JANJI DAN TAWARAN UNTUK KEBANGKITAN ISLAM KE DUA.

Kali ini marilah kita merenung sejenak dan berfikir tentang tawaran dan janji dari Tuhan untuk umat Islam di akhir zaman. Setelah kita dididik dan dibetulkan semula cara berfikir, berperasaan, dan keyakinan terhadap Tuhan, barulah kita dibentangkan mengenai adanya tawaran dan janji kepada umat Islam di akhir zaman. Peristiwa kebangkitan Islam ke dua ini dikatakan sebagai keyakinan tambahan. Ia diusahakan selari dengan baiki diri dan mujahadah yang dibuat. Ini kerana jika ia tidak berlaku di-tangan kita ada perkara lagi penting yang kita dah usahakan; membaiki hubungan dengan Allah dan makhluk-Nya.

Abuya telah fahamkan kita mengenai 'JANJI DAN TAWARAN' dari Tuhan ini. Biasanya jika ia berlaku atas nama janji, Tuhan menyebutnya samada di dalam Quran atau hadis. Apabila Tuhan berjanji pasti berlaku; cuma masanya- samada lambat atau cepat ianya berlaku. Tawaran pula ada hubungan dengan janji. Proses untuk berlakunya janji, itu tidak disebut dalam Quran atau Hadis. Biasanya diilhamkan kepada pemimpin yang mahu berusaha untuk menjayakan berlakunya janji itu. Pemimpin yang dijanjikan itu di-tangannyalah akan berlaku janji itu.

Tawaran ialah 'peluang' manakala janji itu 'pasti'. Abuya sering memberi contoh kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Allah menjanjikan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Kostantiniah akan jatuh ke tangan Islam. Namun baginda SAW tak pernah menceritakan kepada para sahabat bila masanya dan pada siapa akan berlaku janji tersebut. Maka berebutlah sahabat bila mendengar apa yang Nabi SAW sampaikan. Bagi mereka inilah tawaran yang mesti direbutkan dan diusahakan. Namun jika tak berlaku pada tangan mereka itu bukanlah satu kesalahan dan bukan juga kekecewaan. Orang-orang munafik, yahudi, dan musuh Islam mengatakan Rasulullah tak benar bila ianya tak berlaku ketika itu sedangkan bukan ianya tak berlaku tapi bila masanya ia akan berlaku! Jika Nabi Muhammad SAW awal-awal lagi dah cakap Muhammad Al-Fateh yang buka Kostantin maka tak adalah sesiapa pun dari kalangan sahabat nak ke sana.

Tentang giliran timur ada disebut di dalam Hadis. Selagi Islam belum berdaulat bertaraf empayar, Malaysia sebagai tapak kebangkitan empayar adalah tawaran. Pemimpin yang dijanjikan telah disebut siapa orangnya. Malah ciri-cirinya jelas disebut dalam hadis. Itulah dia Imam Mahdi. Manakala pemimpin yang dijanjikan bersamanya juga disebut dalam hadis dan mempersiapkan tapaknya, itulah Fata Attamimi. Tempatnya yang dijanjikan ialah di Timur. Timur yang mana itulah tawaran. Pengikutnya juga dijanjikan iaitu Ikhwan dan Asoib. Tapi siapa calon Ikhwan dan Asoib itu adalah tawaran dan mesti diusahakan.

Wali Songo pernah mengusahakan janji ini, maka mereka bersungguh-sungguh berjuang. Menyediakan tempat dan pengikutnya sebagai tapak atau asas bagi kebangkitan Islam ke dua. Namun sampai masanya mereka sedar bukan di tangan mereka Allah nak beri janji itu. Namun mereka tak kecewa! Malah apa yang dibuat dan diperjuangkan diteruskan malah mereka berdoa dan berusaha supaya dikalangan generasi merekalah peristiwa ini akan terjadi.

Tawaran inilah yang mesti direbutkan dan diusahakan. Calon Ikhwan dan Asoib ini ada yang berjaya ada yang tidak berjaya mencapainya. Ada yang sekadar memeriahkan kebangkitan. Apakah ianya akan berlaku di tangan kita? Bergantung sejauh mana pula persiapan kita. Janji pasti akan berlaku manalaka tawaran bergantung kepada yang mengusahakannya dan tertakluk kepada syarat-syaratnya juga.

