Posts

Showing posts from February, 2013

KENAPA YAHUDI TAKUTKAN IMAM MAHDI?

Dunia sekarang menuju kebangkitan Islam kedua. Apa sahaja yang berlaku adalah menuju ke arah itu. Siapapun tidak boleh menghalangnya kerana masanya telah tiba. Abuya pernah berkata dan dibukukan kata-katanya itu, 'Barat Di Ambang Maut'. Kini barat sedang nazak, membenarkan kata-kata Abuya. Barat yang ketuanya yahudi, kini dalam ketakutan. Walaupun segala persiapan telah dilakukan demi menghadapi kedatangan 'Muhammad kedua' (Imam Mahdi) namun kejutan oleh kerajaan ajaib sangat tidak diduga. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga tertipu. Ditipu oleh makar Allah, dan Allah adalah sebaik-baik tipu daya. وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (menutup kebenaran), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Ali Imran: 54 Mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Mereka memanggil Imam Mahdi sebagai MUHAMMAD KEDUA

KETAKUTAN YAHUDI TERHADAP IMAM MAHDI (MUHAMMAD BIN ABDULLAH KE 2)

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa, “Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa

NABI DATANG UNTUK MEMBANGUNKAN TAMADUN ROH.

Surah As saf, ayat 9: هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. Surah Al Fath, ayat 28: هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا (Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

KETAATAN ANAK KUNCI KEJAYAAN.

Ingatlah pesanan dari Sayidina Omar Al Khattab r.a., "Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada musuh-musuhmu, kerana bila kamu berdosa, Allah tidak akan menolong kamu lagi, maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu." Tuhan berikan kemenangan kepada tentera Tholut setelah tersaring mereka yang melakukan dosa dengan ujian-ujian yang telah diingatkan oleh Tholut sendiri kepada tentera-tenteranya.

KEBANGKITAN ISLAM KE DUA JUGA OLEH NABI YANG SAMA.

Kebangkitan Islam oleh GISB ini ialah sama saja dengan kebangkitan Islam pertama oleh Nabi Muhammad SAW. Sebab itu dikatakan ianya kebangkitan ke dua. Yakni kerana ia dibuat oleh Nabi yang sama. Tanpa Nabi, mustahil Islam itu boleh dibangkitkan. Al-Quran dan Hadis hanyalah kertas-kertas yang kaku, tanpa Nabi Muhammad SAW. Hanya Rasulullah SAW itu saja yang mampu merealitikan Al-Quran dan Hadis, kali pertama bersama jasad yang masih hidup. Lebih-lebih lagi untuk kebangkitan kali ke dua ini, dijahiliyah ke dua yang lebih teruk daripada jahiliyah pertama maka kekuatan roh baginda adalah lebih dipelukan daripada jasadnya. Wajiblah bagi Nabi Mohammad SAW yang melakukannya secara tanpa jasad. Sebab kenabian itu, bukan oleh kekuatan jasad tapi ianya ialah roh Nabi atau Nur Muhammad! Dialah Nabi kita sekarang. Di sekolah Rasulullah SAW, yang dipraktiskan dalam GISB untuk melahirkan pembela pembela Al-Quran praktikal. Melalui pimpinan dan bimbingan Rasulullah serta diusahakan sun

APAKAH ITU SEMBAHYANG YANG DAPAT BINA PERIBADI AGUNG?

Sembahyang itu simbol kerinduan, kecintaan, tanggungjawab dan belas kasihan Tuhan kepada hamba ciptaanNya. Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan dan jaminan Tuhan kepada hamba-hamba-Nya. Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM. Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu sifat TAQWA. Kita diminta untuk mengatakan 'لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم' bilamana azan melaungkan kata-kata 'marilah sembahyang', marilah kepada kemenangan'! Ertinya kita mengaku kita tidak mampu untuk sembahyang dan untuk dapat kemenangan. Maka pada siapakah kita mengharap untuk men-sembahyang-kan kita dan menangkan kita?

TAKUTKAN ALLAH & RINDUKAN RASUL KEKUATAN UMAT ISLAM!

Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul s.a.w. merupakan anak kunci jati diri insaniah manusia. Dari hati, akal, dan fizikal, insya Allah semua akan berubah. Para sahabat mendapatkan perasaan ini daripada Rasulullah. Tuhan datangkan Rasul sebagai saluran dan panduan untuk mendapatkan perasaan yang betul terhadap-Nya. Bagaimana mahu mendapatkan rasa-rasa hamba dan bertuhan tanpa ada modelnya. Kerana itulah didatangkan rasul atau pemimpin, bertujuan memandu kepada yang sebenarnya. Para sahabat diikat dengan peribadi Rasul yang begitu mulia itu, yang penuh dengan akhlak yang terpuji. Bilamana tiba masanya wahyu diturunkan, perasaan yang mendalam terhadap baginda semakin tinggi, kerana jasa-jasa baginda menyelamatkan iman mereka, juga membela lahiriah para sahabat ketika itu. Kedatangannya membawa rahmat kepada alam dan kepada hati-hati manusia. Begitulah para sahabat diikat dengan perasaan yang tepat terhadap Allah dan Rasul. Dengan perasaan-perasaan itulah yang menjadi bekalan mereka men

HIDUNG PESET PENERAJU EMPAYAR ISLAM.

وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. Ar-Ra'd: 7 Tuhan sebut di dalam Quran, setiap etnik atau bangsa akan didatangkan nabi atau pemimpin. Begitu juga disebut setiap etnik atau bangsa itu Tuhan pergilirkan untuk menerajui kepimpinan Islam sesama mereka. Bangsa yang mula-mula diberi peranan ialah bangsa Arab, dan terakhir yang menjadi empayar ialah Kerajaan Usmaniah iaitu bangsa Turki. Kini tiba masanya pula giliran orang melayu atau bangsa melayu menerajui empayar atas nama Islam.

SEJARAH PERJALANAN KEBANGKITAN ISLAM KEDUA.

Rasulullah SAW adalah kekasih Tuhan yang didatangkan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Kedatangannya ialah dengan bertujuan memperelokkan budi pekerti manusia, atau ertikata lain membaiki insaniah manusia. Bagindalah yang melakukan kebangkitan Islam pertama yang bertapak di Mekah kemudian membangunkan bandar model Islam di Madinah. Akhirnya terbangunlah model kehidupan Islam yang membesarkan Allah dan Rasul di dalam kehidupan manusia. Islam kemudiannya berkembang ke seluruh dunia. Para sahabat bertebaran dengan misi mengenalkan Tuhan kepada dunia. Para sahabat pergi berdakwah dan mengembangkan Islam berbekalkan kekuatan roh yang dibekalkan baginda kepada mereka. Jika tanpa kekuatan roh atau hati yang luarbiasa, bagaimana mungkin Sayyidina Abu Ayyub Al-Ansari meninggalkan keluarganya demi membenarkan hadis pembukaan kostantinopel? Bagaimana para sahabat berpisah dengan keluarga demi membesarkan Tuhan di seluruh dunia?

TANAH MELAYU, REBUTAN ANTARA KERAJAAN AJAIB DAN YAHUDI.

Negara Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam buat kali yang kedua. Ahli Bait ramai yang berhijrah ke Tanah Melayu. Sejarah ini telah berjaya ditutup rapat oleh British, dan sejarah Melayu seolah-olah bermula dari Kesultanan Melaka. Walaupun beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka masih gagal untuk memadamkan benih-benih kebangkitan Islam. Pelbagai usaha dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba dan banjaran Titiwangsa. Di tanah tinggi, di tepi pantai, di tengah hutan, di tengah laut, mereka telah jelajahi. Namun mereka tetap gagal mengkafirkan penghuni bumi Tanah Melayu ini lebih-lebih lagi memadam bara api yang akan menyalakan api kebangkitan. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka hanyalah mengambil bijih timah dan hasil bumi yang lain.

WAHABI ADALAH MUKTAZILAH DAN KHAWARIJ MODEN.

Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing. Bila kita mendoakan Rasul SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara "Ruh! Ruh!" Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya. Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad meraka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah. Berhadapan dengan mereka ini kita tunjukkan sikap dan model kehidupan Islam. Bagi lahirkan pendirian yang lebih tegas, kita buat tindakan praktikal. Contoh yang pernah dibuat oleh Imam Abu Hasan Asaari ketika berdepan dengan puak muktazilah.  Mereka berpendapat syaitan dicipta dari api dan tidak terasa sakit bila di dalam neraka. Setelah selesai muktazilah tersebut berhujah, Imam Abu Hasan ambil tanah lalu dikepal-kepal dan dibaling kepada orang tadi. Dia yang kesakitan lalu marah dengan tinda

ROH LEBIH BERKUASA DARIPADA JASAD LAHIR.

Allah mahu menunjukkan kuasa-Nya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad, yang mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih menguasai daripada fizikalnya. Ia sentiasa ada sejak mula ianya diciptakan, hinggalah mampu untuk berperanan sebagai mahluk paling akhir yang akan dimatikan. Ia adalah makhluk yang utama diciptakan. Nur Muhamad akan terus menguasai dan akan datang lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik oleh Allah untuk membuatkan musuh-musuh-Nya mengalah dan akhirnya menyerah diri kepada kebenaran. Roh itu bersifat kekal, tidak seperti jasad lahir (fizikal) yang akan mati dan hancur. Namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para wali tidak binasa, seolah-olah ianya sedang tidur. Ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah

TELEFON ROH.

Line telefon di Arab Saudi sering terganggu. Ada masa peralatan gajet yang canggih pun tiada makna. Begitulah yang sering terdengar dari rungutan dikalangan pengguna handphone. Bila menghubungi luar negara, sering tidak dapat mendengar suara dengan jelas. Bila lihat di kaca telefon, 'Line Poor'. Begitulah teknolgi yang telah diperkenalkan oleh dunia barat dalam pencapaian mereka tentang teknologi perhubungan masa kini. Namun setakat itu sahajalah kemampuannya. Tidak menjadi kesalahan orang Islam memanfaatkan kemudahan tersebut. Bagi pembela kebenaran, apa sahaja kemudahan jika membawa keuntungan kepada Islam, ini akan digunakan sebaiknya. Bahkan ada nilaian di sisi Islam. Itulah dunia, yang dijadikan jambatan menuju akhirat. Ia bukanlah matlamat, namun hanya alat untuk mencapai matlamat.

MALULAH DENGAN BINATANG.

Sejak tempat tempat GISB di seluruh dunia membuka projek mini zoo atau taman haiwan, ahli ahli GISB mula belajar mendekati atau peka dengan binatang-binatang, terutamanya yang diternak di tempat masing-masing. Banyak ilmu yang boleh didapatkan. Melalui gelagat binatang itu, gaya makan, gaya tidur, dan lain-lain, ianya cukup menghiburkan. Binatang ternakan di Chalet Nur Muhammad di Mekah sangat menarik hati pengunjung di kalangan jemaah umrah yang datang. Pelbagai jenis binatang yang terdapat di Chalet NM Mekah. Binatang yang menjadi perhatian dan kesukaan ramai adalah unta, kerana mejoriti jemaah umrah yang datang memesan susu unta untuk dibawa balik, disamping ada yang beli dan minum di situ. Susu qibas juga mendapat permintaan tinggi kerana ianya tiada atau jarang sangat dijumpai di Malaysia atau di Asia tenggara. Kuda, keldai dan burung unta disediakan untuk tunggangan para tetamu yang ingin mencuba.

RINTIHAN MENUNGGU JANJI.

Mengambil sempena hari kelahiranku yang lepas, usiaku telah menjangkau 52 tahun pada 2013. Ketika coretan ini ditulis, aku telah dikuarantinkan oleh Tuhan selama 7 bulan di dalam bilik. Keadaan kesihatan diri tidak mengizinkan aku keluar dari bilik. Kesempatan selama itu aku gunakan untuk mencatit apa-apa yang diperolehi dalam perjuangan ini, untuk dikongsikan sama dengan semua ahli GISB. Semakin terasa betapa lemah longlai lutut ini bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan, untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu, bagaimanalah hati tidak menyerah di bawah takhta kekuasaan Tuhan yang Maha Agung dengan segala kebesaran-Nya. نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيم Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Al Hijr: 49

KEMBARA MEMBENARKAN JANJI.

