KEMBARA MEMBENARKAN JANJI.
Saya masih ingat di waktu bermusafir bersama Abuya, Bonda Ummu AR, Bonda Ummi AR, dan Syeikh Nasir AR, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang Abuya kongsikan. Terutamanya abuya membawa perhatian kami menyelusuri hadis-hadis akhir zaman, terutamanya tentang Imam Mahdi. Perkara tersebut (hal-hal Imam Mahdi) adalah satu hal yang sangat pantang diperkatakan di negara kita. Abuya membawa kami merantau selama 7 tahun di negara demi mempertahankan keyakinannya terhadap Imam Mahdi, hingga dia sendiri dituduh mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Hikmah besarnya ialah beliau banyak menemui para ulama di dunia bersama jemaah mereka yang sama-sama menunggu jadual Allah itu berlaku. Malah ada di antara mereka yang berkata,
"Kenapa kamu datang dari jauh mencari Islam, sedangkan Islam itu ada pada kamu dan negaramu!"
Ingin saya anjurkan kepada semua yang mengikuti blog Suara Haramain untuk meluangkan sedikit masa bagi mempelajari atau mengkaji serba sedikit tentang hadis berkaitan peristiwa besar di akhir zaman. Mudah-mudahan di situ kita akan mendapat satu pencerahan yang akan merungkai sedikit sebanyak kekusutan dan tanda tanya yang sekian lama bersarang di jiwa dan raga kita.
Saya bersyukur mendapat peluang turut serta dalam musafir bersama Abuya. Banyak hal yang dikongsikan tentang hadis-hadis akhir zaman. Semasa permusafiran itu juga banyak berpeluang menelusuri perjalanan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Batutah dan tokoh-tokoh pembuka negara Islam saperti Salahuddin Ayyubi di Palestin, Tariq bin Ziad di Spanyol, Muhammad Al-Fateh di Turki, dan sebagainya.

Selain latar belakang Abuya itu pencetus jadual Allah, Abuya sangat meniliti perjuangan kebenaran yang telah disabdakan Nabi, yang akan muncul di akhir zaman ini. Bonda Wasilah AR juga merupakan orang yang sangat banyak membantu melancarkan lagi dalam perbincangan ilmu, menjadi seperti benar-benar seperti yang Tuhan mahukan. Maka hasil persoalan-persoalan dari murid abuya yang cerdik seperti Bonda Ummu AR, banyak perkara tercungkil, memulakan suasana yang sangat mendorong timbul persoalan yang tidak terlintas dibenak selama ini.
Bila melihat perbincangan ilmu tadi, mendorong untuk melihat hikmah Tuhan dan peristiwa-peristiwa yang membuatkan hati manusia bertambah keyakinan kepada kebenaran. Maka hasil gabungan dari dua manusia iatu guru yang bijaksana dan murid yang genius seperti Bonda Ummu maka lahirlah suasana sepanjang musafir yang sungguh hebat, membantu membentuk pemikiran dan perasaan yang hidup.
Ada antara kita yang menemui kebenaran itu kerana mengambilnya dari ibu dan ayah yang memang kuat mengamalkan Islam. Tapi bukankah banyak juga kita mendengar kisah mereka yang terpaksa menyusuri laluan sukar untuk mendapatkan Islam di dalam kehidupannya? Ada yang lahir sebagai kafir, setelah itu diberi hidayah Islamlah dia. Terpaksa pula menghadapi tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat. Ada juga yang Islam, tapi hanya pada nama. Kemudian Tuhan bisikkan ke hati untuk benar-benar mengamalkan Islam dengan cara yang Tuhan mahu. Bermacam-macam lagilah kisah yang berlaku untuk sampainya iman ke dalam hati. Lihatlah Nabi Ibrahim yang sebelumnya mencari-cari siapakah Tuhannya! Apakah matahari itu Tuhan? Atau bulan? Begitulah kisah yang perlu kita renungkan dan insafilah kerana kita mendapatkan Iman dan Islam yang berharga itu tanpa perlu bersusah payah mencarinya.
Ketika kembara membuktikan kebenaran Al-Quran bersama Abuya, dibawa juga murid daripada kalangan keluarganya seperti isteri-isteri dan anaknya, demi membenarkan kebenaran yang Abuya bawa bersama jemaahnya. Selain berkhidmat dan memudahkan urusan Abuya, keluarganya diberi peluang untuk terlibat sama dalam membenarkan kebenaran ini. Begitulah Abuya, bukan sahaja mengambil berat iman masyarakatnya bahkan keluarganya juga difikirkan. Tidak seperti sesetengah pendakwah, Islam disyarah kepada masyarakat namun tidak kepada keluarganya.
