KEBANGKITAN ISLAM KE DUA JUGA OLEH NABI YANG SAMA.

Kebangkitan Islam oleh GISB ini ialah sama saja dengan kebangkitan Islam pertama oleh Nabi Muhammad SAW. Sebab itu dikatakan ianya kebangkitan ke dua. Yakni kerana ia dibuat oleh Nabi yang sama. Tanpa Nabi, mustahil Islam itu boleh dibangkitkan. Al-Quran dan Hadis hanyalah kertas-kertas yang kaku, tanpa Nabi Muhammad SAW. Hanya Rasulullah SAW itu saja yang mampu merealitikan Al-Quran dan Hadis, kali pertama bersama jasad yang masih hidup. Lebih-lebih lagi untuk kebangkitan kali ke dua ini, dijahiliyah ke dua yang lebih teruk daripada jahiliyah pertama maka kekuatan roh baginda adalah lebih dipelukan daripada jasadnya.

Wajiblah bagi Nabi Mohammad SAW yang melakukannya secara tanpa jasad. Sebab kenabian itu, bukan oleh kekuatan jasad tapi ianya ialah roh Nabi atau Nur Muhammad! Dialah Nabi kita sekarang. Di sekolah Rasulullah SAW, yang dipraktiskan dalam GISB untuk melahirkan pembela pembela Al-Quran praktikal. Melalui pimpinan dan bimbingan Rasulullah serta diusahakan sungguh-sungguh rasa rindu kepada Nur Muhammad. Rasulullah bersama para sahabat pada kebangkitan Islam pertama,  Rasul yang sama juga di kebangkitan ke dua tetapi kali ini bersama para ikhwan dan asoib. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam, dengan tujuan menyelamatkan manusia dan dunia seluruhnya daripada sebarang kekejaman dan kemusnahan.

Kini GISB telah bertapak di bumi Haramain sebagai usaha membuktikan pembelaan kepada Rasulullah SAW, sekali gus perpindahan pusat operasinya bagi mendaulatkan Islam diperingkat empayar. Apa yang dilakukan oleh GISB di Madinah ialah membangunkan ladang kurma, satu-satunya projek ladang kurma atas nama orang melayu dari Malaysia. Sekarang menjadi tumpuan kunjungan jemaah haji dan umrah dari Malaysia dan Indonesia. Begitu juga menyediakan khidmat katering, pengangkutan, mutawwif, dan ziarah ke tempat-tempat sejarah. Di Mekah ada menyediakan chalet bagi mereka yang ingin merasai kehidupan berada di kampung Rasul SAW. Juga ada ladang unta, kuda, burung unta, kambing dan lain-lain.

Dengan terbukanya Malaysia Town di Mekah dan Madinah, memberikan peluang kepada umat Islam dari seluruh dunia yang berkunjung di Haramain melihat model kehidupan Islam yang dibangunkan oleh Abuya. Abuya telah mendidik anak murid dan pengikut-pengikutnya dengan meletakkan tujuan dan matlamat pembangunan insan yang tepat diatas landasan Islam. 

Matlamat pendidikan pembangunan insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al-Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam, dengan tujuan menyelamatkan manusia dan dunia seluruhnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnahan. Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan tapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?