UMAT ISLAM MESTI KEMBALI KEPADA TAUHID SEMULA.
Memikirkan ciptaan Tuhan sudah cukup untuk mendidik dan suburkan rasa tauhid kepada-Nya. Menebalkan iman dan keyakinan kepada Tuhan. Tidak perlu lagi kepada prasarana atau tenaga pengajar. Itu bagi orang yang faham. Tetapi bagi orang yang tidak faham, ciptaan yang indah hanyalah menjadi bahan khayalan atau menggali ilmu semata-mata. Mereka tidak dapat mengaitkan Tauhid atau rasa bertuhan dengan kehidupan mereka. Mereka tidak dapat ilmu dan pendidikan daripada Alam yang mereka lihat.
Jiwa umat Islam sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membesarkan diri bukan membesarkan Tuhan. Setiap manusia adalah hamba dan khalifah di muka bumi ini. Mereka dimuliakan Allah dengan akal yang terpimpin, itulah yang membezakan manusia dan haiwan. Untuk menjadi manusia yang bertaqwa, maka ilmu mestilah diusahakan untuk menjadi panduan dalam kehidupan.
Umat Islam kini, Riadhah Nafsi atau latihan jiwa kehambaan tidak penting dalam kehidupannya. Kalau pun ada hanya latihan mempertajamkan akal dan latihan fizikal sihat sahaja. Umat Islam sudah tidak berjiwa besar. Walaupun ilmu, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh keliling dunia, tetapi jiwa tetap kosong. Orang yang berjiwa Tauhid bukan sekadar berilmu tauhid malah melahirkan manusia yang cekal dalam hidupnya. Kerana tempat berpautnya adalah Tuhan yang Maha Agung.
Pada kebangkitan Islam pertama, Rasulullah SAW berjaya melahirkan manusia yang tinggi Tauhidnya. Manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk Tuhan dan demi Tuhan. Cuba imbas kembali sejarah kegemilangan Islam di zaman silam. Jiwa tauhid mereka cukup ketara dan luar biasa. Islam bukan sekadar ilmu mereka malah Islam diamalkan. Pengamalan Islam berlaku kerana Tauhid mereka telah berbuah.
Sejarah Islam telah melahirkan sahabat yang berjiwa tauhid yang tinggi. Walau pun usia ‘warga emas’ seperti Abu Ayub Al-Ansori yang berusia 83 tahun, beliau adalah Sahabat Rasul SAW yang syahid di benteng Kota Konstantinopel. Usia bukan halangan bilamana jiwa tauhidnya tinggi Allah akan berikan satu power atau tenaga yang luarbiasa. Di waktu warga emas lain hanya menunggu mati di pembaringan atau nak mati dalam pangkuan keluarga namun para sahabat tak begitu. Abu Ayub telah membenarkan usia bukan penghalang roh tauhidnya dari beramal, dari berjuang. Makamnya di Istanbul menjawab persoalan ini.
Pada usia emas ini, orang ramai selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya diberi peluang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah berlakunya janji Allah, untuk kebangkitan Islam kali kedua ini. Sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat Nabi SAW di Kota Konstantinopel, Turki. Begitu juga budak remaja juga diberi lalaun. Sahabat Nabi SAW yang berusia muda sudah menjadi pembela Agama, seperti Usamah, Ali KMW dan lain-lain lagi. Tidak semua yang berusia itu telah expired dan bukan semua remaja itu leka dan lalai dengan permainan mereka. Jika jiwa tauhid telah subur usia bukan masalah lagi.
Kebangkitan pertama berjaya melahirkan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Dalam Islam umur tidak menghalang seseorang untuk membela Allah dan Rasulullah. Masing-masing tetap ada peluang untuk berbakti untuk Islam. Sejarah yang sama boleh berulang untuk kita berdakwah dengan orang tua. Rasulullah dengan sikap (dakwah bil hal) orang tua yang sering menyakiti baginda akhirnya masuk Islam. Berdakwah dengan sikap boleh kita lakukan pada kebangkitan Islam kali ini. Moga berkat meniru Rasulullah SAW, Tuhan bantu usaha dakwah kita.
Kita berusaha dapatkan rasa lalu mendorong untuk beramal, itulah usaha beragama, usaha untuk mendapatkan rasa tauhid. Itu adalah pendidikan agama. Kita berusaha dapatkan sebuah keyakinan tentang Tuhan. Ia adalah rukun iman yang pertama yang wajib kita yakini. Ia berawal dari iman. Iman itu rasa. Iman itu di hati. Yang ada di hati ini disebut rasa dan perasaan. Iman itu yakin. Yakin itu ialah perasaan percaya yang sangat mendalam pada sesuatu. Yakin dan percaya kepada Allah lalu beramal. Itulah dia agama.
Percaya akan hari pembalasan, lalu berbuat sesuai dengan kepercayaan, itulah agama. Kalau dibuat hanya ikut-ikutan, itu bukan agama namanya. Jadi seluruh kehidupan kita, jika kita ingin menjadikannya kehidupan yang beragama, maka hendaklah membawa rasa (hati). Rasa yang dikaitkan dengan Tuhan sebab kita berjanji pada Allah, bahawa solat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita adalah untukNya. Untuk mengikuti siratal mustaqim. Yaitu Jalan nabi-nabi, rasul-rasul, syuhada’, orang-orang soleh. Ringkasnya, jalan orang-orang Allah atau orang roh.