TELEFON ROH.

Line telefon di Arab Saudi sering terganggu. Ada masa peralatan gajet yang canggih pun tiada makna. Begitulah yang sering terdengar dari rungutan dikalangan pengguna handphone. Bila menghubungi luar negara, sering tidak dapat mendengar suara dengan jelas. Bila lihat di kaca telefon, 'Line Poor'. Begitulah teknolgi yang telah diperkenalkan oleh dunia barat dalam pencapaian mereka tentang teknologi perhubungan masa kini. Namun setakat itu sahajalah kemampuannya.

Tidak menjadi kesalahan orang Islam memanfaatkan kemudahan tersebut. Bagi pembela kebenaran, apa sahaja kemudahan jika membawa keuntungan kepada Islam, ini akan digunakan sebaiknya. Bahkan ada nilaian di sisi Islam. Itulah dunia, yang dijadikan jambatan menuju akhirat. Ia bukanlah matlamat, namun hanya alat untuk mencapai matlamat.

Seringkali Suara Haramain menyebut berulang kali tentang tekologi roh. Supaya ia tidak lagi asing dikalangan kita. Sepertimana kita disogok dengan teknologi barat, kita mesti memperjuangkan teknologi khas buat umat Islam, iaitu teknologi roh. Kita telah diberitahu oleh Abuya bahawa ciri perjuangan kebenaran yang dijanjikan antara syaratnya ialah berlaku khawarikul adah atau keajaiban.

Namun yahudi berusaha memisahkan umat Islam dengan teknologi ini. Maka sebahagian besar umat Islam telah terputus daripada maklumat mengenai adanya teknologi roh ini. Namun bukan bererti ianya tiada. Maka berjayalah umat Islam ditipu dan tertipu selama ini. Terhubungnya umat Islam dengan teknologi ini ialah bilamana umat Islam sudah terhubung dengan roh baginda Nabi saw. Namun bukanlah mudah, kerana yahudi telah putuskan hubungaan dengan baginda. Kini, kesan-kesan peninggalan sejarah sukar didapati di Haramain ini. Berjaya yahudi melalui kerajaan wahabi ini menutup semua tempat-tempat bersejarah di sini. Jahatnya wahabi. Bahkan mahu menadah tangan di sini pun dimarahinya. Begitu sekali dahsyat dah jahat yahudi dan wahabi!

Namun Abuya telah berjaya memperjuangkan semula teknologi roh ini. Terhubungnya hati-hati ahli jemaah dengan baginda Rasul, adalah permulaan menuju puncak kegemilangan Islam ke dua ini. Kebangkitan Islam ke dua ini akan berlaku bilamana teknologi roh ini sudah diguna pakai oleh pejuang-pejuangnya. 

Sejarah menceritakan bagaimana 'Skype' yang berlaku pada para sahabat tanpa menggunakan apa-apa peralatan lahir. Ketika Khalifah Umar Al-Khattab sedang berkhutbah, tiba-tiba dia memberikan arahan kepada Panglima Sariyah, yang ketika itu berada di Palestin. Tuhan berikan pandangan yang jelas kepadanya suasana perang dan Sariyah pula mendengar suaranya. Bertindaklah tentera Islam dengan arahan yang diberikan Khalifah Umar Al-Faruk ini dan mereka mendapat kemenangan. Teknologi ini lebih canggih daripada Skype mahupun Tango yang kita gunakan pada hari ini.

Imam Ghazali ketika menulis kitab Ihya, baginda Rasul ada di sisinya. Segala permasalahan terus diajukan kepada baginda secara direct dan ini berlaku secara jaga. Hasilnya adalah kitab Ihya yang sangat membantu umat Islam pada hari ini. Hal-hal seperti ini berlaku bilamana hati-hati mereka telah mencapai satu makam yang cukup istimewa.

Maha hebatnya Tuhan menjadikan hati sebagai telefon untuk menghubungkan kita dengan roh Nabi, yang sangat berperanan dari dulu sampai sekarang. Hebatnya Tuhan Pencipta Hati. Menghubungkan kita dengan orang-orang kesayangan yang jauh di mata, tidak dapat dilihat tapi sangat dapat dirasakan. Dengan hati, kita mendoakan mereka yang disayangi agar Tuhan sentiasa merahmati. Begitulah hebatnya Tuhan menyediakan dan memperkenalkan telefon yang menggunakan teknolgi roh untuk orang-Nya.

Tuhan bekalkan hati untuk sampai dapat berhubung dengan Allah, Rasul dan semuanya yang sentiasa dikenang. Itulah pengubat hati dan jiwa, hingga semuanya terasa dekat. Perhubungan cara ini justeru lebih akrab dari Blackberry, Skype, whatsapp dan lain-lain teknologi lahir.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?