BAHTERA KESELAMATAN BUAT UMAT AKHIR ZAMAN.

عن ابن عباس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركب فيها نجا ومن تخلف عنها غرق

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdul ‘Aziz yang berkata telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim yang berkata telah menceritakan kepada kami Hasan bin Abi Ja’far dari Abu Shahba’ dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas RA yang berkata Rasulullah SAW bersabda “Ahlul Baitku seperti bahtera Nuh barang siapa yang menaikinya akan selamat dan barangsiapa yang meninggalkannya akan celaka." (Mu’jam Al Kabir Ath Thabrani 3/46 no 2638)


Ayat di atas dan hadis menjelaskan kepada kita bahawa Bahtera Nabi Nuh adalah wadah untuk menyelamatkan umatnya di ketika itu. Bumi dilanda banjir besar sehingga menenggelamkan permukaannya. Begitulah Para Rasul didatangkan oleh Allah untuk menyelamatkan manusia di dunia dan  juga akhirat. Nabi Musa menyelamatkan umatnya daripada cengkaman kezaliman Firaun. Nabi Muhammad SAW menyelamatkan manusia daripada cengkaman kezaliman dua kuasa besar Rom dan Parsi. Dua buah empayar yang besar ini merupakan bapa penjajah yang sentiasa menguasai dan mencengkam negara bangsa yang lemah. Yang lebih besar lagi para rasul menyelamatkan umatnya dari bencana iman. Menyelamatkan manusia dari kejahatan diri mereka sendiri, kejahatan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Begitu juga Allah datangkan di setiap awal kurun, para mujaddid untuk menyelamatkan iman umat Islam. Jika 'Bahtera Nabi Nuh' adalah keselamatan buat umatnya, maka keselamatan umat Nabi Muhammad adalah bersama Ahlul Baitnya. Ertinya, bersama dengan mereka yang perjuangkan Nabi Muhammad SAW. Setiap perjuangan yang bersambung dengan baginda SAW adalah diibaratkan seperti bahtera tadi, bersama dengannya ada keselamatan. Selamat yang dimaksudkan ialah keselamatan Iman. Keselamatan yang paling utama ialah di akhirat kelak.

Jika di zaman Rasulullah SAW mereka berdepan dengan kuasa Rom dan Parsi, akhir zaman umat Islam berdepan dengan kuasa Blok Timur dan Barat. Umat Islam berdepan dengan fahaman dan ajaran mereka seperti liberal, komunis, sosialis, demokrasi, kapitalis, dan macam-macam lagi istilah yang diguna pakai untuk merosakkan manusia. Malah agama sendiri pun mereka rosakkan demi kepentingan nafsu durjana. Sekali lagi umat Islam memerlukan 'bahtera keselamatan' untuk selamat dari kebanjiran fahaman dan ideologi ini. Sudah tentu umat Islam perlukan pimpinan untuk keselamatan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Telah menjadi keyakinan kita semua selaku umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, kedatangan Al-Mahdi ialah untuk menyatukan tarekat-tarekat yang ada menjadi satu. Sebelum datangnya pemimpin penyelamat ini, setiap tarekat berusaha menyelamatkan Iman pengikutnya atau murid-muridnya. Disiplin-disiplin tarekat dan syariat Islam sebagai panduan atau 'manual' dalam bahtera keselamatan ini.

Setiap tarekat ibarat perahu-perahu kecil yang membawa manusia untuk dimasukkan ke dalam kapal besar, kapal induk yang dijanjikan di akhir zaman ini. Termasuk yang menyediakan kapal kecil atau perahu keselamatan sebelum semuanya disatukan dalam bahtera yang besar ini ialah Pemuda Bani Tamim. Bersamanya ada kapal kecil dan 'tug boat' untuk membawa kapal besar ini keluar dari tempat persiapannya. Istimewanya perahu atau kapal kecil yang bersama PBT ini ialah mereka diamanahkan untuk membawa kapal besar atau 'bahtera keselamatan' itu keluar dari tempatnya. Sudah tentu kerjanya berat dan mencabar dan ujiannya besar tak seperti perahu-perahu yang lain hanya menyelamatkan manusia untuk dibawa kepada kapal besar itu.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?