PERANAN PEMUDA BANI TAMIM.

Apakah peranan Pemuda Bani Tamim?

Kalau hendak di-ibaratkan atau bandingan, peranan Pemuda Bani Tamim adalah seperti tug boat. Ia adalah sebuah kapal kecil yang mempunyai horse power yang besar. Bila ada kapal besar hendak keluar dari dermaga, tug boat ini bekerja untuk me­narik­nya keluar sehinggalah kapal besar itu dapat belayar di lautan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk peranan PBT.

Imam Mahdi pula ibarat kapal besar yang akan men­jelajah dunia. PBT-lah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk berperanan di dunia. Ertinya PBT mesti menyelesaikan tanggungjawabnya agar Imam Mahdi zahir. Sedangkan dunia sedang menunggu kezahiran Imam Mahdi untuk mengembalikan keadilan dan keamanan ke atas buminya. Di sini kita dapat fahami Pemuda Bani Tamim mempunyai tanggungjawab yang amat besar.

Perjuangan Pemuda Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu:

Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: "dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa­bila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasu­lullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber­ubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Dari maksud hadis di atas dapat kita fahami peranan PBT adalah penyelamat Iman manusia namun skalanya terhad dan terbatas. Sampai satu peringkat dia mesti menyerahkan perjuangannya kepada seorang manusia yang dijanjikan di akhir zaman ini, yang disebut-sebut sebagai Al-Mahdi. Pendek kata, perjuangan PBT adalah peringkat awal perjuangan Imam Mahdi. Selepas itu bukan lagi PBT yang akan meneruskan sebaliknya ia mesti diserahkan kepada IM. Beliau membantu persiapkan perjuangan IM.

Persoalannya bagaimanakah cara penyerahannya itu? Adakah hand by hand? Ini semua adalah rahsia Allah. Kita tak boleh cuba-cuba mengakalkannya ikut sedap logik akal kita. Kata Abuya, rahsia ini kekal bersama Abuya dan mereka yang direzekikan padanya. Malah, dalam seramai wazir IM pun hanya Abuya yang lantang perjuangkan IM hingga perjuangannya dilanyak sebegini rupa. Bukan wazir-wazir IM lain tak mahu berbuat tapi mereka tahu pertamanya bukanlah mereka dijanjikan untuk itu, jadi kekuatannya tidaklah sama seperti yang ada pada Abuya. Kata Sidi Abu Khalid, nak bercakap-cakap tentang IM pun dia kena berjalan kaki ke tengah padang pasir, tinggalkan kereta dan barang-barang lain. Itu pun tak semua orang dia bercerita.

Abuya ingin sampaikan pada kita jika bukan dijanjikan ini bukan kerja mudah. Buktinya, bila Abuya tiada kita tak mampu nak pertahankan apa yang dibina selama ini kerana kita bukan orang yang dijanjikan. Tapi bukan bererti Islam semakin lemah. Islam semakin kuat tapi keadaan Jemaah Abuya tidak sehebat seperti zaman adanya beliau.  Lihatlah era kebangkitan Islam pertama, selepas Rasulullah SAW wafat Islam semakin berkembang. Malah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab ianya berkembang hingga 3/4 dunia tapi keadaan umat Islam tidak sebaik zaman adanya fizikal Rasulullah SAW bersama. Sesuailah dengan hadis yang bermaksud:

"Sebaik-baik ummat-ku pada kurunku, kemudian kurun selepasnya, dan kemudian kurun yang mengikuti selepasnya pula"

Ini bukanlah satu kekurangan kata Abuya. Inilah strategi Tuhan yang Maha Licik. Perjuangan IM ibarat gula, penuh dengan nikmat namun pada masa sama akan dikeremuni semut-semut yang mengejarnya juga. Perjuangan Islam semakin luas. Selepas fizikal Abuya tidak bersama kita lihatlah ramai orang berani perjuangkan Islam malah tiada halangan. Musuh tidak merasa terancam dan berkembanglah Islam seperti kebangkitan pertama. Namun bukan mereka tidak tahu sumber kekuatan itu datang dari mana. Sebab itu Jemaah dan keluarga Abuya mesti dihancurkan supaya kerja-kerja musuh berjalan lancar. Namun makar Allah tiada siapa dapat atasi. Di saat musuh merasakan berjaya menghancurkan perjuangan Abuya, kebangkitan Islam tak dapat dibendung. Masyarakat seperti gila-gila nakkan Islam. Seperti orang dahaga yang tak tertahan lagi. Insha Allah sampai satu masanya yang Allah kehendaki semuanya akanbersatu semula, dengan syarat masing-masing persiapkan iman masing-masing. Masa ini bina semula keluarga masing-masing, bermula dari diri kita. Jangan serah 100% kepada orang lain. Bila fizikal Abuya tak bersama kita ertinya secara lahiriah kita kena lebih gandakan usaha kita. Lebihkan ibadah, lebihkan mengambil berkat, lebihkan baiki diri, muhasabah dan lain-lain. Gunakan peluang yang ada sebaiknya.

Apa yang ingin disampaikan kali ini ialah peranan Abuya selaku tug boat ini. Jangan kita salah anggap peranan Abuya. Beliau bukan armada yang akan kelilingi dunia tetapi beliau-lah bertanggungjawab membawa sebuah kapal besar (armada) keluar dari tempatnya. Abuya pernah kata perjuangannya ibarat tapak atau asas. Ibaratkan sebuah rumah, Abuya hanya persiapkan tapak bagi rumah itu. Bagi siapa yang kerja bina rumah sudah tentu sangat faham tapak atau asas itu apa. Yang akan sempurnakan nanti itulah dia Al-Mahdi. Jika kita mudah faham perumpamaan yang Abuya berikan ini kita takkan kecewa bila diuji dengan ujian dan musibah yang melanda.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?