TAKUTKAN ALLAH & RINDUKAN RASUL KEKUATAN UMAT ISLAM!
Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul s.a.w. merupakan anak kunci jati diri insaniah manusia. Dari hati, akal, dan fizikal, insya Allah semua akan berubah. Para sahabat mendapatkan perasaan ini daripada Rasulullah. Tuhan datangkan Rasul sebagai saluran dan panduan untuk mendapatkan perasaan yang betul terhadap-Nya. Bagaimana mahu mendapatkan rasa-rasa hamba dan bertuhan tanpa ada modelnya. Kerana itulah didatangkan rasul atau pemimpin, bertujuan memandu kepada yang sebenarnya.
Para sahabat diikat dengan peribadi Rasul yang begitu mulia itu, yang penuh dengan akhlak yang terpuji. Bilamana tiba masanya wahyu diturunkan, perasaan yang mendalam terhadap baginda semakin tinggi, kerana jasa-jasa baginda menyelamatkan iman mereka, juga membela lahiriah para sahabat ketika itu. Kedatangannya membawa rahmat kepada alam dan kepada hati-hati manusia. Begitulah para sahabat diikat dengan perasaan yang tepat terhadap Allah dan Rasul. Dengan perasaan-perasaan itulah yang menjadi bekalan mereka menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Umat Islam sudah tertipu dengan yahudi, melalui sejarah-sejarah yang telah dirubahnya. Para sahabat menawan sesebuah kawasan atau negara, bukanlah dimulakan dengan perperangan. Pelbagai usaha dakwah dibuat untuk mengislamkan sesebuah tempat itu. Bahkan, tercatat dalam sejarah, dengan tiga kali laungan takbir telah menawan musuh-musuh Islam. Takbir apakah itu, yang mampu menawan sesebuah negara? Di akhir zaman ini, semakin kuat bertakbir Islam semakin dihina. Di tanah air kita tercinta, semakin kuat laungan takbir, anak-anak luar nikah semakin ramai dilahirkan. Semakin kuat pekikan takbir, semakin kuat LGBT diperjuangkan. Gelaja-gejala negatif di kalangan masyarakat semakin berleluasa! Jawapannya, kerana takbir hanya di mulut! Hati tidak bertakbir, malah hati semakin jauh daripada Tuhan. Laungan yang tiada perasaan, sebab itu tidak memberi kesan.

Perasaan takutkan Tuhan dan rindukan Rasul inilah yang menguatkan Toriq bin Ziyad dan tenteranya. Perasaan inilah yang memberikan kesan kepada tindakannya, sebagaimana yang telah dicatitkan oleh sejarah. Kapal-kapal dibakar, di depan musuh di belakang laut. Mara ke depan samada dua, syahid atau Islam semakin berkembang, tiada pilihan ke belakang. Sejarah telah mencatat pembukaan Eropah oleh Tariq bin Ziyad. Namun sejarah hanya tinggal tulisan dan tinggalan, perasaannya telah diangkat bersama roh Toriq bin Ziyad. Begitu juga pembukaan Kostantinopel oleh Muhammad Al-Fateh, bermodalkan taqwa iaitu perasaan cinta dan takutkan Allah dan Rasul yang telah memberikan bantuan dan kekuatan luarbiasa untuk menawan kota ini. Daratan menjadi lautan, kapal-kapal mereka tidak mengharungi ombak tetapi mengharungi bukit untuk membenarkan kata-kata baginda s.a.w. Terbukalah Kostantinopel ketika bilamana mereka menyerahkan hati sepenuhnya kepada Allah dan Rasul.
Kebangkitan Islam ke dua sedang menuju ke destinasinya. Kini, pengulangan sejarah bakal berlaku. Bahkan sejarah terhebat bakal terjadi di akhir zaman ini, kerana sesudahnya dunia akan dikiamatkan. Islam akan menawan dunia dengan pemimpin dan tenteranya yang sangat takutkan Allah dan rindukan Rasul. Akhir zaman akan menyaksikan peristiwa luar biasa berlaku dalam sepanjang umur dunia. Dunia sekali lagi akan diserahkan kepada Islam, oleh mereka yang memburu cinta Allah dan Rasul. Dunia akan dikejutkan dengan satu bangsa yang berhidung peset, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, yang membawa perasaan takutkan Allah dan rindukan Nabi. Semua ini sedang berjalan ke arah itu.