KEYAKINAN TAMBAHAN SEBAGAI MOTIVASI BUAT IKHWAN DAN ASOIB.

Allah Subhanu wa Taala mengutuskan Rasulullah SAW untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan pengertian yang lain Nabi Muhammad diutuskan untuk membina peradaban manusia atau tamadun insaniah. Jika hendak dibangunkan tamadun lahiriah atau tamadun material, itu orang kafir pun boleh buat. Dah terbukti pun barat sangat menguasai teknologi dunia yang ada. Malah sejak zaman Rasulullah SAW lagi bangsa Rom dan Parsi memiliki teknologi yang tidak ada pada bangsa arab.

Rasulullah SAW berdakwah memperkenalkan Allah kepada para sahabat. Setelah sahabat mendapat kekuatan iman mereka diberikan khabar dan berita samada tanzir (peringatan) atau tabsyir (berita gembira), perkara yang akan berlaku kepada dunia khususnya kepada agama Islam dan umatnya. Maka disinilah keyakinan tambahan itu diperlukan sebagai motivasi para sahabat dalam berbuat. Ianya bukan satu kewajipan namun ia satu tawaran. Ketika ia belum berlaku berita tentangnya tak dibesarkan pun tak mengapa. Tak menjadi kesalahan pun. Contoh, Nabi SAW telah bersabda Kota Kostantinopel akan jatuh ke tangan sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. Para sahabat mencuba membenarkan sabda Nabi ini seperti Khalifah Ali menghantar rombongan dan utusan ke Kostantiniah (Turki) dan Abu Ayub Al-Ansari juga pergi untuk membenarkannya. Tak menjadi kesalahan kalau tak berlaku ditangan mereka. Tak menjadi dosa juga buat para sahabat yang lain yang tak pergi ke sana.

Perkara ini disebut keyakinan tambahan kerana ia pasti berlaku namun ianya masih menjadi rahsia dan tanda tanya selagi bukan tiba waktu dan ketikanya. Namun jika diperjuangkan bukan satu kesalahan dan jika tak dibesarkannya pun bukanlah satu kesalahan. Ianya bukan soal akidah dan kerana itu ia dikatakan sebagai tambahan. Yang penting asasnya ialah utamakan Allah dan syariatnya. Allah dahulu yang diperjuangkan beserta syariatnya. Keyakinan tambahan seperti penyeri atau hiasan kepada perjuangan kebenaran. Contoh lagi seperti Futuh Mekah. Peristiwa ini berlaku dalam mimpi Rasulullah SAW lalu baginda bercerita kepada para sahabat. Mereka pun berusaha membenarkannya. Tapi Allah tak izinkan ianya berlaku pada masa itu. Tapi bukan bererti Rasulullah tak benar. Ianya tetap berlaku juga tapi dilain masa dan waktu dan berlaku lebih hebat dari apa yang mereka para sahabat impikan dan usahakan!

Begitu jugalah mengenai hadis-hadis akhir zaman yang sering dipertikaikan seperti kedatangan Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Ikhwan dan Asoib ini. Bukan kesalahan pun kalau diperkatakan mengenainya kerana ia memang keluar dari mulut Sodiqul Masduq, seorang yang benar lagi dibenarkan iaitu Rasulullah SAW. Cuma selagi ianya tak berlaku tak salah kalau ada orang tak ambil berat akannya. Tak percaya pun bukan satu kesalahan besar selagi orangnya yang disebut dalam hadis itu tak muncul. Yang menjadi salah bila susuk tubuhnya dan depan mata tapi nak dinafikan juga itu barulah satu kesalahan. Bagi yang memperjuangkannya juga bukan satu kesalahan.

Memang hal ini tak semua Allah berikan. Bukan semua manusia mampu memahaminya. Dalam ramai yang tahu dan faham tak semua diberi kekuatan untuk perjuangkannya. Para sahabat bila belum masanya berlaku futuh mekah bukan kecewa dan putus asa. Perkara utama seperti baiki diri, baiki ibadah dan eratkan ukhuwah diteruskan dan diperhebatkan. Ianya lebih besar dari kerana menjadi kewajipan umat Islam untuk baiki ibadah, baiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Jika Futuh Mekah dikejar tetapi sesama mereka semakin pecah belah itu bukan indah namanya. Itu dah bala! Tapi Allah berikan kemenangan bila kasih sayang sesama manusia semakin solid, ibadah dan sembahyang semakin indah dan diperhalusi, dan bila ini terjadi maka jadilah keyakinan tambahan itu tadi sebagai hadiah dan ganjaran buat mereka. Inilah juga menjadi keyakinan buat para Ikhwan dan Asoib. Sejarah adalah guru terbaik yang Allah berikan. Kebangkitan Islam kedua menyalin kebangkitan yang pertama.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?