RINTIHAN MENUNGGU JANJI.
Mengambil sempena hari kelahiranku yang lepas, usiaku telah menjangkau 52 tahun pada 2013. Ketika coretan ini ditulis, aku telah dikuarantinkan oleh Tuhan selama 7 bulan di dalam bilik. Keadaan kesihatan diri tidak mengizinkan aku keluar dari bilik. Kesempatan selama itu aku gunakan untuk mencatit apa-apa yang diperolehi dalam perjuangan ini, untuk dikongsikan sama dengan semua ahli GISB.
Semakin terasa betapa lemah longlai lutut ini bila dihadapkan Tuhan dengan berbagai peristiwa yang memaksa hati diaktifkan, untuk sentiasa terhubung dengan Tuhan tanpa putus-putus lagi. Melepasi semua kejadian turun naik jatuh bangun yang telah Tuhan tetapkan itu, bagaimanalah hati tidak menyerah di bawah takhta kekuasaan Tuhan yang Maha Agung dengan segala kebesaran-Nya.
نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمKhabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Al Hijr: 49
Pernahkah terbayangkan bagaimana gelombang hati Nabi Ibrahim ketika di campak ke dalam api yang menjulang tinggi. Nabi Yunus ditelan dalam perut ikan Nun, Nabi Musa bersama pengikutnya ketika mana di hadapan mereka ialah laut sedang di belakangnya tentera musuh sedang memburu. Apakah yang mereka rasakan? Bagaimanakah pergantungan hati di waktu itu kepada Tuhan? Hanya membayangkan saja sudah cukup untuk nafas seakan terhenti, jantung bagai tidak berdegup lagi.
Bagaimana untuk kita berkongsi pula rasa hati pengikut Nabi Yunus ketika Baginda ditelan ikan Nun, bukan sehari tetapi 40 hari. Apakah yang ketika itu dirasakan oleh setiap hati? Masih adakah airmata untuk ditumpahkan menangisi kejadian yang Tuhan ciptakan ini? Harapan apa yang tinggal untuk kekal meyakini janji Tuhan dan Nabi? Air mata pun sudah kering bilamana melihat sendiri peristiwa ujian yang berat ini ditimpakan kepada mereka dan pemimpin mereka.
Tidak sanggup untuk terus menyelami rasa hati pengikut Nabi Allah Ibrahim, ketika Baginda sedang dibakar api yang marak menjulang tinggi! Nabi yang menjadi sandaran dunia akhirat mereka, sedang hilang di tengah bahang api, bukan sehari tetapi 40 hari. Apakah yang ketika itu dirasakan oleh setiap hati? Masih adakah airmata untuk ditumpahkan menangisi kejadian yang Tuhan ciptakan ini? Harapan apa yang tinggal untuk kekal meyakini janji Tuhan dan Nabi?
Itulah rasa yang sepatutnya ada pada seorang hamba. Allah lakukan di kalangan kekasih-kekasihNya, iaitu para Rasul sebagaimana yang telah dikongsikan di atas, betapa mereka diuji begitu dahsyat sekali. Rupanya begitu kaedah Tuhan, iaitu lagi disayangi lagi hebat diuji.

اشد البلاء على الانبياء ثم الاولياء ثم الامثال فالامثالMaksudnya: ujian paling berat ditempakan keatas para nabi, selepas itu para Aulia , selepas itu mengikut peringkat iman masing masing.
Namun diharapkan kita semua, dapat merasakan hikmahnya yakni mendapatkan rasa hamba tersebut. Inilah kesilapan besar kita selama ini, kerana tidak mampu mendapatkan rasa-rasa yang sepatutnya bila berhadapan dengan sedikit ujian.