BAGAIMANA MEMBINA MANUSIA HINGGA MENJADI ORANG ROH (BERTAQWA).
Insaniah manusia merangkumi masalah batin. Ia termasuk masalah dalaman, perkara maknawi atau yang menyentuh soal hati, jiwa dan rohani. Justeru kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Membangunkan fizikal atau tubuh badan lahir ialah dengan menjaga makan minum, kebersihan, dan kesihatannya untuk menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi kita tidak boleh merujuk kepada Barat kerana mereka sangat jahil tentang persoalan roh, hati dan jiwa. Mereka tidak ada cara. Bahkan, orang-orang Baratlah yang paling rosak insaniah mereka.
Dal hal ini kita mesti kembali kepada Allah, kepada ajaran Rasulullah, kepada agama, dan kepada Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Kita kena ikut panduan Islam di dalam usaha untuk membina dan membangunkan insan ini. Membangunkan akal dengan menimba ilmu dan pengalaman. Ilmu terbahagi kepada ilmu fardhu ain, ilmu fardhu kifayah dan ilmu yang harus. Ini boleh dilakukan dengan belajar, membaca dan muzakarah. Kita pula boleh menimba pengalaman dalam berbagai bidang hidup seperti masyarakat, iklim, ekonomi, kebudayaan, dan adat istiadat contohnya dengan mengembara, membuat kajian, melihat, memerhati dan meneliti segala kejadian di sekeliling kita dan berkongsi pengalaman dengan orang lain dengan membaca dan mendengar.
Membangunkan roh, hati atau jiwa adalah lebih susah dan rumit. Ia dilakukan dengan menanamkan iman di hati. Orang roh sangat membesarkan Tuhan dalam kehidupannya. Ke mana sahaja dan apa pun dia buat, merasakan Tuhan bersamanya. Ketika bersendirian atau di khalayak ramai tetap rasa Tuhan memerhatikannya. Buat apapun jangan tinggalkan Tuhan. Bagi orang roh Tuhan adalah segala-segalanya. Orang roh memperjuangkan Tuhan. Dia modal hidup dan mati kita. Tuhan adalah kekal abadi. Dia-lah yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan. Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan. Jika Tuhan sudah ditinggalkan. Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan. Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan.
Firman Tuhan:
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqarah: 5).
Maksud firman Tuhan:
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. (Al-Baqarah: 115).
Kita kena buat berbagai latihan hati atau mujahadah dengan tujuan untuk membuang segala sifat-sifat mazmumah dan keji dari hati kita seperti riyak, cinta dunia, bakhil, pemarah, dan sebagainya mengisikannya dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji seperti tawakal, pemurah, rendah diri, pemaaf, dan lain-lain. Membangunkan atau mendidik nafsu pula lagi-lagilah payah. Ia ialah dengan membuat latihan atau riadhah nafsu. Latihan atau riadhah nafsu ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Kita perlu kepada guru mursyid yang bertaqwa untuk memandu kita.
Membangunkan insan bukan perkara yang boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Ia mesti menjadi program hidup. Ia mesti berjalan secara berterusan tanpa henti dan rehat. Kalau rehat, insan manusia akan rosak semula kerana akan dicemari oleh nafsu, syaitan, manusia dan dunia. Solat atau sembahyang ialah perkara yang paling berkesan untuk membina insan. Lagi baik dan istiqamah solat maka ia akan semakin berkesan. Kalau solat tidak diutamakan dan tidak dibuat secara serius dan istiqamah janganlah harap insan akan terbina. Maksiat pula merosakkan keinsanan.

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