PERANAN ASAS JEMAAH.

Kita diajarkan oleh guru mursyid perjuangkan Allah dan Rasulullah. Tegakkan sistem kehidupan secara Islam, ertinya dalam sebuah jemaah yang ada kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan. Jemaah yang memberi khidmat kepada masyarakat, baik masyarakat di dalam jemaah, mahupun di luar jemaah, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang bukan Islam. Jemaah itu sentiasa mencari kedamaian dan keamanan. Ia benar-benar memberi rahmat kepada alam, seperti mana yang Rasulullah pernah sabdakan yang bermaksud,
“Hendaklah kamu berada dalam Jemaah, sesungguhnya Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab” (Riwayat Muslim)
Jemaah yang Guru mursyid ajarkan kepada kita terbukti memberi rahmat, ertinya membawa kasih sayang. Ia membawa kegembiraan, membawa hiburan, ia membawa kemudahan, ia membawa kemuliaan, ia membawa keselamatan, ia membawa kedamaian, ia membawa penyelesaian, ia membawa kebahagiaan dan keharmonian. Dengan adanya jemaah itu membolehkan bertolong bantu satu sama lain. Jemaah yang Islam yang dibangunkan selamat menyelamatkan. Mengapa ia selamat dan menyelamatkan? Kerana jemaah itu ada peranan. Ia bertanggung jawab, ia sentiasa ada khidmat kepada masyarakat. Jemaah yang ada peranannyalah maka ia dikatakan membawa rahmat, kerana ada peranan inilah maka jemaah itu dikatakan membawa kasih sayang. Peranan inilah jemaah Islam yang membawa kebahagiaan, keharmonian, keselamatan dan bermacam-macam kebaikan yang bermanfaat bagi masyarakat. Dari kegiatan dan amalan yang telah digambarkan dalam Quran sebagai amalan yang berhubung dengan Allah disebut hablumminallah ( حبل من الله ) dan kegiatan yang berhubung dengan sesama manusia disebut hablumminnas ( حبل من الناس ).

Firman Allah:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).
( Ali-Imran:112).


Apabila wadah perjuangan yang ditinggalkan kepada kita bertukar peranan sebaliknya; asalnya tempat berkongsi ilmu dan maklumat. Bertukar menjadi tempat lepak dan buang masa. Wadah perpaduan ditukar kepada wadah perpecahan. Wadah berkasih sayang ditukar menjadi wadah benci membenci. Wadah menimba ilmu agama menjadi wadah memusuhi orang yang mencintai ilmu agama. Wadah tempat baiki diri bertukar menjadi wadah menebalkan mazmumah. Wadah mengekang nafsu menjadi wadah menyuburkan nafsu. Kita perlu muhasabah kembali apa yang hendak diperjuangkan. "Termasuk pula di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah mensia-siakan solat, menuruti hawa nafsu, Orang pendusta dibenarkan, dan orang yang jujur didustakan, orang yang berkhianat dianggap dapat dipercaya, orang yang dapat dipercaya dianggap berkhianat." Begitu juga kita diingatkan kalau tidak boleh buat semua berbuatlah apa yang boleh.


Buktikan yang kita perjuangkan Allah dan Rasulullah. Buktikan kita menghargai dan berterima kasih kepada guru mursyid, kita kembalikan semula wadah yang ditinggalkan Abuya kepada peranan asalnya. Kembalikan semula peranan masing-masing mengikut apa yang telah aturkan. Pemimpin sebagai penaung dan penyelamat. Memberikan kasih saying kepada anak buahnya. Kebaikan yang ada diteruskan dan dikembangkan. Hargai jasa mereka yang lama dan berpengalaman serta berjasa. Jika Allah menghargai sahabat yang awal bersama Nabi Muhammad SAW dari kalangan Muhajirin dan Ansar begitulah sepatutnya yang kita buat. Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mengikut syariat. Soal kepimpinan di tangan lelaki bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?