KETAKUTAN YAHUDI TERHADAP IMAM MAHDI (MUHAMMAD BIN ABDULLAH KE 2)
Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim) 'Al-Mahdi & Dajjal'.
Imam Mahdi atau dikenali sebagai Sayyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi sangat memperjuangkan hubungan dengan Allah, di antaranya ialah menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk, khuduk. Ini ialah Habluminallah, yang kedua terpenting selepas beriman.
Begitu juga Saiyidi Syeikh Muhammad As-Suhaimi sangat berjaya memperjuangkan akhlak kepada manusia (Habluminannas). Di antaranya berkasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.
Selain berakhlak dengan Allah dan manusia, akhlak dengan haiwan dan jamadat lain perlu dijaga seperti pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memelihara kuda misalnya, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakitnya diubati, tidak boleh menyiksanya. Begitu juga dengan pokok, tak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada sebab dan tujuan yang memberi faedah.
Imam Mahdi berperanan sebagai pemimpin agung iaitu Imam kepada seluruh umat Islam, dan dia sangat ditunggu oleh umat islam seluruh dunia. Kedatangannya membawa rahmat dan berkat. Bersamanya ialah sabsidi iman, yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Imam Mahdi adalah cahaya Nabi Muhammad, juga wakil batang tubuh baginda kepada umatnya di akhir zaman.
Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Imam Mahdi dan Dajjal. Imam Mahdi dikurniakan Allah karamah dan barakah, yang dialirkan kepada para pengikutnya mengikut keperluan semasa yang ada hubung kait dengan kebangkitan Islam.
Ilmu pengetahuan yang banyak serta tajdid diberikan kepada orang kanannya yang digelar Fata At-Tamimi, gelaran yang diberi baginda dalam hadis-hadisnya. Antara berkat dan karomah Sayyidi Imam Mahdi, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah yang tersorok di dalam hati, untuk mudah mereka membaiki diri. Kemudian diajarkan dengan amalan sufi dengan himpunan wirid dan zikir yang diamal nya setiap hari.
Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator atau penceramah wakilnya. Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta pelbagai lagi mengikut bidang masing-masing dan keperluan perjuangan. Ini tidak termasuk ilmu-ilmu khas yang akan digunakan bila menentang dan berdepan dengan yahudi secara lahir. Bila tiba masanya, ianya akan diajarkan kepada pengikut-pengikutnya.
Inilah yang menjadi ketakutan yahudi! Kerana telah wujud kelompok masyarakat yang tidak terikat dengan sistem mereka. Walaupun hidup di tengah masyarakat moden, namun pengikut Imam Mahdi ini mempunyai kehidupan lain. Dan ini yahudi sangat ambil perhatian dan menjadi kebimbangan mereka. Jika telah lahir masyarakat Islam model, ertinya kedatangan Imam Mahdi telah dekat.
Seorang wakil yahudi pernah mengingatkan kerajaan akan bahayanya jemaah Imam Mahdi ini. Walaupun mereka hanya duduk sesama mereka, berniaga, berkehidupan, berkebudayaan, dan lain-lain lagi; ini sangat merbahaya. Kerana ia telah membina kerajaan dalam kerajaan, negara dalam negara. Sebab itulah mereka perlu dihancurkan. Sebenarnya, yahudi sangat takut dengan kebangkitan Islam yang berlaku oleh Abuya Putra Bani Tamim ini.
Kerana ketakukan dengan ketibaan Imam Mahdi, yahudi menggunakan ulama-ulama ciptaan mereka untuk menjatuhkan, menghancurkan dan mengharamkan jemaah Imam Mahdi ini. Namun apa yang terjadi, selepas diharamkan, disesatkan, ternyata kekuatan jemaah Imam Mahdi ini semakin besar. Selepas diharamkan, jemaah semakin berkembang walaupun dengan pengikut yang lebih sedikit. Ini menjadi kerisauan yahudi. Tidak cukup dengan itu, pelbagai taktik dan usaha kotor dilakukan, seperti dihantar wakil-wakil mereka untuk menghancurkan jemaah ini dari dalam. Tapi ternyata tidak berkesan, bahkan Imam Mahdi telah manfaatkan musuh-musuh Islam untuk berkerja dan berkhidmat dengannya.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan kerana ketakutannya, hinggalah diusahakan untuk mematikan pemimpinnya. Menjadi ketakutan dan terkejutnya mereka, selepas 'kematian' Abuya jemaah terus berkembang dan berkembang. Kematian Abuya adalah penipuan kepada musuh-musuh Islam. Abuya tidak mati, beliau pergi menjemput Imam Mahdi. Sudah tiba saatnya untuk dunia diselamatkan daripada cengkaman yahudi. Kini bertambah mereka takut lagi, Abuya telah bergabung dengan Imam Mahdi yang ghaib dan akan muncul kembali. Kini bersama roh baginda Rasul s.a.w., ketakutan yahudi tak dapat dibendung lagi.
Setelah dua tahun ditulis surat untuk Vatican, kini surat itu telah memberi kesan yang hebat dan dalam, Bertambah takut lagilah yahudi. Kedatangan Imam Mahdi telah sangat hampir. RSA bertindak terhadap mereka dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tentera-tentera Tuhan bertindak terhadap musuh-musuh-Nya. RSA bersama Junudu Mujannadah (Tentera Roh yang berperanan) telah membantai yahudi dengan taufan dan badai yang melanda. Habis semua disapu mereka. Jatuhlah yahudi dengan musuh yang tidak mampu dibendung walau dengan sehebat senjata mereka. Cukup dengan air, angin, api, taufan yang melanda, kini yahudi telah lumpuh dan terpinga-pinga.
Sebelum perperangan secara berdepan dengan yahudi, perperangan batin sedang berlaku. Sihir-sihir digunakan mereka untuk melemahkan pengikut-pengikut Imam Mahdi khususnya, umumnya merosakkan umat Islam. Kesan-kesan sihir yahudi dapat dilihat di dalam masyarakat. Gejala sosial yang berlaku, sumbang mahram, buang anak, zina, LGBT, black metal, dan 1001 macam lagi adalah daripada sihir-sihir yahudi ini. Bilamana benteng iman telah rapuh dan runtuh, terkesanlah sihir ini kepada umat Islam dan seluruh manusia.
Inilah yang terjadi sekarang. Yahudi sedang dalam ketakutan, dan semakin takut mereka semakin ganas dan dahsyat tindakan mereka. Kejahatan mereka tidak dapat dibendung lagi. Kita akan lihat mereka secara terus terang akan mengisytiharkan perang terhadap Islam lebih-lebih lagi terhadap Imam Mahdi, samada secara terang-terangan, dengan perkataan, atau perbuatan. Tidak lama lagi akan tibalah Imam Mahdi yang dijanjikan untuk menyelamatkan dunia ini.