NABI DATANG UNTUK MEMBANGUNKAN TAMADUN ROH.
Surah As saf, ayat 9:
Surah Al Fath, ayat 28:
Tidak akan datang Nabi melainkan kedatangannya untuk menang. Kebangkitan Islam kali kedua menyalin kebangkitan pertama dan tidak akan kalah kalah lagi. Tema Perhimpunan GISB yang ke 63, 'GISB DI ERA PUNCAK'. Kata Bonda Wasilah, rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul s.a.w. merupakan anak kunci pembangunan roh manusia.
Justeru itu roh (hati) wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian, dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para Rasul dan para Nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah, demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal.
Pembangunan lahiriah, tanpa Rasul dan Nabi pun manusia boleh membangunnya. Ini memang telah terbukti dari sejarah, manusia membangun tidak perlu adanya orang kerohanian seperti Rasul dan Nabi atau Ulama-ul-Amilin.
Kita sangat beruntung kerana mempunyai Nabi yang terus berperanan dengan roh tanpa jasad. Nabi roh yang lebih hebat peranannya dari jasad, sesuai untuk menghadapi cabaran bagi kebangkitan kali kedua yang kerosakkannya lebih dahsyat lagi. Kata Bonda Wasilah, "Ya! Rasul juga adalah pemimpin, guru dan ibu/ayah roh-roh manusia. Ibu/ayah kandung hanya mampu 'membesarkan' fizikal kita, tapi untuk meningkatkan perkembangan tamadun rohani kita perlukan kepada ibu/ayah rohani manusia."
Sudah tentu seorang Rasul sangat faham perjalanan hati manusia. Bahkan malaikat pun tidak diberi keupayaan yang sebegitu rupa. Tidakkah kita jatuh hati kepada Rasul s.a.w., Nabi kita? Tapi sedihnya seperti kata Bonda Wasilah, sudah lama kita sebagai umat Islam dipisahkan daripada Baginda Rasul, Nabi Muhammad s.a.w. Rasul yang telah wafat dikatakan tidak lagi berperanan. Sedangkan Baginda adalah Nabi kita.
Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah demi melahirkan akhlak yang mulia pada diri manusia, tidak semudah yang disangka. Betapalah kalau sebuah keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri, lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan lahiriah seperti membangun sebuah twin tower mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia.
Membangunkan pencakar langit seperti Burj Dubai mungkin boleh siap dalam masa tiga tahun, tapi membangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Kerana itulah untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya, iaitu para Rasul dan para Nabi alaihimussolatuwassalam. Selepas itu mereka yang patuh taat kepada ajaran Islam seperti para auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang soleh.
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَDia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Surah Al Fath, ayat 28:
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).