MALULAH DENGAN BINATANG.

Sejak tempat tempat GISB di seluruh dunia membuka projek mini zoo atau taman haiwan, ahli ahli GISB mula belajar mendekati atau peka dengan binatang-binatang, terutamanya yang diternak di tempat masing-masing. Banyak ilmu yang boleh didapatkan. Melalui gelagat binatang itu, gaya makan, gaya tidur, dan lain-lain, ianya cukup menghiburkan. Binatang ternakan di Chalet Nur Muhammad di Mekah sangat menarik hati pengunjung di kalangan jemaah umrah yang datang.


Pelbagai jenis binatang yang terdapat di Chalet NM Mekah. Binatang yang menjadi perhatian dan kesukaan ramai adalah unta, kerana mejoriti jemaah umrah yang datang memesan susu unta untuk dibawa balik, disamping ada yang beli dan minum di situ. Susu qibas juga mendapat permintaan tinggi kerana ianya tiada atau jarang sangat dijumpai di Malaysia atau di Asia tenggara. Kuda, keldai dan burung unta disediakan untuk tunggangan para tetamu yang ingin mencuba.


Melalui belajar dengan binatang, Imam Syafei sendiri mendapat ilmu mengenal anjing yang sudah baligh. Ketika kencing, anjing yang mengangkat kakinya itu adalah tanda ianya sudah baligh. Labah-labah pula, kita boleh belajar darinya bagaimana ia ada saham dalam menyelamatkan Rasulullah saw bersama dengan Sayyidina Abu Bakar di Gua Thur. Burung merpati yang bersarang di depan gua, dhob yang memadamkan kesan-kesan tapak kaki sehingga orang kafir yang mencari Rasul saw susah menjejaknya. Unta dan himar pernah mengadu pada Rasul saw tentang mereka dianiaya oleh tuan masing masing.


Menurut cerita Adib, anak kuda akan meniru perangai ibunya. Kalau ibunya jenis mudah terkejut, dia pun macam itulah. Kalaulah ibunya jenis takutkan kerusi, menurunlah pada anaknya akan takutkan kerusi itu. Kerana itulah dipisahkan anak-anak kuda daripda ibu-ibu mereka. Melainkan yang masih menyusu dengan ibunya. Bila terpisah, mudahlah untuk anak-anak kuda tadi dididik dan dibentuk. Begitu sekali Tuhan ciptakan. Rupanya, pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan sahaja untuk manusia bahkan haiwan juga. Malah, haiwan juga, khususnya kuda mengikut keturunannya. Jika baik bakanya, baik jugalah zuriatnya. Begitulah jika sebaliknya.  Maha Suci Tuhan yang menjadikan semua ini.


Tuhan berikan ilmu melalui binatang, supaya kita belajar. Kalaulah manusia dan haiwan sama sahaja, apa ertinya?! Sedangkan manusia diciptakan bermasanya akal, yang dimampukan untuk berfikir dan mengambil pengajaran.


Anak-anak ibarat kain putih. ibu dan ayahlah yang akan mencorakkan. Baik warna dan coraknya, baiklah hasilnya. Begitu juga dengan keturunan, baik salasilahnya insya Allah mudah untuk dibentuk dan dididik. Namun keturunan bukanlah faktor utama, namun faktor berkat ada bersamanya. Sebab tu pendidikan sangat penting kerana ia sangat terkait rapat dengan insaniah manusianya. Jika dari awal anak-anak diajar tentang Tuhan, hasilnya dekatlah dia dengan Tuhan. Tapi kalau dari kecil lagi dikenalkan dengan dunia, maka itulah yang dikejarnya. Namun kita diingatkan lagi dalam PR62 oleh Bonda Umu, keturunan bukanlah jaminan untuk selamat. Keluarga Abuya pun tidak ada jaminan selamat, melainkan menyalin peribadi, cita-cita, dan perjuangan Abuya.


Patut malulah kita dengan haiwan. Kalau binatang pun boleh dididik, takkanlah kita seagai manusia mahu menjadi seperti binatang. 

Popular posts from this blog

PUTERA BANI TAMIM DAN PERJUANGANNYA.

APA ITU PANJI-PANJI HITAM?

SIAPAKAH NUR MUHAMMAD?