KECINTAAN KEPADA RASULULLAH TERCETUSNYA KEBANGKITAN ISLAM.
Firman Allah Taala : إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ( Al-Ahzab: 56 ). "YA RASULULLAH, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku dan anakku," kata seorang sahabat. "Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan dapat memendam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tetapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, sebab aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku bimbang tak akan dapat lagi melihat wajahmu, kerana kedudukanku jauh lebih rendah darip