ROH LEBIH BERKUASA DARIPADA JASAD LAHIR.
Allah mahu menunjukkan kuasa-Nya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad, yang mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih menguasai daripada fizikalnya. Ia sentiasa ada sejak mula ianya diciptakan, hinggalah mampu untuk berperanan sebagai mahluk paling akhir yang akan dimatikan. Ia adalah makhluk yang utama diciptakan. Nur Muhamad akan terus menguasai dan akan datang lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik oleh Allah untuk membuatkan musuh-musuh-Nya mengalah dan akhirnya menyerah diri kepada kebenaran.
Roh itu bersifat kekal, tidak seperti jasad lahir (fizikal) yang akan mati dan hancur. Namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para wali tidak binasa, seolah-olah ianya sedang tidur. Ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah
Roh yang bersih, dikurniakan rasa yang tepat atau firasat. Roh kalau sudah terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala. Perkara-perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya, inilah dikatakan Mukasyafatul Qulub (kasyaf / pandang tembus).
Kejadian Yaqazah antara para wali dan Rasululah SAW yang menjadi kontoversi di zaman ini, adalah sebahagian dari rahsia alam ghaib. Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan. Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukannya alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan daripada menyerupai sesuatu. Alam adalah apa sahaja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk. Tuhan itu Pencipta atau Khaliq.
Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam. Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat, kedua alam jin, dan ketiga alam roh muqaddasah. Malaikat dan jin ada diceritakan di dalam Quran dan Hadis. Roh muqaddasah pula sebenarnya adalah roh manusia. Muqaddasah bererti DISUCIKAN. Roh muqaddasah ialah roh yang disucikan. Roh manusia ini, bila mencapai makam tertinggi ia adalah lebih hebat daripada malaikat.
Roh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Roh suci ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fizikalnya. Roh ini kuat semasa hidupnya, umpama Roh Asif Barhaya yang dapat mengangkat takhta Ratu Balqis, umpama Roh Imam Mazhab yang empat, roh ulama-ulama muktabar dahulu yang dapat melihat dan bertemu roh Rasulullah SAW, juga umpama Roh Yazid Bustami RH yang dapat menggandakan dirinya menjadi banyak ketika berhadapan dengan musuh.
Roh-roh ini jika sudah dikeluarkan dari jasadnya, (wafat / meninggal dunia) ia lebih bebas kerana tidak terkurung dalam sarang fizikalnya. Inilah roh-roh muqaddasah yang berperanan dan aktif tetapi tidak disedari manusia. Roh ini, yang selalu diceritakan ibarat burung yang sudah lepas dari sangkarnya. Ia bebas ke mana sahaja tanpa sekatan. Jadi, mati bagi orang soleh itu ialah permulaan kehidupan. Kehidupan yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang Tuhan sediakan. Roh-roh inilah yang dikatakan sebahagian tentera dari alam ghaib.
Roh Rasulullah SAW mampu untuk datang kepada sesiapa sahaja yang baginda mahu dengan izin Allah. Roh bagindalah yang mengajar melalui ilham yang jatuh ke hati sesiapa yang terpilih. Hakikatnya Rasulullah-lah yang melakukan tugasannya sebagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama Islam. Baginda yang melakukan kebangkitan Islam pertama dan juga kebangkitan Islam yang kedua.