TUHAN ADA KAEDAH UNTUK MAKMURKAN DUNIA.

Hal pergiliran antara kaum menguasai bumi, Allah banyak kali mengingatkan di dalam Quran tentang kaum terdahulu, supaya menjadi iktibar untuk kita. Sepertilah dalam surah Yusuf ayat 109, Al-Hasyru ayat 2, dan banyak lagi dalam Quran; bagi mereka yang memikirkannya untuk mengambil pengajaran.

Telah bersilih ganti kaum-kaum yang pernah Tuhan ciptakan, dan didatangkan bersama mereka pemimpin atau Rasul. Sudah ramai Nabi dan Rasul yang bersilih ganti sebelum ini. Hinggalah Tuhan utuskan penutup sekalian Rasul, Nabi Muhammad saw.

Hasil didikan Rasul saw, lahirlah kepimpinan seperti Saidina Abu Bakar yang sangat membenarkan Rasulullah saw. Pemimpin yang menaungi semua orang, semua golongan. Pemimpin yang menyelamatkan rakyatnya. Membela dan menyediakan keperluan, memberi iman dan ilmu. Melaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan berjaya menyatukan kembali hati-hati umat Islam.
Kalifah yang dapat menstabilkan kembali perasaan para sahabat setelah kewafatan Rasulullah saw.

Khalifah kedua, Sayyidina Omar Al-Faruq yang sangat tegas membedakan hak dengan batil, juga ditangannya empayar Islam menaungi tiga perempat dunia. Di zamannya Islam berkembang dengan pesat dan majunya.

Zaman Saidina Usman bin Affan pula rakyat menikmati kasih sayang darinya. Beliau-lah yang bertanggungjawab dalam mengumpul dan menyusun Quran, yang susunannya kekal sampai pada kita hari ini. Maka Al- Quran yang ada pada kita dinamakan 'Resam Usmani' iaitu sempena namanya.

Khalifah Saidina Ali pula sangat dikenali dengan pembelaannya terhadap anak-anak yatim, fakir miskin, dan janda-janda. Setiap malam, beliau menyamar sebagai rakyat biasa demi memastikan keperluan dan kebajikan rakyatnya. Hal ini disedari setelah kematiannya, bilamana tiada lagi bantuan yang mereka perolehi selama perintahan Sayyidina Ali. Dia adalah benteng agama. Dia adalah manusia yang cerdik akal dan rohnya, kuat hati dan fizikalnya. Kata Nabi saw:
❝AKU GEDUNG ILMU, ALI PINTUNYA.❞

Pemerintahan yang adil, pemimpin yang terbaik, dan rakyatnya juga terbaik berlaku selama 300 tahun. Inilah zaman yang disebut sebagai zaman Salafussoleh. Namun secara umumnya, Islam masih diamalkan dengan baik selama 700 tahun walaupun dikalangan mereka terdapat pemerintah yang zalim. Sesekali Tuhan datangkan pemimpin yang adil dan berwibawa seperti Muhammad Al Fateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, untuk contoh, ikutan, dan pengajaran buat kita.

Ketika tiada Nabi dan Rasul, maka didatangkan pula ulama pewaris nabi. Sabda Rasul saw:
العلماء ورثة الأ نبياء
"Ulama adalah pewaris nabi."

Kata baginda lagi, "Ulama dikalangan umatku seperti nabi-nabi Bani Israel." Dikalangan umat Rasul saw, telah Tuhan datangkan para ulamanya bertaraf mujaddid. Setiap seratus tahun sekali. Para mujaddid didatangkan untuk memberi nafas baru kepada agama Islam. Begitulah pergiliran yang telah berlaku pada umat Nabi Muhammad saw. Bilamana api Islam hendak padam, Tuhan datangkan untuk dinyalakan kembali api agamanya. Begitulah sunah Allah yang telah berlaku. Allah ingatkan dalam Quran:
يطفآ نورالله بافواهم ولكن الله متم نوره ولوكره الكافرون
"Mereka orang kafir cuba menutup cahaya Allah dengan mulut mulut mereka tetapi Allah lah yang menyempurnakan cahayanya sekali pun dibenci oleh orang orang yang kafir."

Tugas para mujaddid ialah membaiki insaniah manusia.
Insaniah adalah perkara terpenting dalam diri manusia, dan ia adalah anak kunci bagi kemakmuran. Apalah ertinya bangunan tinggi mencakar langit kalau akhlak pun bercakaran sesama sendiri. Apalah ertinya kemajuan dan kekayaan jikalau insaniahnya hancur dan punah-ranah. Hendak membangunkan tamadun lahir, Tuhan tidak hantar para nabi dan rasul. Tapi untuk kemakmuran dunia, mereka inilah yang diutuskan.

Apa yang berlaku terhadap yahudi, seperti teguran Tuhan terhadapnya; kaum-kaum yang lain sangatlah boleh terima kalau berada ditempat mereka. Apa yang berlaku sebelum ini, ramai para rasul dikirimkan kepada Bani Israel, tetapi mereka ingkari mereka bahkan yang lebih jahat lagi ada yang bunuh.

Mazmumah yang tinggi, menyebabkan kebenaran itu ditentang walaupun mereka mengetahuinya. Kata pendeta Busyro kepada Abu Talib, ketika dia bersama baginda yang masih kecil sewaktu ingin ke Syam, baginda akan dibunuh jika diketahui oleh orang-orang Yahudi! Begitulah jahat dan dahsyatnya Yahudi ini. Sedangkan telah tahu itu kebenaran yang Tuhan datangkan.
Namun kerana sombong, sanggup durhaka.

Tidak cukup dengan itu, mereka tidak redho sama sekali kepada umat Islam. Sepertilah yang Allah ingatkan di dalam Quran:
لن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم
“Tidak akan redho orang Yahudi dan Nasrani kepada-mu (orang Islam) hinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.”

Perlulah kita mengambil iktibar supaya tidak melakukan kejahatan yang telah dilakukan oleh Yahudi. Kata Abuya, sifat-sifat Yahudi ini ada di dalam diri kita. Kerana itulah didatangkan para mujaddid, untuk Islam-kan kembali nafsu-nafsu yang ada di dalam diri manusia. Supaya insaniah dapat dikembalikan, dan dengan itu berlakulah kemakmuran yang diinginkan.
Begitulah caranya Tuhan memberikan kemakmuran kepada manusia, dengan didatangkan para kekasihnya kepada alam.

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?