING TEPAT".

Arifbillah ialah mengenal dengan hati atau rasa dengan hati. Agama itu ialah rasa. Awal agama kenal Allah. Mengenal adalah rasa di hati. Mengetahui adalah tahu diakal. Adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita rasa lalu mendorong untuk beramal, itulah agama. Ia berawal dari iman. Iman itu rasa. Iman itu di hati. Yang ada di hati ini disebut rasa dan perasaan. Iman itu yakin. Yakin itu ialah perasaan percaya yang sangat mendalam pada sesuatu.

Yakin dan percaya kepada Allah lalu beramal. Itulah dia agama. Yakin dengan HARI HISAB ( يوم الحساب ). Yakin dengan Akhirat. ( يوم الاخيرة ) Yakin akan hari pembalasan. Yakin dengan Mizan. lalu berbuat sesuai dengan kepercayaan, itulah agama. Kalau dibuat hanya kerana ikut-ikutan, itu bukan agama namanya. Jadi seluruh kehidupan kita, jika kita ingin menjadikannya kehidupan yang beragama, maka hendaklah membawa rasa. Rasa yang dikaitkan dengan Tuhan kerana kita berjanji pada Allah, bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita adalah untukNya. Untuk mengikuti jalan yang lurus. (صراط المستقيم ) Iaitu Jalan nabi-nabi, rasul-rasul, syuhada’, orang-orang soleh. Ringkasnya, jalan orang-orang Allah. (Orang roh hakiki).

Firman Allah:

اللَّهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya). (Ash-Syura,42:17).

Umat Islam hari ini perlu bersikap seperti umat Islam pada kebangkitan pertama. Susah hati kalau Tuhan murka kepadanya. Sangat susah hati kalau tidak dapat berkhidmat kepada manusia lain. Susah hati kalau tidak dapat berikan Tuhan dan makan pada orang lain. Sangat susah hati tentang nasibnya di Akhirat. Nikmat dan bala di Akhirat dipandang besar. Begitulah beza antara manusia yang menjadi hamba Tuhan dan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?