Saya masih ingat di waktu bermusafir bersama Abuya, Bonda Ummu AR, Bonda Ummi AR, dan Syeikh Nasir AR, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang Abuya kongsikan. Terutamanya abuya membawa perhatian kami menyelusuri hadis-hadis akhir zaman, terutamanya tentang Imam Mahdi. Perkara tersebut (hal-hal Imam Mahdi) adalah satu hal yang sangat pantang diperkatakan di negara kita. Abuya membawa kami merantau selama 7 tahun di negara demi mempertahankan keyakinannya terhadap Imam Mahdi, hingga dia sendiri dituduh mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Hikmah besarnya ialah beliau banyak menemui para ulama di dunia bersama jemaah mereka yang sama-sama menunggu jadual Allah itu berlaku. Malah ada di antara mereka yang berkata, "Kenapa kamu datang dari jauh mencari Islam, sedangkan Islam itu ada pada kamu dan negaramu!" 

UJIAN DALAM MENUNGGU KEMENANGAN.

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. - Ali Imran : 140 Dalam ayat di atas Allah gambarkan kehidupan ini bersilih berganti. Bagaikan roda yang berputar, adakala kita akan berada di atas d

NUR MUHAMMAD PENGHUBUNG HATI DENGAN TUHAN.

Allah suka menggunakan tamsilan atau perbandingan untuk memahamkan manusia tentang sesuatu perkara. Marilah kita gunakan kaedah yang telah Allah ajarkan kepada manusia. Bagi untuk mudah kita fahami bagaimana Allah alirkan hidayah dari alam ghaib kepada alam nyata ini. Kalau penghantaran maklumat dunia perlukan teknologi satelit dan stesyen penerima maklumat, begitulah juga Allah alirkan hidayah darinya perlukan wadah untuk menerimanya itulah hati. اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

PARA SAHABAT SUKA MENGAMBIL BERKAT.

“Roh-roh itu adalah tentera-tentera yang terlatih (siap untuk bertugas).” Orang-orang roh di alam sana, mereka hidup dengan cara yang telah Tuhan tetapkan. Abu Ayub Al-Ansari, seorang sahabat yang mendengar hadis tentang pembukaan Kostantinopel, di tangan sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera. Selepas kewafatan baginda saw, dia terus ke sana demi membenarkan hadis tersebut. Namun bukan dia orang yang dijanjikan untuk membukanya. Lalu dia meminta untuk dikebumikan di Kota Kostantinopel kerana ingin mendengar derapan kaki kuda dan tentera orang yang dijanjikan Rasulullah. Begitulah contoh bagaimana orang roh berperasaan. Begitu jugalah contoh para sahabat dalam mahu mengambil berkat. Begitu tinggi perasaan hamba para sahabat.

TUHAN ADA KAEDAH UNTUK MAKMURKAN DUNIA.

Hal pergiliran antara kaum menguasai bumi, Allah banyak kali mengingatkan di dalam Quran tentang kaum terdahulu, supaya menjadi iktibar untuk kita. Sepertilah dalam surah Yusuf ayat 109, Al-Hasyru ayat 2, dan banyak lagi dalam Quran; bagi mereka yang memikirkannya untuk mengambil pengajaran. Telah bersilih ganti kaum-kaum yang pernah Tuhan ciptakan, dan didatangkan bersama mereka pemimpin atau Rasul. Sudah ramai Nabi dan Rasul yang bersilih ganti sebelum ini. Hinggalah Tuhan utuskan penutup sekalian Rasul, Nabi Muhammad saw. Hasil didikan Rasul saw, lahirlah kepimpinan seperti Saidina Abu Bakar yang sangat membenarkan Rasulullah saw. Pemimpin yang menaungi semua orang, semua golongan. Pemimpin yang menyelamatkan rakyatnya. Membela dan menyediakan keperluan, memberi iman dan ilmu. Melaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan berjaya menyatukan kembali hati-hati umat Islam. Kalifah yang dapat menstabilkan kembali perasaan para sahabat setelah kewafatan Rasulullah