Kini, tiba generasi berikutnya dalam jemaah yang sedang dilatih untuk memikul dan membahu kebenaran yang dijanjikan ini. Telah bertebaranlah generasi-generasi muda di dalam jemaah ke seluruh dunia. Mari kita ikuti pengalaman yang mereka lalui bersama jemaah kebenaran ini.
____________________
Terima kasih kepada Suara Haramain yang sudi menjemput saya, Muhammad 'Uqbah Attamimi untuk berkongsi pengalaman yang telah direzkikan di dalam kembara melihat dan membenarkan kebenaran Abuya.
Bermula tahun 2006, saya telah diberi peluang untuk terlibat dalam operasi membuktikan kebenaran Putra Bani Tamim. Pengalaman bersama jemaah di luar negara adalah satu peluang yang sangat perlu dihargai. Bertemu dengan kawan-kawan Abuya, sangat membuktikan kebenaran ini adalah dijanjikan. Masing-masing menunggu pemimpin yang dijanjikan di akhir zaman ini. Bezanya Abuya tidak menunggu bahkan mempersiapkan tapak untuk Imam Mahdi.
Pengalaman bersama jemaah di Jordan dan Syria, menambahkam lagi keyakinan terhadap kebenaran yang dibawa oleh Abuya. Melihat bagaimana jemaah membesar di luar negara, sangat membuatkan diri merasa kerdil dan hina. Langsung diri ini tidak merasa dan tidak boleh merasa berbuat, kerana apa yang berlaku semuanya adalah dengan karomah, berlaku dengan keajaiban hasil berkat RSA. Ini bukan satu perjalan biasa, ini adalah perjalanan membenarkan jadual Tuhan di akhir zaman.
Melihat dan merasa bagaimana penerimaan kawan-kawan Abuya, juga masyarakat setempat di dalam membangunkan jemaah di sini, membuatkan hati terus ingin diikat dengan kebenaran. Wujudnya sebuah bandar atau kota Global Ikhwan di Jerash, ini adalah satu yang luar biasa. Seolah-olah berada di negara yang lain, manusia yang berada di dalamnya adalah masyarakat Islam yang telah Abuya bina. Dan lebih mengharukan dan mengejutkan masyarakat bahkan dunia, hanya budak-budak yang berada di sana. Tapi menjadi keyakinan kami, sebenarnya Abuyalah yang bersamanya Rasul dan Sayyidi, merekalah yang melakukan semuanya. Ini keyakinan kami dan yang kami lalui.
Kini saya berpeluang berada di Haramain, iaitu Mekah dan Madinah. Betullah kata Bonda Wasilah AR, di sini hati-hati diproses langsung oleh baginda Nabi! Pelbagai perasaan yang dirasa, gerun, takut, gembira, sedih, sayu, semuanya bercampur baur. Takut dan gerun kerana tidak dapat menghargai peluang selama berada di sini. Sebutkan, di mana tempat yang terbaik selain Haramain. Tidak ada! Di sini juga dapat duduk bersama Bonda Wasilah, adalah nikmat yang perlu disyukuri. Gembira kerana berada di bumi berkat, yang di dalamnya akan menerima proses yang luar biasa walaupun terpaksa mengharungi 1001 dugaan dan rintangan serta kepayahan. Sedih dan sayu melihat bagaimana bumi berkat ini diperlakukan dengan sesuka hati. Seolah-olah tiada nilai dan harga.
Patutlah Bonda Wasilah sanggup tinggalkan negara tercinta demi membela kampung Rasulullah ini. Bela kampung Rasulullah, baginda akan bela negara Malaysia. Percayalah! Inilah yang sedang RSA lakukan bersama Bonda Wasilah dan jemaah di sini. Kita akan lihat bagaimana bangsa melayu baru, akan jadi pembela Islam. Kini, tibalah bangsa yang berhidung peset ini membela agama Tuhan yang suci ini. Inilah jadual Tuhan akhir zaman yang sedang berjalan. Terima kasih RSA dan Bonda Wasilah yang masih lagi memberi panduan, bimbingan, kekuatan, dan memberi peluang untuk turut sama di dalam jadual besar ini.