Jika tawaran itu masih tidak berlaku sekarang, itu adalah salah kita. Guru mursyid telah menegur kita, bukannya kita tidak meningkat tapi tetapi lambat. Bila lambat maka lambatlah ianya akan berlaku. Sepatutnya dengan didikan yang telah diberikan dia menjadi begitu mantap namun tak berlaku begitu. Contoh, patutnya dah terbang tapi masih merangkak lagi. Sedangkan yang diberikan itu sesuatu yang luarbiasa yang memerlukan sesorang itu mampu untuk terbang bukan sekadar merangkak.

Kita juga sering ditegur dalam membuat persiapan, keluarga kita juga mesti dipersiapkan. Pejuang yang ikhlas itu kata Abuya akan pastikan keluarganya bersiap dahulu. Kalau kita ada barang berharga kepada siapa dahulu nak dikongsikan? Tentulah dengan keluarga kita, darah daging kita. Rasulullah SAW di-peringkat awal perjuangannya orang pertama disampaikan ialah isterinya, kemudian ahli-ahli keluarga di rumahnya. Apa yang Nabi buat ini bukan sekadar cerita tapi sebagai panduan! Tapi ramai yang tak sanggup kerana kata Abuya dakwah dan nasihat kepada keluarga pulangannya tak glamor. Kalau dakwah kepada masyarakat dia akan disanjung tapi kalau kepada keluarga yang dapat hanya penat. Di sini keikhlasan diuji.

Firman Tuhan:

Ù…ِّÙ†َ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ رِجَالٌ صَدَÙ‚ُوا Ù…َا عَاهَدُوا اللَّÙ‡َ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah untuk berjuang membela Islam. (Al-Ahzab:23)


Perlu diingat pesanan Abuya diawal dakwahnya, mengapa manusia dihidupkan. Jika kita berpegang dengan pesanan ini, di zaman mana pun kita hidup, di era apa pun kita berjuang kita takkan kecewa. Kerana jika janji dan tawaran ini tidak berlaku di tangan kita, tujuan utama kita dihidupkan dapat jalankan dengan baik malah kita berusaha bersungguh-sungguh. Lihatlah kepada pejuang-pejuang atau para solihin yang berada di masa-masa tiada tawaran atau janji Tuhan, seperti Hassan Al-Basri dan lain-lain. Mereka tetaplah perjuangkan Islam dan menjaga baranya. Malah jika mereka berkuasa Islam itu dikembangkan selagi termampu. Sepertilah Sultan Salahuddin Al-Ayubi, walaupun beliau bukan seorang pemimpin yang dijanjikan seperti Khalifah Umar Al-Aziz namun lihatlah bagaimana perjuangannya membela Islam dan mengagungkannya.

Mendapat Tuhan sebenarnya bukanlah setakat percaya adanya Tuhan. Bukan juga sekadar tahu dan hafaz sifat 20. Itu baru di akal, belum di hati. Orang yang mendapat Tuhan benar-benar membuktikan membela Islam. Kesan dapat kenal Tuhan, maka akan lahirlah akhlak. Akan lahir tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, penyantun, timbang rasa, lapang dada, bela membela dan sebagainya. Jadi kalau kita benar-benar yakin Malaysia tapak kebangkitan Islam sekali lagi, maka kita akan usahakan kepada keluarga terlebih dahulu. Kita katakan Malaysia tapak kebangkitan tetapi anak isteri tidak dilibatkan sama usaha-usaha tersebut.

Sekarang Malaysia menjadi kepercayaan negara-negara di rantau ini. Juga menjadi harapan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bertapak di pusat terkuat wahabi, iaitu di Haramain! Pengaruh Wahabi yang telah menguasai 3/4 Timur Tengah pun tak mampu menghalang! Ini adalah era kebangkitan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diterajui oleh Malaysia. Model Islam sebenar sedang dibangunkan semula di bumi Ini. Islam takkan kalah lagi. Ia akan kembali gemilang dan menguasai seluruh pelusuk dunia.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?