PERNIAGAAN SEBAGAI WADAH PERJUANGKAN TUHAN.

Mengapa manusia menghabiskan masa memikirkan ekonomi. Mengorbankan tenaga, hingga letih lesu. Berbincang, berseminar, mengkaji untuk perkara tersebut. Setiap hari diperkatakan di media massa. Ekonomi bukanlah segala-galanya. Ekonomi bukanlah penentu kebahagian manusia. Keperluan manusia bukan ekonomi sahaja. Ekonomi hanya untuk fizik manusia. Untuk memuaskan nafsu.

Keperluan nafsu pada haiwan pun ada. Tapi keperluan manusia ada yang lebih penting dari itu. Iaitu keperluan akal dan rohnya. Kalau akal terabai dan roh tidak diberi makan, manusia hidup tidak tahu ke mana hendak dituju. Jiwa akan kosong. Apabila ada masalah, manusia bingung. Di waktu itu ekonomi tidak boleh menyelesaikan masalah. Jiwa manusia akan menderita. Seterusnya akan kecewa. Ekonomi tidak boleh buat apa-apa dan tidak ada erti apa-apa. Malah kerana ekonomilah manusia menderita dan tersiksa!

Firman Tuhan:

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

"Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." (An-Noor,24:37).

Ikhwan dan Asoib menjadikan perniagaan sebagai wadah membesarkan dan pejuangkan Tuhan. Asas perniagaannya adalah dengan meletakkan Tuhan sebagai Cinta Agung. Pembuktian Cinta Agung kepada yang Maha Agung melalui medan korporat. Ikhwan dan Asoib yang berpusat di Timur. Rahsia kejayaan Ikhwan dan Asoib adalah dengan bermodalkan Tuhan. Model Islam yang berkasih sayang mengetuk pintu hati manusia. Perjuangan ikhwan yang pejuangkan Tuhan dan berkasih sayang sesama manusia dapat membetulkan salah faham bangsa-bangsa lain dan orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Abuya pernah menulis tentang perniagaan menurut Islam. Bukan sekadar menulis malah ianya dipraktikkan dalam kehidupannya. Perniagaan paling besar dalam Islam ialah bila manusia membaiki diri dan mengorbankan harta dan jiwa mereka kepada Allah, untuk Allah dan agamanya maka Allah akan membayarnya dengan bayaran berlipat kali ganda dan ini adalah sebaik-baik perniagaan yang menguntungkan.

Di dalam Al-Quran Allah telah berfirman mengenai tiga jenis perniagaan yang menguntungkan manusia;

1. Membaca kitabullah
2. Mendirikan solat
3. Berkorban di jalan Allah

Abuya telah pun menghuraikan perkara ini dan dijadikan amalan dalam hidupnya. Ketiga-tiga ini adalah pakej kepada ekonomi Islam. Membaca kitabullah ini ertinya menjadikan Al-Quran dan syariat sebagai panduan dalam kehidupan. Orang Islam panduan hidupnya atau manual hidupnya terkandung dalam Al-Quran. Oleh kerana Al-Quran itu terlalu agung dan tak dapat dihuraikan oleh kebanyakan orang disinilah peranan Mujaddid yang Allah utuskan, memberi huraian yang sesuai mengikut kaedah dan era di zamannya.

Setiap aspek kehidupan Ikhwan dan Asoib adalah berlandaskan Al-Quran sepertimana yang disebut di dalam Quran tadi. Untuk menggambarkannya maka disini perlulah mengikut sunnah Nabi. Al-Quran sebagai matan Sunnah sebagai huraian.

Jika manusia menjadikan Al-Quran sebagai manual hidupnya, mendirikan solat secara lahir dan batinnya, berjuang di jalan Allah maka kemakmuran akan dirasai oleh semua orang, semua bangsa tak kira agama. Jika ekonomi dibangunkan menurut syariat Islam, tak perlu mesyuarat begitu lama, seminar berpanjangan, sekali dua berjumpa terus ekonomi terbangun dengan sendirinya. Kerana yang membangunkannya bukan manusia tapi Allah yang akan lakukan. Namun jika ianya dilaksanakan tidak mengikut syariat Islam, malah menyimpang maka Allah akan susah-susahkannya. Kerana ianya dibangunkan atas dasar nafsu semata-mata.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?