GURU MURSYID MEMIMPIN KITA KEPADA TUHAN.
Sebelum kita mendapat hidayah, sebelum kita mendapat panduan dari guru mursyid, kita terlalu memuja nafsu dan akal. Apa pun latar belakang kita sangat bertuhankan nafsu. Orang kampung atau orang bandar sangat bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu kita perlukan pimpinan guru mursyid yang dapat memimbing hidup kita dalam beragama. Akal fikiran, sangat terbatas untuk mengenal Tuhan. Mereka yang tidak dapat hidayah sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang yang cerdik. Tapi bagi orang-orang biasa, orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.
Firman Allah:
Maksudnya:
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al-Baqarah:120).
Tetapi bila Allah tarik balik hidayah, manusia itu akan kembali kepada perangai asalnya. Iaitu perangai atau sikap sebelum dia mendapat hidayah malah lebih teruk lagi. Dalam Islam kita sentiasa diajar rasa cemas, bukan merasa selesa kerana boleh berbuat kebaikan. Kita sudah menutup aurat dan dapat menghidupkan Quran dan sunah mudah pula memandang rendah kepada orang lain. Suka mengaibkan orang lain. Suka menjatuhkan dan menzalimi orang lain. Semoga Allah hindarkan sikap dan perangai tersebut. Kita diminta sentiasa merintih dengan Tuhan dengan berdoa,
Di zaman moden ini lahir dari Barat ahli-ahli falsafah dan para saintis iaitu ahli-ahli sains. Mereka mengkaji dunia dan penciptaan dengan akal mereka lalu apa sahaja diakal-akalkan. Malah kewujudan Tuhan juga mereka akal-akalkan. Semua berlandaskan akal. Nampak macam logik dan praktikal namun hasilnya melahirkan manusia yang tidak berjiwa, tiada perasaan, macam robot. Sedangkan realitinya manusia mempunyai hati dan fikiran namun semuanya dikawal oleh system yang direka tanpa berlandaskan agama dan tak dikaitkan dengan Tuhan. Lahirnya nampak berguna dan praktikal untuk manusia tetapi bahaya bagi umat Islam. Semuanya dipisahkan dari Allah dan agama-Nya. Sains dan falfasah barat berguna dalam kehidupan namun merbahaya untuk umat Islam kerana ia dipisahkan daripada Tuhan.
Musuh Islam telah mengkaji agama Islam dan merubah segalanya. Mereka mengkaji Al-Quran dan hadis, lalu diambil yang baik dan disimpan rapi, ditutup rapat-rapat. Manakala diubah dan direka perkara yang berlawanan dan dipersembahkan kepada manusia khususnya umat Islam dengan persembahan yang menarik dan menawan hati. Maka umat Islam teruslah ditipu walaupun yang berjuang atas nama Islam.
Apa jalan keluar bagi umat Islam agar tidak menolak akal, malah dapat menggunakan akal dan selamat hingga tak syirik? Nak menolak akal tidak boleh juga. Akal memang Allah yang beri untuk menimbang sesuatu baik dan buruknya. Ya! Keperluan umat Islam ialah panduan dalam sesuatu. Nak bertindak, nak beramal, perlukan panduan. Kerana itulah guru mursyid diperlukan dalam memberikan panduan kepada manusia. Guru Mursyid memberikan panduan untuk selamat di dunia dan akhirat. Mursyid adalah guru dalam membimbing umat Islam menggunakan akal yang dipimpin berlandaskan syariat Islam. Bersama dengan mursyid ada panduan dan pedoman. Mursyid menjadikan umat Islam tidak tersesat dengan akal dan tidak pula jumud pada masa yang sama. Maka majulah tamadun lahiriah dan rohaniah umat Islam dalam masa yang sama.
Kita perlukan pimpinan dan dan panduan dari guru mursyid. Lebih-lebih lagi hidup di akhir zaman ini ujiannya sangat berat kepada iman manusia. Kata Nabi SAW, pagi-pagi Islam petang dah kafir. Malah ada yang pagi lagi sudah kafir. Sebab inilah pentingnya seseorang memandu kita ke jalan yang selamat dan menyelamatkan. Bila dipandu dengan ilmu hinggalah kita fahami dan mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak. Siapa yang ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak.
Berdasarkan ilmu dan panduan dari guru mursyid tersebut dapat bimbing kita. Ia sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tapi tak tersesat. Perkara ini perlulah difahami kerana akal yang diciptakan itu juga makhluk Tuhan. Ia terbatas. ia boleh berfikir tanpa sempadan kerana Allah telah kurung ia dalam lingkungan makhluk juga. Akal sahaja tak mampu selamatkan manusia dari tipu jahat nafsu. Malah akal-lah yang membantu nafsu melaksanakan kejahatan. Akal sangat lemah walaupun barat sangat mengagungkannya! Buktinya lihatlah dunia barat yang telah hancur lahir dan batin kerana ciptaan dan rekaan akal mereka.
Jika kita hendak meniru barat juga maka tunggulah kehancuran yang bakal tiba. Malaysia yang tak pernah atau jarang sangat dikunjung taufan puting beliung yang dahsyat kini dilanda cuaca buruk yang sama seperti di barat. Tuhan nak tunjukkan, kalau mahu meniru barat 100% tanpa panduan dan syariat-Nya maka apa yang barat dapat seperti kehancuran juga akan diperolehi. Sebab itulah kita perlukan pimpinan guru mursyid. Supaya kita tidak menjadi seperti kaum yang menolak Tuhan dalam apa jua dan segala urusan dalam kehidupan.
Firman Allah:
قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Maksudnya:
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al-Baqarah:120).
Tetapi bila Allah tarik balik hidayah, manusia itu akan kembali kepada perangai asalnya. Iaitu perangai atau sikap sebelum dia mendapat hidayah malah lebih teruk lagi. Dalam Islam kita sentiasa diajar rasa cemas, bukan merasa selesa kerana boleh berbuat kebaikan. Kita sudah menutup aurat dan dapat menghidupkan Quran dan sunah mudah pula memandang rendah kepada orang lain. Suka mengaibkan orang lain. Suka menjatuhkan dan menzalimi orang lain. Semoga Allah hindarkan sikap dan perangai tersebut. Kita diminta sentiasa merintih dengan Tuhan dengan berdoa,
Maksudnya, Wahai Tuhan yang membolak balikan hati manusia tetapkan lah hatiku atas agama Mu dan mentaati Mu.""يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك "